Showing posts with label ADUN Pulau Tikus. Show all posts
Showing posts with label ADUN Pulau Tikus. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

BONGKAR: RM500 Ribu Cagaran Pendekkan Hukuman ADUN Pulau Tikus #tukarLGE


Wah! Biar betul! Teman pun terfikir jugak mengapa Guan Eng tiba-tiba pendekkan hukuman gantung kepada ADUN Pulau Tikus, Koay Teng Hai. Dari gantung 6 bukan kepada sebulan. Weh! Macam main magik la pulak.

Rupanya ada cerita udang disebalik batu. Koay Teng Hai adalah sepupu kepada Dato Loh Geok Beng yang mempunyai pengaruh kuat dengan Guan Eng. Dari sumber, Dato Loh Geok Beng didakwa telah mempengaruhi keputusan pengantungan sepupunya dengan derma sebanyak RM500 ribu untuk membiayai kempen pilihanraya DAP. Gitu pulak! Rasuah tu weh! Adeeh!

Pandainya deme ni. Cakap tak serupa bikin. Konar sana konar sini. Yang penting untung kat deme je..Tunggu pendedahan seterusnya mengenai YB Lydia Ong ADUN Berapit. Akan keluar asap weh!!!
-

Monday, 14 January 2013

ADUN DAP Pulau Pinang Keluar Parti?



Ini cerita panas dari Pulau Pinang. ADUN Pulau Tikus menurunkan logo DAP Pusat Khidmat kerana digantung sela 6 bulan akibat kegagalan menghadirkan diri dalam Mesyuarat DUN. Macam-macam la DAP ni main tarik tali..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.

Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.

"Saya menghormati keputusan parti tetapi akan merayu terhadap penggantungan ini.

"Saya harap semua penyokong saya bertenang," katanya kepada sidang akhbar di sini Isnin.

Pada persidangan DUN yang lalu, Koay terlepas untuk turut sama dalam undi belah bahagi untuk meluluskan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012 khusu berkaitan rang undang-undang antilompat parti.

Tindakan beliau hampir menyebabkan Pakatan Rakyat hilang undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan negeri. (mStar Online)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...