Monday, 17 December 2012

PANAS: DATUK SK DEVAMANY NAK LETAK JAWATAN?


Biar betul Datuk! Belum apa-apa dah letak jawatan ke?  Jangan la merajuk.  Dah tua-tua merajuk tak elok la Datuk.  Jangan mare la Datuk, lawak je! Heee..  Tapi betul la, Datuk Devamany yang marah sangat ni pun ada sebabnya.  Mana kan tak! Pakatan Rakyat kalau nak menuduh main suka-suka mak bapak dia aje.  Bukti pun tak ada.  Cakap angka pun semua orang boleh buat.  Pakatan Rakyat tuduh 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.  Mana bukti?   mana senarai nama? Yang datang demo kat Putrajaya berapa kerat aje.

Jahat betul Pakatan Rakyat ni nak timbul persepsi yang tak baik pada UMNO/BN.  Deme ni berharap bior rakyat marah dan bencikan Kerajaan BN.  Deme boleh dapat undi.  Deme ni nak undi je walaupun terpaksa menipu dan memfitnah.  Seingat teman semua tuduhan dan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ni, punya la banyak, tapi satu pun tak ada bukti.  Taruk la kat ceramah segala bagai. Sampai berbuih-buih mulut deme menipu dan memfitnah Kerajaan BN.  Teman pun pelik, tak pernah terjadi dalam dunia ada Parti Pembangkang fitnah Kerajaan Memerintah tanpa bukti kukuh.  Kat Malaysia je terjadi nih!  Taubat la kome weh!

Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini, Ahad.

Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas.

Beliau berkata jika pakatan pembangkang ikhlas membantu, isu itu sepatutnya dibawa ke saluran yang betul dan dibincang bersama pemimpin MIC untuk diselesaikan secara muafakat.

Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, turut membidas kenyataan Surendran baru-baru ini bahawa 70 peratus masyarakat India berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan isi rumah purata RM700 sebulan.

Beliau melihat kenyataan itu satu tuduhan liar bermotif politik bagi meraih sokongan rakyat.

"Ia bermakna 1.4 juta masyarakat India di negara ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya minta pemimpin pembangkang cakaplah perkara yang benar. Kita berpolitik bukan kerana hendak menang sahaja tetapi mahu membangunkan rakyat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan BN sentiasa membela kepentingan kaum India dengan melaksana pelbagai program transformasi bagi membantu melonjakkan pencapaian kaum tersebut di negara ini. -BERNAMA
-

BAIK SAMAN JE PAS, SERABUT DENGAR


Teman nak tambah lagi panas isu pengundi hantu yang dikecoh-kecohkan oleh Husam Musa dan PAS.  Kalau dah kalah, cak la pengundi hantu UMNO, kalau menang, Nik Aziz kata Malaikat yang undi PAS..ish..ish..  Biar la nak menuduh ada bukti dan angka.  Ini kosong..kosong...

Kome baca la kat Blog Dinturtle apa yang dia marah sangat kat SINI
-

BONGKAR: PAS PINDAHKAN PENGUNDI KEDAH KE PULAU PINANG


Husam Musa pulak buat lawak!  Kalau nak menuduh, semua orang boleh buat la.  Teman pun boleh buat.  Isu pengundi berpindah tempat mengundi dah biasa berlaku.  Apa nak heran.  Dah menjadi perkara biasa.  Pengundi berpindah tempat bermastautin.  Deme pun pindah tempat mengundi jugak la.  Itu la kerja Pakatan Rakyat, asyik nak fitnah UMNO dari dulu lagi.

Menurut laporan Haramkah Daily, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13. "Hari ini kalau Terengganu tak menang lagi faham-fahamlah,"  Sedapnya mulut mike.    Nak teman cabaikan mulut mike ke?  Biar dirasa pedas ke tak cabai tu! Tak kerja lain ke kome asyik nak fitnah UMNO sesaje.  Cakap aje semua orang boleh buat la yop.  Buktinya tak ada la pulak!  Tuduh je.  Teman pun boleh la yop.  Tapi takut la jugak Haramkah Daily bila menulis perkataan "mendakwa", sebab tau semua tu penipu, Nanti kena saman la pulak!

Teman nak tanya Husam pulak, yang PAS pindahkan pengundi dari Kedah ke Pulau Pinang tu, apa pulak? Kome boleh pulak! Ish.ish, bior le bebenor sikit yop.  Kome buat tak pe,.  Lagi teman nak tambah, PAS pindahkan pengundi Kedah ke Pulau Pinang khusus di Kepala Batas dan Tasek Gelugor.  Itu apa cerita?  Ingat kome boleh menang.  DUN Permatang Pasir pun kome susah jaga, ini kan pulak tempat lain.  Lain kali tu, bila bercakap tu pandang-pandang...
-

Nad Zainal 'Anak Emas' TV3?



Pelakon yang sedang meningkat naik, Nad Zainal menjelaskan kemunculannya dalam dua buah drama bersiri iaitu Bukan Bidadari dan Putera Rayyan di saluran TV3 bukan bererti dia kini 'anak emas' stesen popular itu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 22, sebaliknya berkata, peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk menerajui dua buah drama tersebut adalah satu kepercayaan bermakna buatnya.

"Sejujurnya saya tidak pernah melihat kemunculan kerap saya di TV3 telah menjadikan saya 'anak emas' stesen itu sebaliknya ia adalah penghargaan dan kepercayaan yang cukup besar buat saya semenjak terlibat dalam dunia lakonan sejak tahun 2007.

"Saya juga sedar bukan mudah untuk muncul di TV3 tambahan pula saya adalah pelakon baru dan peluang berlakon dalam dua buah drama bersiri itu sangat saya hargai," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Nad, dia juga tidak menolak kemunculannya di stesen itu telah membuatkan dia semakin dikenali oleh peminat dan membuka peluang kepadanya untuk terus mengembangkan kerjaya seninya.

"Alhamdulillah tahun 2012 telah membuka banyak ruang kepada saya dan diwarnai dengan detik-detik manis dan berharap ia akan terus berkembang pada tahun hadapan," ujarnya.


Dalam pada itu, Nad berkata, populariti yang dikecapi menerusi dua buah drama di stesen tersebut bukanlah bererti dia tidak akan menerima tawaran berlakon untuk saluran lain selepas ini.

Sebaliknya kata Nad, dia ada berlakon untuk drama untuk stesen lain seperti RTM, TV9 dan Astro selain tidak pernah terlalu memilih tentang tawaran yang diterimanya.

"Saya tidak pernah meletakkan sebelum menerima sebarang tawaran stesen apakah yang akan menyiarkan drama tersebut malah sebelum ini banyak juga drama yang saya berlakon disiarkan di saluran lain selain TV3," katanya.

Sementara itu, Nad memberitahu dia lebih gemar menerima satu tawaran pada setiap masa dan tidak mahu mengejar banyak projek kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Syukur tawaran berlakon memang banyak tetapi saya hanya akan ambil satu pada satu-satu masa kerana bimbang lakonan terjejas sekiranya menerima banyak dalam satu masa.

"Lebih baik buat apa yang termampu dan dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pihak produksi, penonton malah diri sendiri," jelasnya. 


-

DEDAH: ZAIRIL KHIR JOHARI AKAN JADI MENTERI BESAR MELAYU CINA

Teman cuba nak mengulas sedikit tentang penolakan bangsa Cina untuk menerima Melayu menjadi sebahagian daripada CEC DAP baru-baru ini.  Kesemua Melayu yang bertanding merebut 20 kerusi jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, kalah teruk.  Secara rasionalnya, ahli-ahli DAP menolak penyertaan orang Melayu dalam kepimpinan DAP pusat, dan sekadar mahu Melayu menjadi Pak Turut untuk meraih undi Melayu semata-mata.  Ini melambangkan DAP adalah parti yang cauvanis dan rasis.  Tidak dapat dinafikan lagi.

Teman tak heran apabila dua orang Melayu telah dilantik ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) semata-mata bagi mengaburi sikap cauvanis dan rasisnya Parti DAP dari kacamata pengundi Melayu. Apa ada hal!  Teman lebih bimbang apabila Guan Eng sendiri telah mengesahkan akan ada seorang calon Melayu yang akan menjadi calon DAP pada Pilihanraya akan datang.  Sudah pastinya, dua orang Melayu yang dilantik menganggotai CEC DAP, iaitu Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar.  Antara kedua-duanya, teman dapat mengagak, Zairil Khir Johari akan menjadi calon tersebut.  Kerusi yang dicadangkan sudah tentunya kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak yang majoritinya Kaum Cina.  Walaupun sebelum ini, DAP mengura-ura meletakkan Zairil di kerusi DUN Selangor.  Tapi hati teman kuat mengatakan di DUN Perak kerana deme yakin sangat akan menang banyak kerusi DUN Perak.  Ye le tu! Mimpi ada le..

Teman rasa kome dah boleh mengagak alasan-alasan yang Guan Eng letakkan Zairil di kerusi DUN Perak dan mengapa Zairil sahaja yang dipilih.  Teman cuba bagi dua garis kasar kriteria tersebut,
  1. Kacukan Melayu dan Cina, Bapanya Tan Sri Khir Johari dan Ibunya Puan Sri Cristine Lim Abdullah
  2. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengsyaratkan bahawa Jawatan Menteri Besar hendaklah dikalangan Orang Melayu yang beragama Islam

Teman gariskan antaranya sahaja.  Ada banyak lagi.  Tapi itu adalah antara kriteria utama yang ingin dicari DAP.  DAP menjangkakan deme akan dapat menguasai semula DUN Perak dan kegagalan untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak dikalangan ADUN DAP dan terlepas kepada PAS dijadikan pengajaran yang sangat berguna.  Zairil ini dipilih supaya lebih mudah untuk mengikut telunjuk DAP.  Teman tertanya-tanya, adakah Zairil Khir Johari dikategorikan sebagai Melayu Tulin? Zairil ni Islam ke?  Macam Kapir je teman nampak...
-

Sunday, 16 December 2012

BIAR PADAN MUKA JULIA PEREZ, BARU TAU LANGIT TINGI RENDAH



KUALA LUMPUR: Pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati bakal berdepan tindakan tegas selepas Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukannya ke negara ini berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa aktres kontroversi itu berlakon tanpa permit sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.

“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. (Harian Metro)
-

AFF SUZUKI CUP: BOLASEPAK MALAYSIA DAH TENAT



Teman pun sependapat dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. supaya Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak harus dipecat atas kekalahan skuad kebangsaan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khamis lepas.  Tapi teman nak nasihat sikit supaya pemain-pemain lebih menumpukan perhatian kepada perlawanan sepenuhnya.  Kenapa teman cakap gitu? Sebab teman nampak banyak sangat masalah peribadi pemain-pemain yang telah diangkat macam artis.  Selalu je ada gossip seperti terlalu "Supertstar" hingga tenggelam dengan dunia glamor.  Setakat popular kerana permainan yang hebat seperti Arwah Mokhtar Dahari, Santokh Singh (beberapa nama sebagai contoh), tak apa la sangat.  Ini tak! Popular kerana gossip dan masalah-masalah peribadi hingga ke mahkamah.  Tak malu ke?

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak harus dipecat atas kekalahan skuad kebangsaan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khamis lepas, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap jurulatih itu malah beliau perlu diberi peluang melakukan penambaikan dan pembaharuan dalam skuad bimbingannya dalam menghadapi kejohanan seterusnya.

"Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai... tidak seperti sebelum ini.

"Bagaimanapun beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis perkahwinan anak perempuannya Nurkhalida dan pasangannya, Qaiyum Hasnul, kedua-dua berusia 25 tahun, di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga bertanggungjawab untuk melihat pembangunan mutu sukan itu secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, FAM perlu memberi perhatian untuk meningkatkan status Liga Malaysia yang kini berada dalam kategori D berbanding kategori B oleh Liga Vietnam dan Indonesia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia, selaku juara bertahan, dikecewakan oleh Thailand dengan agregat 1-3.

Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan akhir timbal balik pada 19 dan 22 Disember ini.

Selepas gagal mempertahankan kejuaraan itu, Rajagobal berkata beliau mahu memenuhi kontraknya sehingga Disember 2013 bersama FAM dengan misi utama membantu skuad negara melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 56 tahun itu menegaskan bahawa kedudukannya selepas ini diserahkan kepada FAM.

Pasukan negara akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan dengan menentang Qatar sebelum berdepan dengan Bahrain dan Yemen dalam saingan Kumpulan D. - Bernama
-

Foto & Video: Nu'est Buat Peminat Malaysia Menangis, Panik, Pengsan



Tidak puas bertemu peminat sewaktu kunjungan pertama mereka pada pertengahan November lalu, kumpulan 'urban electro' dari Korea Selatan yang menggelarkan diri mereka Nu'est (New Established Style and Tempo) ini kembali. Selama dua hari di Kuala Lumpur, kali ini mereka benar-benar mengambil kesempatan mahu kenal rapat dan meluang masa lebih lama dengan L.O.Λ.E Malaysia (gelaran fans).

Atas nama The Face To Face in Malaysia, malam tadi Nu'est bukan saja buat 600 peminat mereka histeria tapi ada yang menangis, ada yang panik malah ada juga hampir pengsan di showcase yang berlangsung di Pusat Pameran Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC). Manakan tidak, selepas 'menyapa' peminat dengan single hits mereka, Face, bukan saja persembahan nyanyian diberikan tapi lima peminat bertuah dipilih bersama mereka di atas pentas untuk 'sesi game' (boleh lihat video di akhir artikel ni). 


Gamat suasana bila Minhyun bertentang dengan peminat pilihannya sambil menyanyikan lagu cinta - terharu dengan keikhlasan anggota tinggi lampai ini, peminat tersebut hampir mengalirkan airmata. Sementara anggota paling cantik, Ren dengan senang hati memenuhi permintaan - 'act cute'. Sementara peminat pilihan Aron lebih bertuah apabila dapat bergambar (selca) bersama dengan rapper kegilaan ramai ini. 

Kalau itu belum cukup, giliran JR buat peminat pilihannya tak mampu berkata apa-apa apabila ketua kumpulan Nu'est ini mempamer aksi tarian seksi. Baekho juga tak mahu mengalah. Tanpa disuruh peminat yang dipilihnya, vokalis utama ini telah memeluk (back hug) pasangannya. Panik gadis tersebut dek tindakan spontan Baekho manakala penonton yang melihat, ada yang 'hampir pengsan' - cemburu...






Itu saja dulu untuk pusingan pertama. Ballroom MIECC kembali rancak apabila Nu'est mendendangkan lagu I'm Sorry dan Not Over You diiringi sorakan peminat. Tak kurang, ramai yang ikut nyanyi bersama. Kemudian sesi game bersambung semula - lima lagi peminat dipilih. Cabarannya? Bersama pasangan masing-masing, mereka perlu mempamerkan gaya ala model profesional. Gamat satu dewan bila penonton menyaksikan macam-macam gaya lucu dari setiap pasangan sebelum mereka akhiri persembahan dengan lagu Action.




Selama satu jam 15 minit bersama peminat-peminat di hari pertama benar-benar memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan penonton. Lebih-lebih lagi apabila selesai showcase, semua penonton berpeluang menyertai sesi high 5 dengan Nu'est. 

NU'EST The Face To Face in Malaysia dianjurkan oleh Rhythm Land sekaligus ini juga merupakan persembahan K-Pop terakhir dalam kalendar konsert artis luar negara di Malaysia untuk tahun 2012.

Pun begitu, agenda Nu'est bersama peminat masih belum habis kerana di hari kedua (Ahad) diadakan pula hari sukan bersama seramai 200 peminat. Acara tersebut berlangsung di sebuah sekolah di Kampung Pandan, Ampang, jam 11 pagi, hari ini. 


-

APA KATA RONNIE LIU? JANGAN GANGGU SAYA PUNYA TEMPAT!



Ini apa Ronnie Liu nak jawab pulak! Tak pun serah pada Khalid Ibrahim yang jawab! Bagi serabut  lagi rambut Khalid Ibrahim tu.  Ini semua salah UMNO ke?  Kuasa PBT atas kuasa Kerajaan Negeri la weh!  Ada share ka?

PETALING JAYA: Lebih 10 premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian Internet dan pelacuran di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, di sini, dipercayai ‘dipayung’ pihak tertentu berikutan masih kebal undang-undang walaupun berpuluh kali diserbu polis sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 67 serbuan dilakukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membabitkan premis perjudian terbabit, manakala 144 terhadap pusat pelacuran di kawasan sama sehingga semalam.

Menurutnya, disebabkan premis sama masih tidak serik dan meneruskan operasi walaupun diserbu berulang-kali, pihaknya membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik, namun usaha itu dipandang sepi.

“Kita minta kerjasama TNB memotong bekalan elektrik di 239 premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu di daerah ini, termasuk 10 di Pusat Perniagaan Mentari.

“Namun, masih tiada pemotongan dilakukan setakat ini, menyebabkan premis terbabit rancak meneruskan kegiatan terbabit seolah-olah tidak takut dengan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pengusaha premis yang melanggar syarat perniagaan.

“Bagaimanapun, kita dapati lesen perniagaan pengusaha premis terbabit yang dibatalkan selepas diserbu akan membuat permohonan baru atas nama orang lain dan membuka semula perniagaan mereka.

“Malah, pemilik premis yang diserbu juga sukar dikenakan tindakan berikutan tidak mempunyai lesen serta menjalankan kegiatan secara haram,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet dan pelacuran yang semakin menular di seluruh daerah ini. (Harian Metro)
-

Ana Raffali bahagia selepas berkahwin



KERJAYA sebagai penyanyi memerlukan keberanian seseorang itu untuk tampil memberi persembahan hebat sekali gus berinteraksi bersama peminat.

Itu antara cabaran yang perlu dihadapi individu bergelar penyanyi. Tetapi ada sesetengah pihak, mungkin sukar untuk berbuat sedemikian lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai yang tidak dikenali dan setiap perbuatan itu di rakam untuk ditayangkan.

Baru-baru ini, .com berpeluang bertemu dengan pasangan bahagia, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah di dalam kereta api Senandung Malam ketika mengikuti program anjuran majalah Santai dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Johor Bahru pada 28 hingga 30 November lalu.

Terserlah keceriaan di wajah Ana Raffali dan Ahmad Aznaim selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga.

Selepas berkahwin pada 25 Februari lalu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 itu jarang sekali muncul di layar perak apatah lagi untuk mendengar cerita terbaharu mengenainya.

Kehadiran mereka berdua secara tidak langsung memeriahkan lagi perjalanan ke Johor kerana Ana Raffali dan Ahmad Aznaim bijak melayan kerenah setiap peminat biarpun tidak mengenali mereka sebelum ini.

Peluang bertemu dengan Ana Raffali dan pengurusnya itu selama dua hari turut disusuli pelbagai acara menarik sepanjang kami berada di Johor.

Menariknya, kami berpeluang beriadah dan mengunjungi lokasi popular termasuk ke pusat pelancongan berteraskan rekreasi dan intelektual di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Legoland Malaysia, Johor Premium Outlets (JPO) dan Plaza Angsana.

Bagaimanapun, bagi .com peluang melihat penyanyi ini berduet bersama suami tercinta di dalam gerabak khas yang dilengkapi sistem audio membuatkan kesemua rakan media lain terpegun menyaksikan saat manis tersebut.

Mereka berdua kelihatan amat romantik selepas menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan.

Pada mulanya, Ahmad Aznaim kelihatan malu-malu kucing ketika diminta menyampaikan sebuah lagu tetapi selepas dipujuk Ana Raffali barulah dia menyampaikan beberapa buah lagu duet bersama isteri tercinta. -SHAHRIL

ANA Raffali merupakan seorang selebriti yang peramah dan suka melayan kerenah peminat. Saya rasa bertuah kerana berpeluang bertemu dengannya dan mendengar nyayian secara langsung."

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...