Sunday 24 March 2013

KURANG AJAR! Lucutkan Kewarganegaraan Nurul Izzah #rempuh243 #jomsokongbn


Sungguh melampau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar beberapa hari yang lalu dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak perempuan Anwar itu yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah mengeluarkan kenyataan menghina tugas anggota perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan yang secara terang-terangan yang memperlekehkan anggota Cawangan  Khas itu memang tidak boleh diterima akal, ke mana perginya jati diri beliau sebagai anak bangsa Malaysia. Sepatutnya orang sedemikian rupa ini dibuang negara atau dilucutkan saja taraf kerakyatannya kerana kenyataan biadap dan menghina itu.

Berikut adalah transkrip petikan ucapan Naib Presiden PKR semasa berceramah di Kampung Jemapoh Kuala Pilah Negeri Sembilan.

“Apa tugas anggota keselamatan ? Kerja mereka untuk intip rakyat. Kerja mereka untuk intip pemimpin PKR. Kerja mereka keseluruhannya untuk membantu BN supaya berjaya… sehingga sempadan di Lahad Datu, Sabah berjaya dicerobohi..”

“Bayangkanlah 200 pengganas berjaya masuk kedalam negara dan apa tindakan Menteri Dalam Negeri? Pengganas dijamu dengan minuman dan kuih-muih dan menunggu sehingga 23 hari untuk bertindak..”

Ini bukannya pertama kali beliau berucap menghina serta memperlekehkan anggota PDRM di hadapan orang ramai dalam siri ceramahnya. Sebagai contoh dalam ucapannya pada 16 Mac yang lalu, beliau turut dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina polis dengan mengatakan telah menyeleweng dari tugasan sebenar.

Malah sebelum ini juga Tian Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut dilaporkan menghina anggota PDRM yang terkorban sebagai sandiwara Umno mengikut laporan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Chegu Bard dan ramai lagi pimpinan PKR yang sering menjadi anggota keselamatan negara sebagai bahan lawak jenaka di dalam ceramah mereka.

Bukan sahaja polis, malah mereka turut akan menyerang mana-mana agensi, badan atau institusi yang difikirkan menjadi penghalang kepada gerakan untuk meletakkan Anwar sebagai perdana menteri.

Sebagai contoh institusi Raja juga pernah diserang ketika kes peralihan kuasa di Perak dan tidak ketinggalan Mahkamah juga akan dijadikan sebagai modal ceramah sekiranya membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Persoalannya mengapa semua ini boleh terjadi? Jawapan mudah, ia sebagai salah satu strategi serampang dua mata bagi merosakkan kredibilititi dan mewujudkan sentimen kebencian terhadap tonggak kekuatan sesebuah negara. Ini kerana dengan cara itu, rakyat akan mudah diperdaya dan dimasa yang sama akan meletakkan semua kesalahan yang terjadi berpunca dari kerajaan.

Apabila doktrin tersebut berjaya menyusup masuk ke dalam minda masyarakat, maka rakyat akan mula meletakkan kepercayaan kepada mereka bagi memulihkan kembali sistem yang kononnya telah tercemar.

Padahal ia hanyalah merupakan agenda jahat pakatan pembangkang untuk menarik sokongan dan simpati, khususnya para pengundi. Maka atas dasar itulah, setiap kali pimpinan pembangkang berceramah mereka akan menghina, mencemuh dengan pelbagai isu yang sengaja direka cipta.

Maka apabila ia diulang berkali-kali, rakyat akan mula merasakan apa yang dikatakan itu adalah betul sedangkan ia merupakan satu penipuan dan fitnah semata-mata.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...