Saturday 9 March 2013

Perpaduan Daulat Negara

Mengambil peluang dan ruang kesesakan orang awam pulang dari tempat kerja, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mereka dalam Kempen “Perpaduan Daulat Negara” yang membawa mesej yang cukup jelas kepada rakyat dinegara ini bahawa betapa pentingnya keamanan dan keharmonian dinegara ini perlu dikekalkan demi kebaikan bersama. Kempen ini dijalankan diatas keperihatinan MBM dalam isu pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu.


Berbekalkan Buah Epal dan Reben Biru yang diagihkan kepada orang ramai di KL Sentral, Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengharapkan rakyat memahami mesej yang disampaikan kepada mereka tentang betapa pentingnya rakyat di Negara ini perlu bersama-sama menjaga keamanan dan berdiri teguh dibelakang kerajaan khususnya Pasukan Keselamatan dalam memastikan Kedaulatan Negara kita dapat dipertahankan. Mohamed Maliki terut memperjelaskan tentang buah epal dan riben biru yang diagihkan kepada orang ramai petang tadi dimana membawa maksud Keberanian dan tanda sokongan kepada perwira yang mempertahankan tanah air (Buah Epal) manakala Reben Biru yang tertulis perkataan “Perpaduan Daulat Negara” membawa maksud perpaduan seluruh rakyat Malaysia menyokong kedaulatan negara

Mohamed Rapiee juga menyeru kerajaan melalui pihak berkuasa dapat menyiasat dalang pencerobohan di Lahad Datu tidak kira sama ada mereka yang terlibat dari dalam atau luar negara dan bagi pihak MBM, Mohamed Maliki mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati terhadap waris dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya pengorbanan pejuang-pejuang ini patut dihargai dan rakyat perlu bersatu hati menyokong pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan Negara secara tidak langsung menyuntik semangat mereka yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa.

Kempen Perpaduan Daulat Negara ini tidak berakhir beitu sahaja, difahamkan MBM akan menjelajah seluruh negara dalam tempoh seminggu mulai malam ini di Negeri Sembilan untuk membawa mesej yang sama, dan berharap rakyat khususnya Belia di Negara ini faham akan perlunya bersama-sama mempertahankan Kedaulatan Negara dalam apa jua cara sekalipun.

Di antara pengisian kempen ini ialah mengadakan solat hajat dan bacaan doa mengikut anutan agama masing-masing, kempen kutipan derma Tabung Wira Lahat Datu, pengedaran reben warna biru Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan dan Himpunan Belia Daulat Negara.

Sehubungan itu sebagai pelancaran kepada kempen ini, MBM menjemput badan-badan gabungan MBM, orang ramai, ahli dan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta dalam program tersebut tanpa mengira fahaman politik, ideologi, kaum dan keturunan dalam menyatakan pendirian kita berhubung isu pencerobohan penganas di Sabah.

Inilah masanya kita menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin dan pasukan keselamatan Negara. MBM yakin dan percaya segala bentuk tindakan yang telah diambil oleh pihak keselamatan adalah mengikut lunas undang-undang dan keperluan semasa demi mendahulukan kepentingan negara.

Layari laman sesawang http://belia.org.my/v5/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...