Friday 25 January 2013

Anwar Lagi Pening Bila Baca Berita Ni!


 

Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Selasa lepas akan membuka mata masyarakat dunia tentang keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengulas mengenai lawatan bersejarah itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya ia akan memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam menerajui inisiatif di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Islam untuk memperjuangkan kebebasan dan keamanan Palestin.

"Sesungguhnya lawatan bersejarah perdana menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke Gaza merupakan lambang sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel," kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Rosmah atas kejayaan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza itu, beliau menegaskan rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan keberanian perdana menteri melawat Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin.

Muhyiddin berkata ia sekali gus mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghulur apa sahaja bantuan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

"Kita juga berbangga kerana Datuk Seri Najib adalah ketua kerajaan pertama dalam kalangan pemimpin bukan Arab yang mengadakan lawatan ke Gaza," kata Muhyiddin.

Najib sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin.

Muhyiddin berkata seperti yang ditegaskan perdana menteri, Malaysia menyokong penuh kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang menjadi prasyarat kepada kemenangan rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

"Kita berharap dengan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan dua organisasi utama yang menerajui perjuangan rakyat Palestin selama ini, cita-cita membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel akan dapat dicapai dengan lebih cepat," tegas beliau.

Menurutnya, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan Najib dalam menjayakan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendukung perjuangan suci rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada penindasan rejim Zionis Israel.

"Saya berdoa semoga perdana menteri dan kita semua sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"...Mudah-mudahan dengan sokongan masyarakat dunia yang berterusan kepadaperjuangan rakyat Palestin, bumi Palestin akan kembali aman, bebas dan merdeka,"katanya. BERNAMA

1 comment:

  1. Salam.
    Tuan minta pautkan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG SANTAI DAN HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...