Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Friday, 8 March 2013

HOT NEWS : U Ulang, I Saman RM100 Juta! Kaya weh!


Tu dia! U ulang, I saman. Jadi kena la saman der! Banyak tu! RM100 Juta. Adeehh! Kaya der!. Cara nak tutup kesalahan, saman aje lah penutupnya. Cara pemimpin Pakatan Rakyat nak menutup kelemahan dan aib diri sendiri..Tapi kenapa aan Utusan dan TV3 aje. Saman la sumber berita dari Reuters dan Philliphines Daily Inquirer. Maklumat dan sumber asal adalah dari sumber tersebut. Utusan dan TV3 akan hanya mengutip berita dari sumber tersebut. Takut la tu nak saman Reuters dan Philliphines Daily Inquirer. Hehe..Bodoh punya saman..
Anwar telah menfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta  terhadap Utusan dan TV3 yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan pengganas sulu di Lahad Datu. Jumaat lepas, 'Philippine Daily Inquirer' mengeluarkan berita berdasarkan sumber perisikan tentera Filipina yang menyatakan bahawa seorang ahli politik Sabah bersekutu dengan Anwar telah bertemu dengan pengganas Sulu.

Saman..U ulang lagi, confirm I saman RM1000000000 Juta..kahkahkah..
-

Tuesday, 5 March 2013

Anwar Kian Tersepit, Terpaksa Saman Utusan-TV3 Untuk Selamatkan Diri


Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi ‘menembak si pembawa berita’ (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi ‘mangsa’ untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.  

Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.  

Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.  

Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri.  Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.  

Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.  

Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat?   Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada ‘memetik sumber asing’?   Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.  

Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup ‘masak’ dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya.  Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.  

Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3.   Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.  

Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak ‘perlu’ diadakan sama sekali.  

Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya. 

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...