Sunday, 16 December 2012

APA LAGI KHALID IBRAHIM NI NAK SPIN, LETAK JAWATAN JE



KUALA SELANGOR - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan desakan yang meminta beliau meletak jawatan kerana didakwa masih belum menunaikan manifesto pada pilihan raya umum lalu.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memenuhi semua manifesto tersebut dan pihaknya juga membuat penilaian untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Katanya, penilaian itu dibuat memandangkan usaha tersebut melibatkan wang rakyat dan pendapatan negeri bagi memastikan ia tidak disalah gunakan dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima manfaatnya.

“Dengan cara itu, kita (Kerajaan Negeri) guna duit pembayar cukai dan hasil negeri dengan adil dan saksama. Contohnya, kita tak beri kebajikan kepada semua siswazah, sebaliknya hanya bantu siswazah yang masih lagi belum dapat pekerjaan atau mereka yang mahu tingkatkan kemahiran.

“Bagi ibu tunggal pula, mereka yang sudah terima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita tak bantu lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) supaya Adun Ijok itu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya tidak mampu melunaskan janji manifesto.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata, manifesto bukan satu perjanjian yang wajib ditunaikan.

Abdul Khalid menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) berpendirian untuk memastikan jenayah rasuah atau salah guna kuasa berlaku dalam negeri ditadbir mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid mempertahankan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan beberapa kuil di Selangor.

“Polisi dan implementasi perlu ada keseimbangan. Kita sudah setuju tiada rumah ibadat baru yang tak ikut peraturan.

“Jadi kita dah buat keputusan supaya pembangunan (rumah ibadat) sudah dilakukan sebelum 2008, yang salah dari segi undang-undang, kita buat pembetulan,” katanya.

Sumber
-

AHLI PAS KENA BACA NI!



"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.

Itulah kata-kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam.  Teman bersetuju dengan ustaz.  Cuma ahli-ahli PAS terlalu taksub hingga melupakan agama Islam sebagai tunggak perpaduan sesama umat.  Taksub hingga boleh mengkafirkan sesama Islam itu sendiri.  Teman pikio deme ni dah sesat sampai boleh deme kata Nik Aziz tu nabi pulak.  Tak ke sesat tu!  Lepaih tu, boleh doa-doa sesama Islam KO KO..  Lepaih tu boleh pulak keluarkan fatwa yang bukan-bukan.  Allah akan tunjukkan kebenarannya ustaz.  Ustaz teruskan perjuangan untuk menyatukan umat Islam di Malaysia.  Teman sokong 1000000000 peratus.

Teman harap kome baca kata-kata Mufti Perak ni kat bawah:

"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," Tan Sri Harussani Zakaria.

Lepaih tu kome pikio-pikio la..



-

PANAS BEB! ARTIS PADAM GAMBAR KAMERA JURUGAMBAR



Teman memang suka yang ini.  Perangai artis yang tak sedor diri lagi.  teman setuju dengan Diva kalau Diva nak hempuk kamera tu kat muka artis tak sedor diri tu!  teman sokong 10000000 peratus.  Bior padan muka dia.  memang biadap mak bapak tak ajar.  Udah le gambar ekslusif, sian tangok jurukamera tu.  Tapi kalau teman, teman hentak kepala artis tu kat dinding.  bagi dia rasa langit tu tinggi ke rendah ke.heee. peace..

Sebelum tu teman nak P/S kat Diva, artis ni memang datang dari Pulau Jerjak kot.  Penah la kot kena sakit sawan babi!...heeee..

PERANGAI artis yang suka padamkan gambar pada kamera jurukamera yang dirasakan tidak berkenan di hatinya memang selalu berlaku. Paling ketara, jika sesi fotografi itu dilakukan secara eksklusif. Perangai buruk laku boleh disifatkan sebagai biadap, kurang ajar, berani tapi bangang serta tidak hormat kerja orang.

Diva yang setakat pegang kamera cap ayam pun akan rasa marah kalau gambar yang ditangkap elok-elok tiba-tiba terpadam oleh tangan-tangan yang gatal, ini pula jurukamera yang kerjanya memang tangkap gambar. Bukan tangkap sahaja, tapi jenuh fikir sudut dan pencahayaan, alih-alih artis nak tengok hasil kerjanya, dipadamkan pula sesuka hati.

Kalau Divalah, Diva hempuk sahaja sahaja kamera itu ke muka artis berkenaan, tak kira dia artis antarabangsa atau baru datang dari Pulau Jerjak. Tangkaplah gambar sendiri, kalau dah pandai sangat.

Kata sumber cerita menyakitkan hati ini kepada Diva, artis terbaharu yang tunjuk perangai buruk laku itu bukan setakat minta beberapa gambar yang dirakamkan seorang jurufoto itu dipadamkan. Dia bahkan ambil kamera dari tangan jurufoto bertugas dan mula kenal pasti gambar mana layak diproses dan gambar mana yang layak dipadamkan oleh jari runcing yang siap berwarna kukunya itu. Banyak cantik!

Diva: Selamat maju jaya delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik di Macau, China!

Sumber

-

ANWAR IBRAHIM MESTI TAK TAHAN!


Teman rasa lepaih ni Anwar China Doll mesti mengelupor tak tentu arah.  Jenuh Anwar China Doll ni Jelajah Merdeka Rakyat kononnya, padahal dah merdeka pun.  Tabur gula-gula palsu penuh dengan racun kat merata tempat.  Ramai jugak yang mabuk dengan gula-gula Anwar Cina Doll ni.  Berpinar-pinar nampak China Doll je.  Cakap je, habuk pun tarak, boleh percaya ke?

Ini pulak Kerajaan BN yang melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan tujuh inisiatif baru bagi membela nasib dan menjaga kebajikan kira-kira 300,000 veteran tentera dan keluarga mereka.  Wah!  maknanya bekas-bekas tentera dan keluarga mereka terbela dibawah Kerajaan BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah  melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) merangkumi tujuh produk teras bagi memperkasa dan meningkatkan tahap sosioekonomi veteran tentera di seluruh negara di Padang SMK Cilifford, Kuala Kangsar, semalam.  Antara inisiatif tersebut, Program Penempatan Kerja, Program Bimbingan Usahawan, Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera oleh Industri, Kad Privilege 1Malaysia, Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia, Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia dan Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.  Veteran Tentera nasib deme terbela...


-

HOT! MARUAH GADIS TERGADAI DI TAGGED



Ini le orang kampung teman kata " Ceghordik Buah Pelio". heee..Kome ni senang-senang je percaya pada orang lelaki.  Kena ayat sikit, dah berpinar.  Dah percaya.  Kenal pun tak, cuma kat alam maya je.  Mula ayat-ayat mintak nombor telefon, lepaih tu main sms.  cakap rindu-rindu pulak.  Cakap tak puas la tengok pic kat fb je. Dah mula la tu!  Kome pun makan la ayat-ayat tak makan saman tu!  Lepaih tu pegi jumpa la.  Apa lagi, lauk masak kari kepala ikan la kome kena makan.  Lauk depan mata beb!..heee..peace..

KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.

-

PANAS: HINA SULTAN PAHANG TENGOK FOTO LUCAH


Ini muka budak hingus hina Sultan Pahang.  Kutuk Sultan Pahang dan tuduh Sultan Pahang tengok blue.  Biar betul beb!  Mike main suka-suka tuduh pasal pa?  Jangan tuduh sembarangan.  Muka mike tu orang dah screenshot.  Melayu tak sedor diri..Mana mike nak lari..


Kome ikuti cerita budak hingus ni DISINI.

-

BERLAKON PUN MACAM HAMPEH: Hairul Azreen Hanya Berlakon Stesen TV Popular


Teman pun tak tau apa jenis orang macam gini.  Baru berlakon sebuah dua drama dan filem, dah memilih TV mana yang nak berlakon.  Teman gelak pun ada.  Teman nak gelor pelakon ni sebagai Pelakon Tak Sedor Diri yang Paling Popular.  Ok tak!  Macam la hebat sangat.  Teman tengok dia berlakon, setakat boleh-boleh aje.  Tak hebat mana pun.


Pelakon Hairul Azreen yang pernah berlakon dalam filem Hantu Kapcai berkata mStar Online, dia mahu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan berdasarkan impak dan populariti sesebuah stesen televisyen (TV).

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, populariti dan publisiti terhadap drama yang ditayangkan di sesebuah stesen penting agar lakonannya mendapat perhatian dan ditonton khalayak.

Ewah!ewah!  Itu la manusia, baru glamor sikit, tak sedor diri.  berpada-pada la yop.  Orang lain dah berlakon macam-macam filem, macam drama, tak memilih pun nak masuk TV mana.  Mike tu tak sedor diri.  Baru je berlakon, dah tunjuk hebat macam pelakon popular. Macam la mike tu berlakon best sangat.  Harap muka je, yang lain macam hampeh! ptuiii!!!!
-

GEMPAR: LIM KIT SIANG CALON PERDANA MENTERI


Guan Eng memang dah kantoi menipu!  Kalau mike nak menipu pun bior le bertempat.  Ini tidak, mulut cakap lain, tapi cakap tak serupa bikin.  Siapa yang percaya cakap Guan Eng ni?  Sudah pasti Lim Kit Siang jadi calon Perdana Menteri.  Ramai jugak dah tertipu.  DAP tidak mahu rakyat tahu mengenai perkara ini., supaya PAS jugak tertipu dengan permainan jahat deme ni.  Jika rakyat tahu khususnya orang Melayu, maka undi Melayu kepada DAP tidak akan menjadi kenyataan.

Adakah DAP parti berbilang bangsa?  Itu yang cuba diwar-warkan oleh Guan Eng dan konco-konconya supaya orang Melayu akan memberi sokongan kepada DAP.  DAP hanya bermain kayu tiga supaya dapat mengaburi mata PAS.  Pada teman DAP akan gagal mendapat sokongan Melayu selepas ini apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.

Bukti dah nyata, kesemua perwakilan DAP menolak orang Melayu jadi pemimpin.  Bermakna perwakilan mewakili kesemua ah-ahli DAP.  Bagaimana pulak jika seorang Melayu  seperti Anwar China Doll bermimpi mahu menjadi Perdana Menteri jika dapat menawan Putrajaya.  Adakah DAP  akan memberi laluan kepada Anwar China Doll menjadi Perdana Menteri.  Hanya Karpal Singh sahaja yang membuat kenyataan menyokong Anwar China Doll sebagai Perdana Menteri.  Teman yakin ahli-ahli DAP sebenarnya mahukan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.  Kekalahan pemimpin Melayu dal;am perebutan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) membuktikannya Melayu hanya layak sebagai pak turut semata-mata.  Inilah senario yang berlaku di Singapura.  Kalau ada yang masih percaya dengan DAP ini, teman pun tak tau kata apa!  Memang Melayu haprak le deme ni.heee..
-

BUKTI DAP SEBUAH PARTI RASIS



Teman dah agak.  DAP sememangnya sebuah parti rasis yang menolak mentah-mentah orang Melayu.  Sebelum ini berbagai-bagai cara DAP cuba menarik sokongan orang Melayu dan mencanangkan parti DAP sebuah parti berbilang bangsa.   Tapi hari ini, DAP telah membuka cerita sebenar dan DAP sebenarnya sebuah parti anti Melayu dan Rasis.  Pada DAP,orang Melayu hanya untuk digunakan bagi tujuan meraih undi semata-mata.  

Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.

Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMA
-

Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz



Pelakon dan penyanyi remaja Eina Azman menolak dakwaan kononnya dia cuba menyembunyikan hubungan cinta dengan aktor Afiq Muiz.

Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 17, ini berkata, gosip itu timbul kerana segelintir pihak sudah tersalah sangka akan kemesraan mereka yang mulai rapat sejak tiga tahun lalu.

“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap.

“Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda,” katanya ketika ditemui mStar Online pada ‘Viewing Party’ perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3, baru-baru ini.

Mengenai gambar-gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, foto-foto tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsikan dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.


“Ada pihak sudah salah anggap apabila melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar-gambar itu sengaja kami ambil ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini untuk tatapan peminat.

“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru,” jelasnya.

Ditanya mengenai kerjaya seni, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu.

“Sebelum ini, saya terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan karier seni jadi sebab itu nama saya tenggelam dan timbul.

“Kini saya sudah tamat sekolah dan mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan,” ujarnya yang bakal muncul dengan video muzik lagu berjudul Bahagia Bersamanya pada awal 2013.



-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...