Showing posts with label Hiburan Artis. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Artis. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

Ako Mustapha Kecewa Masih Dibayar Rendah



Pelakon Ako Mustapha berasa kecewa dengan sikap sesetengah produser yang masih tidak menaikkan bayaran hasil kerja lakonannya sejak terlibat dalam bidang seni hampir 15 tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 41, berkata, sebagai pelakon senior dia bukan meminta untuk disanjung namun berharap bayaran diberikan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.

"Saya bukan seorang pelakon yang 'demand' tentang bayaran tetapi jika tawaran yang diterima masih sama seperti saya mula-mula berlakon dulu, itu adalah tidak adil.

"Jika saya masih bujang mungkin saya tidak kisah sangat tetapi kini saya mempunyai tanggungan yang perlu diberi perhatian," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ako, dia bersyukur di sebalik isu tersebut dia masih lagi menerima banyak tawaran berlakon daripada produksi tempatan.

Dalam pada itu, menyedari hakikat keadaan industri seni yang tidak menentu, Ako berkata sejak dua tahun lalu dia telah menceburi bidang perniagaan bagi memastikan masa depan dua puterinya, Merissa Tempawan, 3, dan Myra Fatimah yang berusia 7 bulan terjamin.

Bagaimanapun dia mengakui bukan mudah untuk berjaya dalam bidang tersebut dan masih berusaha keras bagi memastikan perniagaan berkenaan berjaya.

"Selepas berkahwin saya perlu memikirkan mengenai keluarga dan bukan hanya mementingkan diri sendiri dan sebab itu saya perlu buat sesuatu bagi menjamin masa depan anak-anak saya dan tidak hanya mengharapkan kepada lakonan semata-mata.

"Lakonan adalah hobi bagi saya yang bertujuan untuk membolehkan saya menjelaskan bil bulanan," ujarnya tanpa berselindung.

Sementara itu, Ako berkata, bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata telah banyak mengubahnya kepada seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan memikirkan keluarga daripada dirinya sendiri.

Dia juga berasa puas apabila dapat melakukan sesuatu untuk keluarga dan mereka adalah perkara penting buatnya.

"Saya sudah tidak kisah mengenai populariti kerana ia bukan lagi keutamaan saya kerana keluarga adalah tunjang utama hidup saya kini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ako sibuk di lokasi drama bersiri Kerana Sarah selain beberapa projek yang masih dalam perbincangan.

Sumber Click Here
-

PANAS: Courtney Cox Buang Air Kecil Di Balkoni



AGAK menjijikkan apabila mendengar tabiat buruk bintang Courtney Cox yang mengaku sering membuang air kecil di balkoni apartmen miliknya.

Menurut laporan Contactmusic, dia berbuat demikian atas alasan mahu melatih dua anjingnya bernama Hopper dan Harley melakukan perkara sedemikian di balkoni yang disediakan.

"Saya risau apabila dua anjing saya sering keluar dari rumah. Sudahlah saya perlu mengawasi anak saya, Coco.

"Sebelum ini saya sering membawa anjing saya keluar pada pukul 10 malam, namun tidak lagi sekarang.


"Kerana risau akan kehilangan haiwan saya itu, saya menyediakan tempat khas najis yang terletak di balkoni rumah.

“Untuk mengajar anjing-anjing saya, saya sendiri akan melakukan perkara itu di ruang berkenaan,” katanya.

Courtney telah mengubahsuai balkoni tersebut dengan meletakkan rumput supaya anjing-anjingnya berasa seperti berada di luar rumah.

Sumber

-

Monday, 7 January 2013

Anzalna Janganlah Kecoh-Kecoh, Malu La!


Aktres Anzalna Nasir mengakui terlalu terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.  Pelakon yang hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu.  Ermm..Teman rasa lah, tak salah jika betul caranya. Pada pandangan teman, kehadiran "kekasih" Anzalna mungkin sedikit menganggu pengambaran atau sesi fotografi. 

Anzalna sendiri mengaku beliau tidak mempunya lesen memandu dan mengakibat khidmat "kekasihnya" untuk menghantarnya ke mana sahaja termasuk ke lokasi atau sesi fotografi. Teman dapat bayangkan mungkin ada pihak yang kurang senang kerana berlaku sedikit kelewatan dari jadual dan menganggu sesi pengambaran atau sesi fotografi. Itu sahaja. Tiada pun yang mahu irihati jika tidak menggangu jadual orang lain. tak gitu!

Alzalna pun dah kerap mendapat rezeki yang murah dan sering dipanggil untuk berlakon dalam telefilem dan drama bersiri. Kira dah cukup bagus. Jangan dek kegagalan Anzalna menepati masa akan menjejaskan periuk nasi utama mike tu. Kalau nak berkahwin tak payah la nak kecoh-kecoh kalau tempohnya panjang lagi. Takut tak jadi pulak. Orang kampung semua dah tau, tapi sangkut ditengah jalan. Malu keluarga nanti.kan..kan..
-

'Terukir Di Bintang' Juara AJL27


Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).


Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.


Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.

Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.

Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.

Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.

Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.

Sumber

-

Sunday, 6 January 2013

HOT: Ledakan Nama Kim Kardashian



KIM KARDASHIAN dalam satu temu ramah mendakwa dia tidak suka berbicara tentang dirinya sendiri walaupun peminat gemar bercerita tentang model itu dan keluarga Kardashian.

Terbaharu, berita kehamilan Kim menjadi ledakan berita penghujung tahun. Pengumuman kehamilan itu dibuat sendiri oleh kekasih Kim, si penyanyi rap Kanye West di hadapan 5,000 penonton sewaktu konsertnya di Atlantic City, New Jersey pada 30 Disember lalu.

Dalam satu atmosfera kejutan, Kanye memberhentikan muzik dan mengumumkan seraya menunjuk ke arah Kim dan berkata: "Matikan muziknya dan bersoraklah untuk ibu kepada bayi saya!"

Tiada yang lebih membahagiakan Kanye selaku lelaki apabila buah hati pengarang jantungnya hamil 12 minggu. Malah penyanyi lagu Through the Wire itu sendiri pernah menyatakan bahawa jika Kim hamil, dia akan kelihatan cantik.

Populariti Kim

Soal mengapa seorang wanita berusia 31 tahun dengan nama Kim itu popular bukan satu perkara yang membuahkan pertanyaan lagi.

Ada yang menyatakan bahawa wanita tersebut popular kerana diberi perhatian. Ada pula yang memetik sebab kemunculan video seksnya membawa kepada faktor kemeriahan namanya dijulang. Sebelum itu, namanya naik kerana berpacaran dengan anggota kumpulan 98 Degrees, Nick Lachey dan bersahabat dengan selebriti Paris Hilton. Namanya jadi sebutan sejak itu.

Malah Kim sendiri pernah berkata: "Saat saya terdengar khalayak mempersoalkan populariti saya, saya mahu menjawab, 'Apa yang kalian perkatakan? Saya mempunyai program televisyen yang hit. Episod kami lebih lama daripada program The Andy Griffith."

Lalu program televisyen Keeping Up With The Kardashian turut dipersoalkan, kata khalayak dia tidak melakukan apa-apa kecuali diekori dengan kamera.

Pantas, si cantik Kim menjawab: "Untuk membolehkan diri sendiri membuka tentang kehidupan dan jika semua orang boleh lakukan, mereka pasti lakukan. Maksud saya, menyanyi dan berlakon bukanlah sahaja cara untuk dikatakan berbakat. Perlu ada kepakaran untuk membuatkan orang menyukai kamu kerana diri kamu sendiri."

Dia juga menambah ke atas pertanyaan tentang bakatnya: "Seekor beruang boleh berdiri di atas sebiji bola dan dia berbakat. Tetapi beruang itu tidak popular. Anda faham maksud saya?"

Walau apa pun jawapan Kim terhadap tahap glamornya dan bertubi-tubi soalan khalayak tentang kewujudannya dalam dunia selebriti, Kim masih di tangga atas populariti.

Buktinya, dia hanya kalah pada tahun lepas kepada Justin Bieber. Namun untuk tahun 2012, nama Kim masih di tangga pertama individu yang paling banyak dicari di laman internet tahun 2012.

Seorang penerbit radio yang merupakan penulis buku Fame Junkie pernah merungkaikan faktor popular Kim.

"Tidak kisahlah seseorang itu terkenal kerana apa. Apabila seseorang melalui karpet merah dan orang mengambil gambar, khalayak sudah tertarik. Khalayak lebih tertarik kepada kehidupan semulajadi selebriti. Kim adalah seorang penghibur. Dia mempamerkan kehidupan 'selebriti palsu' dan mengemudi semua drama dalam dunia. Kim bagus dalam melakukan itu," katanya.

Kim Kardashian sebuah jenama

Pada satu aspek pasaran, penjualan jenama Kim Kardashian itu sebenarnya sangat berjaya. Apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian khalayak.

Kim juga bijak memanipulasi peluang. Dia merupakan wanita berkarier yang punya cita-cita besar. Sebelum terkenal, Kim hanya bekerja di bahagian peruncitan, menjual barangan di eBay dan akhirnya menjadi jurugaya.

Angan-angan untuk menjadi bintang realiti televisyen sudah dipasang sejak usianya menjengah 12 tahun.

"Saya memang mahu menjadi seorang bintang realiti televisyen," nekad itu dipegang hingga mimpinya menjadi realiti. Dia yang inginkan perhatian ramai mendapat lebih daripada apa yang diimpikan sebelum ini.

Hidupnya kini tidak melekat perkataan privasi. Kehidupan peribadinya diterjah kanan dan kiri oleh paparazi dan khalayak. Itu harga yang dibayar untuk impian kanak-kanaknya.

"Semuanya berlaku dengan pantas. Kami tidak tahu apa sebenarnya yang kami lakukan. Selepas kami membuat penggambaran, saya ditawarkan untuk bergambar dengan majalah Playboy," ujarnya tentang penggambaran program Keeping Up With Kardashian yang merupakan sebuah rancangan televisyen popular.

Wanita yang lahir pada 21 Oktober 1980 itu sudah rapat benar dengan predikat bintang. Dia adalah jenama sebutan ramai, usahawan, penyanyi, pelakon, pereka fesyen dan semua yang berkaitan.


Perkahwinan keduanya bersama Kris Humpries dibayar AS$18 juta (RM54 juta). Rumahtangganya bersama bintang bola keranjang itu hanya bertahan selama 72 hari dan kini hati Kim sudah dimiliki Kanye yang merupakan sahabat lamanya.

Pasangan selebriti tersebut pantas mendapat restu khalayak. Malah nama Kim dan Kanye disatukan menjadi 'Kimye' menunjukkan bahawa mereka adalah satu item di mata umum.

Berkenalan sudah lama, Kim sendiri sukar menjawab kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk berpacaran. Kali pertama gambar mereka berdua diambil pada April tahun lalu, beberapa bulan selepas itu mereka mengaku sudah bercinta.

Kontrak RM48 juta

"Sangat menyenangkan apabila mempunyai seseorang yang mengetahui segalanya tentang diri saya. Dia juga menghormati, memahami dan melalui perkara yang sama. Saya boleh mengaitkan diri dengan kehilangan ayah kerana dia juga kehilangan ibuya. Saya sedang berada dalam fasa gembira," senyumnya dalam satu temu ramah.

Baru beberapa hari berita kehamilan diumumkan kepada dunia, namun janin berumur 12 minggu itu sudah membikin heboh.

Terdapat pihak yang sudah meramalkan jantina anak Kimye. Lebih dahsyat sudah ada yang melukis wajah bakal anak mereka.

Dua keping gambar sudah beredar dan menunjukkan wajah Kimye Junior, baik versi anak lelaki mahu pun anak perempuan.

Bayi tersebut diprediksi akan memiliki bibir yang penuh dan kulit indah eksotik seperti Kim. Sedang sang ayah akan menyumbangkan mata dan alisnya.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, seorang ahli nama bayi bernama Pamela Redmond Satran mulai meramalkan nama yang akan dipilih Kim dan Kanye. Menurutnya, Kim dan Kanye akan memilih nama dengan awalan huruf K.

Beberapa nama pun muncul, seperti Kassius, Kassia, Kauai, Kashmir, Kyoto, Kissa dan Kito. Selain itu, Pamela juga meramalkan nama-nama seperti Kalista, Kalixto, Kedence, Kalliope atau Kalypso.

Namun yang pasti, wang sebanyak AS$16 juta (RM48 juta) akan masuk ke dalam akuan pasangan tersebut apabila pihak produser televisyen sudah membincangkan penggambaran untuk mengikuti proses kehamilan Kim. Malah wanita tersebut akan menjadi duta bagi beberapa produk wanita hamil dan bayi.


"Kim sudah berbincang dengan pihak produser tentang penggambaran proses kehamilannya daripada proses imbasan bayi, melawat hospital hinggalah segala-galanya. Dia akan mendapat kira-kira AS$16 juta untuk itu," ujar satu sumber.

Nah, ini membuktikan penjenamaan nama Kim Kardashian sebagai bintang realiti televisyen berjaya pada zamannya. Senang benar mereka menjana pendapatan dengan hanya menjual nama.

Mengingatkan kepada salah satu pernyataan Kim: "Apabila melihat kepada mesej yang saya gambarkan, saya pasti bahawa saya maksudkan, kita bukan hanya menjadi diri sendiri malah menjadi yang terbaik."

Sumber



-

Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin



Penyanyi dan pelakon, Hazami Azmi menjelaskan dirinya masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Hazam, 28, berkata, tumpuannya kini adalah kepada kerjaya seninya yang sedang meningkat naik selain perlu memikirkan soal lain sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

"Bukan senang nak kahwin tambahan pula saya belum bersedia dari segi kewangan dan masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri saya," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Hazama, perkahwinan adalah satu institusi yang cukup mulia di sisi agama dan dia seboleh-bolehnya mahu mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Dalam pada itu, Hazama berkata, jika diizinkan dia bertemu jodoh, dia berhasrat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa perlu bertunang kerana mahu mengelak rintangan yang terdapat dalam tempoh itu.

"Rasanya tak payah bertunanglah terus bernikah terus kerana itu yang wajib," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Hazama berkata, dia kini sedang sibuk dengan proses rakaman album terbarunya yang kini dalam proses akhir.

Hazama berkata, ia bakal menggabungkan muzik rock dan alatan muzik tradisional Melayu seperti untuk memberikan kelainan pada album itu nanti.

"Saya yakin ia akan dapat diterima ramai kerana kelaianan yang ditampilkan dan sekarang saya sedang dalam proses terakhir rakaman album itu, " katanya.

Sumber
-

"Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo



Drama terbaru yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Alauddin berjudul Dalam Setiap Sujud bakal menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9.

Drama 14 episod itu menggandingkan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama di samping beberapa nama lain seperti Elfaiza Ul Haq, Rozie Othman dan Azlee Khairi.

Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Kemunculan istimewa Keith Foo pelakondan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia,pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi itu.

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.


Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital.

Puan Endah yang juga beka smajikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (AzleeKhairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden da nkedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakanJannah?Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya.

Sumber

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...