Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Ahmad Maslan Selar Cubaan Rafizi Kaitkan Azzimudie Dengan Umno Sabah


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyelar tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang dilihat cuba mengaitkan Agbimuddin Kiram dengan Umno Sabah.

Agbimudin Kiram, adik kepada ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram, didakwa Rafizi pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO)Kudat atau penjawat awam bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

"Kalau benar dia pernah jadi ADO Kudat pada 1970-an, ia tidak ada kaitan dengan Umno," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan 'Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah' di Dewan Maksak, Likas dekat sini, Sabtu.

"Mana ada Umno (di Sabah) waktu itu...Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990. Saya kira ini satu lagi tuduhan terhadap Umno. Umno adalah satu parti yang amat rasional dan Barisan Nasional (BN) mempunyai tindakan yang rapi.

"Kita tidak sebodoh apa yang mereka sangkakan...takkan kita ingin melakukan sandiwara," kata Ahmad sebagai mengulas kenyataan Rafizi yang disiarkan media sosial.

"Saya sendiri pergi melihat (keadaan Lahad Datu) bukan sandiwara...Mereka (pembangkang) hanya duduk di bilik hawa dingin di pejabat PKR di Semenanjung, mana ada melihat apa yang berlaku...susahnya kita berhadapan dengan puak-puak pengganas ini," tegas Ahmad.

Beliau berkata Umno dan BN sentiasa memikirkan bagaimana mempertahankan bumi Sabah.

"Kita pertahankan supaya tidak ada seinci pun tanah kita ini jatuh ke tangan pengganas itu...itu kerja kita, kerja mereka (pembangkang) asyik menuduh macam-macam hal yang amat menjengkelkan dan (ini) amat mendukacitakan," katanya.

Mengenai 'Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah', Ahmad berkata ia bertujuan menunjukkan sokongan kepada usaha kerajan Sabah dan Malaysia bagi menyelesaikan dan menjamin kemenangan dalam membanteras pengganas Kiram.

Ahmad berkata NGO-NGO yang menyertai program itu turut mencadangkan tambahan pengambilan anggota keselamatan di Sabah.

"Kita harap jumlah anak-anak Sabah yang menganggotai polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditambah supaya apabila anak Sabah sendiri yang pertahankan bumi Sabah ini, sentimen patriotisme atau cintakan negeri itu lebih berbanding orang lain," katanya. -BERNAMA
-

Sunday, 24 February 2013

PANAS! Hadi Awang Pula Gelar Penerima BR1M Sebagai Bodoh


Adeeh!! Apa cerita nih! Sebelum ini Nik Ajis kata penerima BR1M umpama ayam dan lembu. Le[as tu , Presiden PAS, HAdi Awang pula menghina lagi penerima BR1M kata Bodoh. Apasal ni! Dengki ka apa!

Presiden PAS, Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah pada 22 Februari 2013, menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.

Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya. "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.

Tengok la perangai PAS. Kalau orang lain bagi pada rakyat dikatakan ayam la, lembu la, lepas tu bodoh la. Apa punya manusia yang kuat mendengki khianat ni. Cess


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...