Friday, 14 December 2012

Zed Zaidi & Julia Perez Berperang di Twitter, Meleret Hingga Isu Politik




Industri hiburan tanah air tiba-tiba hangat lain macam (walaupun hari hujan). Semuanya gara-gara tercetusnya perang di antara pelakon Zed Zaidi dan pelakon seksi, Julia Perez @ Jupe dilaman Twitter masing-masing.

Di blog-blog hiburan tempatan dua hari lalu menyiarkan status Jupe yang mengutuk kualiti drama Malaysia di laman Twitter miliknya. 

Ekoran status tersebut, Zed Zaidi telah naik berang lalu berhasrat untuk menyiasat sama ada cara kemasukan Julia Perez ke dalam industri Malaysia secara berpermit ataupun tidak. Julia Perez datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama arahan Murali Abdullah.




Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Zed Zaidi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap penglibatan Julia Perez ke dalam industri filem tempatan dan sekaligus menyiasat juga pihak produksi yang terlibat mengambil wanita tersebut berlakon di negara ini.


“Sekarang ini saya nak siasat macam mana dia (Julia Perez) boleh lepas untuk berlakon dalam filem Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.”

“Saya pun sedang siasat produksi arahan Murali Abdullah dan ingin tahu adakah dia mengambil Jupe berlakon secara berpermit ataupun tidak.”

“Kalau sebelum ini Malaysia pernah halang Eryka Badu masuk negara kita sebab ada tatu di bahagian badan, tapi kenapa untuk kes Jupe ini tidak? Jupe pun ada tatu di bahagian belakang badan dan tatu tersebut bermotifkan kalimah Al-Quran.”

“Dalam hal macam ini kita kena tengok juga fakta dan juga garis panduan sebelum mengambil sesuatu tindakan tegas,” ujar Zed Zaidi kepada blog hiburan OhBulan.com.

Dalam pada itu, Presiden Seniman ini turut akui isu sebegini merupakan tanggungjawab dirinya untuk membela dan mempertahankan industri hiburan negara.

“Sebagai Presiden, saya kena jalankan tanggungjawab dan kena bangkit untuk mempertahankan industri kita. Tindakan Julia Perez mengutuk industri merupakan satu hinaan yang cukup terang dan ia tidak seharusnya berlaku.”

“Pengambilan artis luar berlakon di negara ini seolah-olah menunjukkan kita memperjudikan industri seni kita sendiri.”

“Pihak penerbit pun satu, mereka ambil artis-artis luar sebab untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dan senang-senang bagi peluang artis luar masuk ke negara kita. Kalau artis kita nak masuk negara mereka cukup punya susah, macam-macam prosuder kita kena ikut.” katanya.

-

HOT! 308 ORANG JADI 308,000 ORANG, MACAM NASI TAMBAH JE


Syoknye main tambah-tambah.  Dari 308 orang jadi 308,000.  Ish..Ish..tambah 000 kat belakang je.  Baik punya.  Angka ada, tapi tak timbul pun 308,000 orang tu?  Dimana ye!  Ada kat rumah la kot! Yang datang demo hari tu pun berapa kerat je.  Mana lagi? Pakatan Rakyat ni dah terkenal denga fitnah.  Dah menjadi trade mark Pakatan Rakyat memang suka memfitnah.  Deme ni tau, kalau beberapa isu keluar sikit, bagi saja angka-angka tertentu, mesti ada orang percaya.  Mudahnya deme ni menipu.  Maklum la Pilihanraya dah dekat..Kalau berani bagi la senarai nama tu! tak pun kome kutip je nama-nama bagla kat merata kan ade.heee..

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) menolak dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia.

Beliau yang menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan besar’ dan bermotifkan politik berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil orang ramai yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini semalam.

“Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan ‘Raikan Cinta 121212’ di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N. Surendran; Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang mengetuai kumpulan tersebut berhimpun di hadapan ibu pejabat JPN di sini semalam berhubung isu taraf kerakyatan dan dokumen pengenalan diri kaum India.

Sumber
-

Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam : Anne Hathaway Malu!



Insiden bahagian 'privasi' terlihat umum gara-gara kesalahan memakai busana, pernah dialami selebriti seperti Lindsay Lohan, Paris Hilton, Britney Spears mahupun diva popular, Jennifer Lopez. Tapi Bagaimana reaksi pelakon jelita Anne Hathaway jika perkara yang sama terjadi kepadanya. Tambah-tambah paparazzi sempat merakamkan gambarnya dan ia menjadi bahan tatapan umum di banyak media hiburan?

Kejadiaan memalukan itu terjadi sewaktu bintang Catwoman iyu menghadiri tayangan perdana file terbarunya Les Miserables pada 10 Desember lalu di New York. Ketika itu Hathaway yang mengenakan gaun hitam ketat rekaan pereka terkenal Tom Ford mahu turun dari sebuah kereta, tetapi entah macam mana dia gaunnya terselak secara tidak sengaja.

Lebih malang sebaik saja pintunya kereta dibuka, berpuluh-puluh kerdipan 'flash' kamera daripada para paparazzi ke arahnya. Tanpa dia sedari, ketika itulah kemaluannya terlihat.

Anne Hathaway benar-benar merasa malu. Apalagi fotonya itu beredar secara luas di internet.

"Sungguh mengecewakan. Mereka telah melihat segalanya', ujar aktres berusia 30 tahun kepada NY Daily News.

-

PANAS! KEENA MENTOR NYANYI LAGU CINA DAN ARAB


Teman tak tau apa sebenarnya yang bermain difikiran Keena Mentor, bekas finalis Mentor musim ketiga atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab yang mendakwa di mStar Online, penyanyi baru sepertinya tidak mendapat peluang dalam industri hiburan tempatan terutamanya daripada pihak yang menganjurkan sesebuah acara persembahan.

Ewah!ewah!  Sedapnya mulut bercakap.  Mike kata setiap kali acara-acara persembahan dianjurkan, pihak penganjur lebih senang menawarkan peluang kepada penyanyi yang sama atau kepada kroni masing-masing.  Mike kena faham, mike tu baru je 3 tahun masuk dalam industri muzik tanahair.  Yang dah bertahun-tahun masih lagi menyanyi di Kelab dan Lounge tak bising pun.  Bercambah penyanyi-penyanyi yang lahir dari TV Realiti yang teman pun tak larat nak sebut kat sini.  Lagi pun, mike pun bukan keluar sebagai juara mentor ke apa ke?  Yang juara lagi pun tak tentu timbul tenggelam dapat bertahan.  Kalau betul mike tu hebat, suara pun hebat, sudah pasti mike dulu menjadi juara mentor.  Penganjur mesti cari mike untuk persembahan pentas.  Paling kurang pun ditawarkan menyanyi di Kelab atau Lounge.  

Tak pa la, mike kata dapat tawaran menyanyi di Hong Kong dan Dubai.  Elok jugak la tu. Mike boleh nyanyi lagu-lagu cina dan Arab.  Dah kira hebat la tu.  Boleh gelek-gelek.heee..Kalau ada rezeki, tunggu la Datuk-Datuk mana yang pinang mike nanti.  Mana le tau kan, boleh jadi Wedding Of The Year ke, tak pun buat macam Farid Kamil pakai uniform tentera siap dengan pasukan berkuda.  Mike tambah lagi Jet Pejuang Mirage atau F14 Hornet siap jatuhkan bom berantai lagi u!!!!  Tak salah u!  Keliru je kata ATM.  heeeee..
-

HANGAT! LATIPAH KOYAK RUPANYA 2 KALI 5 JUGAK


Teman terasa sangat bila Latipah Koyak memaki hamun dan menengking penjawat awam masa insiden di JPM Putrajaya tempohari.  Kome ingat JPN ni mak bapak kome yang punye ke?  Mentang-mentang Latipah Koyak ni laywer, boleh la buat sesuka hati mak bapak dia.  Jangan la nak ingat hebat sangat.  Tok sah la berlagak, macam la orang tak tau.  Itu belum orang korek cerita mike satu persatu.  Dari mana mike datang.  Silap hari bulan 2 kali 5 je dengan pendatang tu! Cuma orang tak nak bangkitkan isu sensitif macam gitu. Teman dah meluat orang jenis ni tak sedor diri dia tu siapa!

Lagi syok, blogger cai-cai Pakatan Rakyat yang hampir 2 kali 5 dengan Latipah Koyak ni,  punya la spin cerita bagi nampakkan Latipah Koyak ni macam seorang pejuang.  Ptuiii! Pejuang apa! Kalau asyik mengendeng-ngendeng Anwar China Doll nak dapat jadi calon.    Hanya melalak bila ada kamera kat depan.  Anwar China Doll tau, Latipah Koyak ni hanya boleh jadi anjing melalak je sebab kalau jadi calon confirm kalah.  Orang pun meluat tengok dia ni.  Muka pun macam adik beradik empat segi tiga.heee..

Teman pun kecewa jugak bila ada segelintir penjawat-penjawat awam secara terbuka menyokong muka -muka cibai ni.  Secara terbuka menyokong perjuangan berasaskan kepentingan peribadi.   Ada pulak yang membocorkan rahsia-rahsia agensi sendiri bagi pada muka-muka cibai bantai  balik penjawat-penjawat awam dan kerajaan.   Elok lah tu, buat selalu.  Di Akhirat nanti jawab je le..oppss..lupa..Nik Aziz dah bagi kome syurga kan..Tak apa le.  Kome duduk la kat Syurga PAS Nik Aziz tu..Teman nak duduk Syurga Allah S.W.T.
-

Thursday, 13 December 2012

APA LAGI ANWAR IBRAHIM NAK SPIN? CUBA TRY TEST TENGOK

Pening aku, apa lagi aku nak spin ni!


PUTRAJAYA: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan RM12.3 bilion dan mewujudkan 16,335 pekerjaan sehingga ini, kata Ketua Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq. 

Tahun lalu, katanya wilayah itu menarik pelaburan RM9.9 bilion dan mewujudkan 10,369 peluang pekerjaan. 


Beliau berkata pelaburan utama diperoleh dari sektor pertanian dan pembuatan, dengan penyertaan kukuh dari pelabur Jepun. 

"Penyertaan sektor swasta tempatan di dalam wilayah ekonomi itu berkembang kepada 39 peratus daripada 19.4 peratus pada tahun lalu," katanya selepas bertukar-tukar memorandum perjanjian (MOA) dengan empat syarikat, yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini. 

Syarikat itu ialah Cypark Resources Bhd, Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, TS Solartech Sdn Bhd dan Toyo Tires Manufacturing (M) Sdn Bhd.

MOA itu menyaksikan syarikat berkenaan, yang terlibat di dalam sektor tenaga diperbaharui dan kenderaan motor, mengembangkan perniagaan masing-masing dengan membina kilang baru dan meneroka peluang baharu di dalam wilayah ekonomi itu. 

Sepanjang tahun ini, katanya NCIA telah melaksanakan 26 "engagement" dengan sektor swasta, 58 inisiatif peringkat sektor dan enam inisiatif logistik wilayah. 
Katanya wilayah itu dijangka menerima limpahan RM500 juta dari sektor swasta tempatan pada tahun depan. 

Katanya penyertaan sektor swasta dijangka sekitar 25 peratus dengan mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan. 

Redza berkata NCER akan memasuki fasa pembangunan kedua pada tahun depan sehingga 2020 bagi mencatatkan asas kukuh menjadikan wilayah itu wilayah ekonomi berkelas dunia menjelang 2025. 

"NCIA akan mengkaji meningkatkan penglibatan sektor swasta, yang termasuk mewujudkan rangkaian perniagaan dengan memupuk hubungan asing dan domestik." 

"Matlamat akhirnya ialah untuk membawa pertumbuhan dengan ekuiti sosial di dalam koridor utara dengan menjadikannya satu wilayah yang dipelbagaikan yang terkemuka di segi kluster perniagaannya, dengan penjanaan kuasa membeli melalui usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya. 

Antara usaha lain yang akan dilaksanakan pada tahun depan termasuk 36 inisiatif penyelidikan dan pembangunan, 16 inisiatif kluster, dua inkubator yang beroperasi dan 16 inisiatif pemangkin bagi menjana penyertaan sektor swasta, katanya. 

Sebelum itu, Redza mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju NCER. 

"Perdana Menteri juga memberikan lampu hijau dan beliau sangat berpuas hati," katanya. 

Redza berkata pertemuan itu juga menetapkan sasaran pelaburan bagi tahun depan, tetapi beliau enggan mendedahkan angka berkenaan. - BERNAMA

-

ABBY ABADI MEREPEK SAWAN KERANA SANGGAP


Teman nak usik sikit lagi ustazah segera PAS Abby Abadi.  Apa yang mike merepek tak tentu arah ni.  Sawan ke? Sanggap ke?  Kalau sanggap teman rekemenkan kawan-kawan teman yang bujang trang tang lagi.  Banyak ni!  Mike pilih je yang mana satu.  Yang bujang, Yang dah kahwin, yang duda, semua ada la.  Mike pilih je.  tak pun mike jadi bini mutaah Mat Sabun.  Boleh dia pakai mike bila dia suka.  Blogger Taiping Central ada ceritanya kat SINI.
-

HOT: MUKA CIBAI NI NAK JADI CALON PAS


Teman seronok bebenor bila baca komen Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Vincent Lee berkata dalam Haramkah Daily, The Star terus bersikap 'tidak senonoh' apabila berterusan mengeksploitasi isu khalwat dan salun di Kelantan, sedangkan lebih banyak isu utama yang perlu dimainkan akhbar berbahasa Inggeris itu. The Star itu menjurus kepada mainan akhbar Utusan Melayu.

Teman heran jugak.  siapa yang mainkan isu ini.  Yang melolong tak tentu arah Guan Eng dan karpal Singh.  Jangan pulak menuding jari pada orang lain.  Tak ada yang lapuknya isu salun di Kelantan ni.  Kerajaan PAS Kelantan yang buat huru hara, DAP yang menentang sampai Kerajaan PAS Kelantan tangguh pelaksanaannya, Itu perkara remeh ke? Kalau nak popular pun, jangan la buat kenyataan bodoh macam tu.  Iye le.  Mike nak jadi calon, tapi PAS macam tak bagi je.  Mula la cakap yang bukan-bukan supaya lebih popular.  Kalau tak orang tak kenal pun, supaya mike dapat dilihat oleh kepimpinan PAS pusat mike ni macam pejuang. ciss..muka tak malu...
-

PANAS: TU DIA, KRONI DAP, SEMUA ANAK BERANAK


Tu dia.  Aasyik mengata orang.  Tapi dia yang lebih.  Asyik mengata BN kroni dan semua suku sakat masuk politik dan pegang jawatan penting dalam parti dan kerajaan.  Bukti DAP penuh dengan kroni dan anak beranak.  Lagi dasyat woo! Menurut laporan Berita Harian, Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga. 

Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, dua anak lelakinya Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen (MP) Puchong dan Jagdeep Singh Deo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat. 


Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang JUGA veteran DAP dan MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang. 

Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga MP Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming, yang juga Setiausaha DAP Perak. 

Dalam PKR habis anak beranak Anwar China Doll nak pegang jawatan penting parti.  dari bini samapai la anak-anak.  PAS pun sama jugak.  Nik Aziz bagi anak dia pegang beberapa jawatan penting dalam syrikat-syarikat kerajaan negeri.  Pak pa pulak!

Parti macam ni kome boleh percaya.  Kalau dalam ceramah kutuk BN kroni dan nepotisme.  Tapi deme pulak lagi dasyat.  bawak semua anak beranak dan sepupu sepapat masuk parti dan pegang jawtan penting dalam parti.  Tambah lagi pegang beberapa jawatan kerajaan negeri. lepaih tu jadi calon-calon untuk Pilihanraya.  Itu tak kroni ke?heeee..menyampah!!!..
-

HOT! DATUK K KEMALANGAN, SITI NURHALIZA BATAL KONSERT


Tak sangka.  Macam-macam boleh berlaku.  Datuk K kemalangan di new Zealand dan diberitakan patah bahu.  Menurut mStar Online Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis. 

Akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki.  Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.  Alhamdulillah. mungkin boleh sembuh.  Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.


Teman doakan Datuk cepat sembuh dan Siti Nurhaliza akan lebih tabah apa yang telah menimpa kepada suami yang tercinta.  Semua itu adalah dugaan Tuhan.  Mungkin kita telah terlupa dan meberi kesedaran kepada kita.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...