Ate..betui jugak. Penyokong bolasepak Malaysia ni perlu lebih rasional. Jangan ikutkan emosi sangat-sangat. Kalau apa-apa pun, bior le dengan lebih rasional dan professional. Menteri Belia dan Sukan berharap peminat bagi sekongan padu hingga tamat perlawananan. Pada teman menang kalah adat pertandingan. Kalau boleh jangan ada pemain menganggap diri tu "SUPERSTAR" dan banyak sangat masalah peribadi hingga silap jaga gawang dan cari gawang..heeee..peace..
KUALA LUMPUR — Penyokong pasukan bola sepak negara ‘Harimau Malaya’ perlu lebih profesional dan tidak emosi ketika memberikan sokongan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Harimau Malaya memerlukan sokongan padu penyokong tempatan untuk mereka terus menampilkan persembahan terbaik ketika menentang Indonesia.
“Bagaimanapun, mereka (penyokong) perlu bersikap profesional. Mereka perlu terus memberi sokongan sehingga tamat perlawanan dan bukannya meninggalkan stadium, bila saja pasukan kita kalah.
“Janganlah hanya bersama pasukan kita bila menang dan mencemuh atau marah bila pasukan kita tewas. Sebaliknya mereka perlu terus memberikan sokongan walau dalam apa situasi sekalipun,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.
Terdahulu, Ahmad Shabery bersama-sama timbalannya, Datuk Razali Ibrahim melakukan cabutan bertuah kepada pengunjung ruang pameran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Persidangan Agung Umno.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment