Showing posts with label Pembubaran Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Pembubaran Parlimen. Show all posts

Friday, 22 March 2013

BREAKING NEWS : Pembubaran Parlimen Hari Ini?


Pembubaran Parlimen untuk membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13 dijangka seawal seperti hari ini, yang didorong oleh pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan hari Rabu.

Secara asasnya, Perdana Menteri telah mendapat perkenan pembubaran Parlimen sejak Perdana Menteri mengadap  beberapa kali Yang Dipertuan Agong beberapa minggu lepas.

Secara teorinya, tempoh akhir Dewan Undangan Negeri menjadi titik tolak yang tidak rasmi tempoh 60 hari untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanggil pilihan raya memandangkan DUN Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama bersidang selepas pilihan raya umum 2008.

Tarikh pengumuman pembubaran seterusnya mungkin akan menjadi pada hari Isnin berikutan peringkat akhir Jelajah Janji Ditepati seluruh negara di Kuantan pada hari Sabtu. Perdana Menteri juga dijangka membuat pengumuman penting di akhir jelajah yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sejak jelajah tersebut bermula di Batu Pahat April tahun lepas.

Jadual Perdana Menteri yang padat dalam tempoh beberapa hari akan datang termasuk menghadiri satu majlis makan malam mengutip dana untuk Sekolah Chung Hwa di Kuantan pada Sabtu, Formula 1 Grand Prix dan Kejohanan Terbuka Golf Malaysia  pada hari Ahad dan pembukaan LIMA pada Selasa.

Beberapa pemerhati politik pula menjangkakan Barisan Nasional akan menamatkan penggal penuh sebagai entiti yang mengawal, kerana masih belum ada apa-apa tanda afirmatif bagi pembubaran awal parlimen. 27 April dijangka menjadi hari terakhir bagi Parlimen akan dibubarkan sebagaimana wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada 28 April, 2008 - tarikh yang sama tamat tempoh bagi Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun ini.
-

Thursday, 21 March 2013

Weh! Ops Kibar! Apa tu?


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan melancar Operasi Kibar (Ops Kibar) iaitu pemasangan bendera parti di lokasi strategik di 22 kawasan Parlimen di negeri ini bagi mewujudkan kesedaran mengenai parti gabungan itu.

Pengerusi Pemuda BN Negeri Ungku Salleh Ungku Jamal berkata operasi itu juga bertujuan menyatakan komitmen BN yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk mereka.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di Padang Bukit Jelutong di sini Ahad ini.

Pertandingan akhir itu diadakan susulan pertandingan bola sepak itu yang bermula sejak 10 Mac lepas melibatkan 15,000 peserta terdiri daripada kalangan warga industri.

"Pertandingan akhir ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi dan kami turut menawarkan pelbagai hadiah kepada pasukan yang memenangi kejohanan itu termasuk piala dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM16,000," katanya. BERNAMA
-

BERITA PALSU : Parlimen Bubar!


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial pada Rabu.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu.

"Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya.

"Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya. BERNAMA
-

Wednesday, 13 March 2013

BREAKING NEWS 1.00 PM 13 Mac: Perdana Menteri Mengadap Yang Dipertuan Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen Hari Ini?


Teman tak pasti bilakah pembubaran Parlimen tetapi gambar diatas adalah gambar terbaru yang teman dapat dari seorang rakan facebook. Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Teman menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini bermakna Pilihanraya Umum yang ke 13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman tersebut. Kemungkinan hari ini atau esok pengumuman pembubaran Parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Sama-sama kita nantikan siren akan berbunyi. BERJUANG!!!!

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...