Showing posts with label RCI Sabah. Show all posts
Showing posts with label RCI Sabah. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.

"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini.

Sementara itu, beliau berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya

Jelasnya, kerjasama baik di antara Kuala Lumpur dan Manila terbukti baru-baru ini apabila kapal pengawal pantai Filipina menahan 38 penceroboh di perairan Tawi-Tawi apabila mereka cuba balik ke republik tersebut.

KDN, katanya, telah mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dengan agensi perisikan serantau sejak daripada dahulu, bertujuan memastikan rantau ini terus kekal aman dan stabil.

Hishammuddin berkata, hubungan perisikan baik bukan sahaja terjalin di antara Malaysia dengan Filipina tetapi juga dengan Aseanapol dan secara kerjasama dua hala seperti dengan Indonesia.

mStar
-

Thursday, 31 January 2013

Isu RCI Sabah : Pendedahan Mengejutkan !



Isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.

Isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.

Benarkah dakwaan ini ?

Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.


Mohd Nasir Sungip merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.

operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.

tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.

SOALAN ?
benarkah ini arahan SPR ?

lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.

1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.


2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.

KESIMPULANNYA.

seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU  ini.

2 bekas pengarah JPN di atas antara yang telah  mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan.

cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas perdana menteri dr mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi.

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..!



-

Wednesday, 30 January 2013

RCI Sabah: Transkrip Untuk Reporter Bodoh Malaysian Insider



Ini sekor reporter bodoh biul spin keterangan pendengaran awam prosiding RCI untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang ditulis oleh Boo Su-Lyn. Tulisan bingung ni berbunyi,

A then-Sabah National Registration Department (NRD) director sold 16,000 NRD receipts for more than RM1million that enabled immigrants in Sabah to vote, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today. " Keluarkan 16,000 resit dokumen untuk tujuan UNDI!

Adesss! Kantoi lagi reporter bingung yang pernah kantoi satu ketika dulu. Meh mike tengok keterangan asal prosiding tersebut. Tak sebut pun pasal untuk tujuan undi seperti reporter bodoh tu tuliskan. Mana la mike dapat statement tu! Suka-suka mak bapak deme aje menulis. Mike belajo kat mana nih?.. (Transcripts Credit to Double Y)

Antara transkrip asal keterangan yang diberikan SP34 :

1. Tuan bertugas di mana sekarang dan sebagai apa? 
SP34 : Peg. Turut 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan selama 17 tahun. 
2. Apakah tugas-tugas tuan? 
SP34  : Selain pentadbiran saya juga melakukan risikan keselamatan. 
3. Adakah tuan ingat ketika bertugas di Bukit Aman, tuan terlibat dengan ops khas? 
SP34 : Yang saya tahu mengenai pengeluaran IC secara salah di Sabah. 
4. Apa peranan tuan dalam ops tersebut? 
SP34 : Saya menjalankan temubual dengan tahanan. 
5. Tujuan untuk temubual? 
SP34 : Membuat risikan dan intelligence repot. 
6. Adakah tuan ingat berapa orang ditangkap? 
SP34 : Saya tidak tahu. 
7. Mereka ditangkap di bawah Akta apa? 
SP34 : Akta ISA. 
8. Siapa yang tuan temubual? 
SP34 : Ramli Kamaruddin adalah Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu. 
9. Berdasarkan keterangan adakah Ramli terlibat sama dengan pengeluaran IC secara tidak teratur? 
SP34 : Yang saya maklum Ramli terlibat dengan pengeluaran resit KP19 dan KP11. KP19 untuk renew IC dan KP11 untuk IC hilang. 
10. Berapa banyak resit dikeluarkan? 
SP34 : 16,000 resit dikeluarkan kepada individu-individu pendatang asing iaitu India, Indonesia, Pakistan dan lain-lain. 
11. Motif pengeluaran IC tidak teratur? 
SP34 : Untuk duit, keuntungan. 
12. Adakah bayaran dibuat kepada En.Ramli?
SP34 : Setiap resit dikenakan RM250. 
13. Motif keluarkan resit ini? 
SP34 : Untuk keuntungan saja. 
14. Berapa jumlah keuntungan diperolehi? 
SP34 : Lebih kurang RM1 juta. 
13. Adakah Ramli mendedahkan sesiapa ada beri arahan untuk berbuat demikian? 
SP34 : Ramli mendedahkan beliau buat atas keuntungan sahaja. 
14. Adakah nama-nama orang lain atau ahli politik disebut terlibat bersama Ramli? 
SP34 : Tiada. 
15. Adakah Ramli bekerjasama dengan SB ketika ditemubual? 
SP34 : Bekerjasama dengan baik dan ikhlas.

KANTOIII!!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...