Showing posts with label Biwani UUM. Show all posts
Showing posts with label Biwani UUM. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

K.Bawani Masih Lagi Berhutang Dengan PTPTN?



Tidak menjadi kesalahan kepada Sharifah Zohra kerana membuat perbandingan antara manusia dan haiwan seperti yang dapat kita tonton dalam klip video YouTube di bawah.

Manusia dan haiwan adalah makhluk ciptaan Allah Ta'ala. Pasti semua tahu, yang membezakan antara manusia dan haiwan ini adalah akal fikiran serta adab kelakuan.

Apa yang cuba ditekankan oleh Sharifah dengan membuat perbadingan tersebut ialah supaya kita yang berakal ini terus berusaha dan berfikir bagaimana cara untuk meneruskan hidup dalam dunia yang serba mencabar ini dan bukan hanya tahu menyatakan rasa tidak puas hati serta komplen itu ini hampir setiap hari bila sesuatu perkara itu tidak memberi kelebihan pada diri kita.

Kepada K.Bawani, cuba renungkan, jika anda hendak buang air sekarang ini terpaksa membayar, inikan pula hendak mendapatkan akses pendidikan tinggi yang lebih bagus dan berkualti. Adalah lebih bermaruah sekiranya Bawani memperjuangkan hak rakyat untuk masuk tandas awam secara percuma sebelum melangkah lebih jauh dalam isu pendidikan negara. Tapi tidak tahu lah kalau-kalau K. Bawani ini jenis suka buang air merata-merata kerana hendak mempraktiskan konsep PERCUMA dalam kehidupanya.

Tahniah! Kami di JERINGdaily.com ucapkan kepada Sharifah Zohra kerana telah membuktikan bahawa anda lebih 'jantan' dari segelintir pemimpin BN apabila berdepan dengan provokasi Pembangkang yang tidak kira rampat dan masa ini. Pedulikan apa orang nak kata, benda pun dah berlaku.


Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau. Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik), jadi, bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta. Namun, seorang pelajar, Bawani, bertindak mengajukan soalan kepada  Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.

Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Syarifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.

Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.

Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.

Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia. Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.

Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.

Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.

Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.

Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan. Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.

Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain. Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.

Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi.

Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.

Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran.

Jadi, Bawani, penulis mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.

Sumber : JERINGdaily.com

-

Tuesday, 15 January 2013

Isu Bawani UUM : Sharifah Zohra Jabeen Mohon Maaf

Isu Bawani barua PSM dan DAP ini masih tak berhenti. Cerita-cerita panas ini di pick up oleh akhbar-akhbar dan portal-portal online seperti Sinar harian dan Haramkah Daily. Temuramah berbagai ahli-ahli politik baik sebelah sini dan sebelah sana masuk campur menengahkan isu seperti menjadi hero untuk segala masalah. Pada hal hujung pangkal cerita yang tidak diketahui main hentam, kromo tanpa usul periksa. Hanya berasaskan video youtube yang berdurasi 24 minit dan komen serta like dan dislike video tersebut.

Sinar Harian memetik Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menyelar sikap Sharifah Zohra Jabeen sementara itu Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail  kesal dengan insiden yang tercetus di antara Sharifah Zohra dan Bawani apabila pelajar itu dimalukan pada forum berkenaan.

Teman rasa ramai lagi terkeliru apakah cerita sebenar yang berlaku pada forum tersebut. Teman cuba mencari-cari jawapan kepada isu ini. Dibawah adalah komen yang teman rasa menjawab segala persoalan dari mancabai.blogspot.com.

1) First Thing Mc Nak Cakap, Tajuk Video Tu "Forum Suara Mahasiswa Part 4".yang Tak Hadir Program Pada Hari Tu, Orang Di Luar Sana Yang Kutuk Bagai Uum Dengan Hanya Tengok Part 4 Tu, Dah Tengok Ke Yang Part 1,2,3? Kalau Belum, Cuba La Cari, Tapi Kalau Korang Cari Pun Takkan Jumpa.

Habis, Kalau Korang Dah Tak Tau Cerita Dari A-z, Yang Beria-ia Nak Menyalak Tu Kenapa?

Ini Statement Dari Student Yang Menganjurkan Program Tu.


2) Isu 1:Byk Comentator Kata Sharifah Tak Hormat Pada Hak Mahasiswa Untuk Bersuara. Adakah Anda Tahu Sewaktu Perjalanan Program, Ada Slot Sesi Soal Jawab Dan 5 Orang Mahasiswa Yang Tampil Dengan Soalan Dan Pendapat. Adakah Forum Ni Tak Hormat Pada Suara Dan Hak Bersuara Mahasiswa?? Kenapa Sharifah Tak Benar Dia Bercakap?sebab Waktu Dah Nak Habis. Simple.lagipun, Apa Yang Nak Dicakap Tu Hanya Idea Berulang Pelajar Tersebut Daripada Rafizi Dan Pemimpin Pembangkang.


3) Isu 2:Cakap Sharifah Berkenaan Beberapa Binatang Tu Hanya Perumpamaan. Kenapa Nak Kena Persoalkan? Itu Hak Dia La Nak Bagi Perumpamaan Apa Pun. Bukan Korang Ni Ke Yang Perjuangkan "Hak Bersuara"? Eh?

4) Siapa Bawani Ni Sampai Semua Page Fb, Blog, Twitter Utama Pakatan Rakyat Dan Pro-pakatan Rakyat Nak Support Dia?dia Ni Ahli Parti Ka?untuk Pengetahun, Forum Ni Anjuran Suara Wanita 1 Malaysia Sebuah NGO, Dari Awal Forum Sampai Habis, Tak Da Sentuh Langsung Isu Mana-mana Parti Politik. Dah Kenapa Nak Politikkan Isu Ni?ini Bukan Program Anjuran UMNO/BN,kalau Tak Caya, Cuba Tanya Khairy Jamaluddin. Kj Sendiri Mengaku Sharifah Not Presenting BN. So, Apa Kena Mengena Dengan Politik?


Makancabai Ada Buat Posting Beberapa Hari Lepas Forum Ni Jalan. Nak Tau Siapa Bavani Yang Korang Puja Sangat Tuh, Tengok sini. 

Forum Ni Jalan Tahun Lepas. Dah Tu Apahal Lambat Sangat Bagi Respon Pasal Forum Ni? Mesti Ada Apa2 Isu Yg Korang Nak Selindung Ni. Entah2 Isu Himpunan Shamsidar Yang Tak Ramai Dan Isu Nak Guna Allah Dalam Bible Yang Dibenarkan Pembangkang.kahkahkah.

P/s: Kalau Nak Menilai, Tengok Dari Awal. Jangan Main Serkap Jarang. Nantikan Video Sw1m Part 1,2,3, Dan Nantikan Macamana Panas Punggong Time Tu! :-)




Jadi, teman mahu kome fikir-fikirkan la..
-

Bawani Hanya Pengacau Didedah

Akhirnya terbongkar jugak kisah sebenar isu di Forum UUM. Teman dah agak, bila isu Bawani meletup di Forum UUM. Rupanya Biwani sengaja buat kacau..Sememangnya Biwani ni tak dijemput. Teman dimaklumkan sesi soal jawab telah pun berakhir. Biwani macai PSM ni sengaja nak hero. Tanya soalan pun dengan menjerit-jerit. Kalau teman, teman bagi penampar sebab kurang ajar..Muka tak malu! Ptuiii!!

Pejuang la sangat. Pejuang taik ayam. Kalau nak jadi pejuang biarlah bertempat.. Teman rasa insiden tersebut sudah dirancang supaya dapat merosakkan forum tersebut. Allah Maha Adil, akhirnya agenda jahat pencacai Pakatan Rakyat ni terbongkar. Apa cer?

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...