Showing posts with label Hiburan Rogol Gadis bawah Umur. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Rogol Gadis bawah Umur. Show all posts

Monday, 24 December 2012

GEMPAR: BOMOH ROGOL GADIS BAWAH 12 TAHUN



Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa. 
Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa antara September dan November lepas, katanya di sini, hari ini. 

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.

Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan. - Bernama
-

Friday, 30 November 2012

PADAN MUKA! KEMALUAN KENA SIMBAH ASID



Padan muka dia.  Nak gelak pun ada.  Itu le, gatai sangat rogol budak bawah umur ni.  Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa.  Dapat le sebijik.  Kalau teman, teman potong sampai habis..heeee..peace...

GEORGETOWN 30 Nov. - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...