Monday 21 January 2013

Sharnaaz & Penerbit 'Darah Panas' Kasi Settle


Adeehh!!!! Apa cerita lagi Sharnaaz ni! Tak selesai lagi kew? isu Sharnaaz sebelum ini telah menerima notis saman daripada Baldev ekoran insiden dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran filem tersebut tahun lalu. La..sebab kecil je ni. Boleh selesai dengan baik.

Menurut laporan mStar Online, krisis hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev dijangka bakal menemui penyelesaian apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang mengaturkan pertemuan agar kedua-dua pihak dapat menjernihkan keadaan.

Elok la tu! Selesai dengan kaedah yang terbaik. Mungkin salah faham. Dalam satu kejadian Sharnaaz didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah filem sebab kelewatan mendapat pakaian untuk sesi pengambaran. Harap-harap Presiden Seniman, Zed Zaidi menjadi orang tengah yang boleh selesaikan kemelut yang berpanjangan ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...