Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

UPDATED : Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand Pula Diperketat


Kawalan ketat pihak keselamatan telah dapat mengekang cubaan kumpulan pemisah di selatan Thailand menyusup masuk ke negara ini menerusi sungai Golok di Kelantan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkata, walaupun pihaknya telah menyerahkan tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas, pihaknya masih meneruskan rondaan melalui polis marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di sini.

"Kita juga meningkatkan kerjasama dengan polis marin Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama serta mengadakan perbincangan setiap tiga hari bersama pihak berkuasa negara jiran itu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan kedua-dua negara.

"Selain itu, Ketua Polis Daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand bagi mendapatkan maklumat keselamatan semasa di negara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melakukan rondaan dengan menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Golok yang turut disertai pengamal media, bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan berkenaan.

Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai pembentukan beberapa kumpulan pemisah baharu di wilayah itu, Jalaluddin berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.

Akhbar hari ini melaporkan, beberapa kumpulan baharu pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.

Pada 14 Februari lepas, akhbar melaporkan sebanyak 17 pemberontak daripada BRN maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, enam pegawai dan sembilan anggota unit jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta enam anggota polis marin telah dihantar ke Sabah bagi membantu menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.

"Ia adalah permintaan daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi membantu pasukan di sana," katanya.

Setakat ini, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban - dua di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan enam di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna - sejak insiden pencerobohan di Sabah itu dilaporkan pada 12 Februari lepas. - BERNAMA
-

Friday, 8 February 2013

PANAS! Ahli Patologi Dr Pornthip Dapat Ugutan Bunuh


Adeeh! kalau ada sahaja orang mati, confirm Pakatan Rakyat akan mengambil kesempatan untuk dijadikan isu poitik. Asal orang mati je, salah UMNO. Rendahnya mentaliti pemimpin Pakatan Rakyat. Dah tak cukup orang hidup yang diperjuangkan nasib deme ni. Banyak dah kisah orang mati yang dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Dari isu Teng Beng Hock hinggalah isu kematian sekeluarga yang membunuh diri di Pengerang.

Ini satu lagi contoh kes kematian yang mahu dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Isu kematian Sugumar yang didakwa dipukul oleh polis hingga mati. Sampai nak paksa Polis arah Hospital buat bedah siasat kali kedua. Masih tak percayakan pakar-pakar di Hospital negara ini, nak panggil pulak  ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand. Ingat lagi kan..yang dia dakwa dapat ugutan bunuh tu masa siasatan kes Teng Beng Hock. Ish.ish..lagi pening..Ini pulak tak ada ugutan bunuh lagi kew?heee..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...