Showing posts with label Pertemuan Sulit. Show all posts
Showing posts with label Pertemuan Sulit. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

BREAKING NEWS : Gambar Kedua Pertemuan Anwar Dengan Nur Misuari Didedah


Gambar di atas adalah salah satu bukti pertemuan Anwar dengan Nur Misuari yang telah didedahkan. Tarikh pertemuan ini adalah pada 17/7/2012 beberapa bulan sebelum Insiden Berdaran di Lahad Datu. Walaupun Anwar berani menyaman Utusan da TV3, tetapi pengecut untuk menyaman punca berita dipetik dari Manila Times, Reuters dan macam-macam lagi sumber luar negara.

Sebenarnya Anwar tahu jika dia menyaman sumber luar negara ini, maka akan ada banyak lagi rahsia dan bukti-bukti penglibatan beliau dalam Insiden berdarah Lahad Datu akan terdedah. Tapi bak kat pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.  

Gambar tersebut membuktikan sikap terdesak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri walaupun maruah negara harus digadai dan 8 perajurit negara terkorban. Orang yang sebegini tidak harus dibiarkan hidup dimuka bumi ini....

-

Thursday, 7 March 2013

BREAKING NEWS: Anwar Mengaku Membuat Pertemuan Sulit Dengan Nur Misuari Tahun Lepas


Setelah sekian lama, cuba bermain politik dengan cuba menyalahkan kerajaan dan pemimpin BN/Umno Anwar akhirnya mengaku pernah mengadakan perjumpaan bersama dengan bekas pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari pada tahun lalu. Sebelum ini agensi berita antarabangsa Reuters dan media-media Filipina mendedahkan, berkenaan maklumat yang diperolehi dari sumber risikan tentera negara itu mengenai penglibatan pembangkang di Malaysia berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Ekoran pendedahan tersebut dia telah di desak agar memberikan kenyataan namun segera dinafikan olehnya sambil mengatakan ia merupakan sandiwara dan permainan politik kerajaan.

Namun apabila gambar pertemuan tersebut disebarkan dengan secara meluas di media-media sosial, dia akhirnya terpaksa mengakuinya pernah mengadakan perjumpaan tersebut. Pengakuan tersebut di buat di hadapan hampir 1,500 orang pengikutnya ketika menyampaikan ceramah di padang awam, Kampung Tasik Tambahan Ampang semalam.

Yang menjadi persoalannya ialah, Anwar enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perjumpaan tersebut dan hanya mengatakan ia adalah merupakan perjumpaan biasa. Dia turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Misuari atas kapasitinya sebagai bekas gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM).

Di dalam ucapannya semalam, Anwar turut mendakwa kononnya dirinya telah lama mengerakkan usaha damai antara kumpulan anti kerajaan pimpinan Misauri dengan kerajaan pemerintah Filipina. Namun usaha dan idea tersebut akhirnya telah diceduk oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang baru-baru ini berjaya menjadi orang tengah.

Kejayaan Malaysia sebelum ini berjaya menghasilkan perundingan damai antara pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan kerajaan Filipina berhubung perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD).

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, pengakuan Anwar berhubung perjumpaan tersebut perlu dipandang serius oleh pihak keselamatan dan masyarakat. Ini kerana selang beberapa bulan selepas perjumpaan tersebut, rakyat akhirnya dikejutkan dengan laporan pencerobohan bersenjata oleh kumpulan yang mendakwa kononnya merupakan Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Walaupun pada zahirnya MNLF dan Tentera Diraja Kesultanan Sulu adalah dua organisasi yang berbeza, namun jika dikaji dengan secara mendalam ia saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Contohnya hubungan rapat antara Misurari dengan individu yang mendakwa sebagai waris sah tahta kerajaan Sulu, Jamalul Kiram III dan ia sudah cukup menimbulkan keraguan semua pihak. Tambahan pula, Misuari juga sebelum ini pernah memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia agar tidak menyerang ‘tentera diraja’ atau berdepan dengan serangan gerilla dari kumpulan MNLF.

Lebih memeranjatkan lagi, bila salah seorang pemberontak yang terkorban ketika serangan yang dilakukan oleh pihak PDRM itu disahkan merupakan salah seorang ahli kumpulan MNLF.

Tidak ketinggalan, apabila media Filipina sebelum ini turut mendedahkan berkenaan perlawaan dari pihak pembangkang Malaysia yang menjemput penceroboh bersenjata untuk datang ke Malaysia bagi membincangkan mengenai isu tanah. Dan tidak lama selepas, Misuari turut tampil dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah untuk membela Anwar dari terus dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

Oleh yang demikian, pihak keselamatan negara perlu memandang seriuas dan segera memulakan siasatan berhubung semua dakwaan yang dikemukan sebelum ini. Isu yang dibangkitkan ini adalah merupakan isu besar berhubung keselamatan dan kedaulatan negara.
Sekiranya mempunyai asas dan bukti yang kukuh, mereka yang bertanggungjawab perlu diseret ke muka pengadilan kerana menjadi dalang dan bersubahat sehingga tercetusnya tragedia berdarah ini yang telah mengorbankan 8 orang perwira negara. Rakyat dan masyarakat negara ini juga perlu sedar dan menolak sebarang bentuk pendekatan politik ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ yang digunakan oleh orang-orang tertentu.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...