Yang ini teman setuju bebenor. Elok sangat-sangat kalau ada satu institut untuk memperkasakan generasi muda. Untuk ahli UMNO. Ramai pelapis berwibawa akan dapat dihasilkan. Teman nak mengarap sejarah lampau tentang Pusat Latihan Belia Negara Peretak (sekarang ini Institut Kemahiran Belia Negara Peretak)Kuala Kubu Bharu suatu masa ketika dulu pernah melahirkan pemimpin yang berwibawa. Seghupa jugak Pusat Latihan Kepimpinan Belia Port Dickson (sekarang ini Akademi Pembangunan Belia Malaysia) yang telah melatih ramai pemimpin-pemimpin belia.
Teman betoi-betoi harap deme boleh bahas lebih lanjut pasal Institut untuk ahli-ahli UMNO. lagi ramai dilatih da lagi ramai le pemimpin yang berwibawa.hehehehe...
KUALA LUMPUR 30 Nov. - UMNO dicadang mewujudkan satu institut untuk memperkasa generasi muda dari segi kepimpinan bagi melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa untuk masa depan.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkaflli berkata, melalui kaedah ini UMNO boleh mengenal pasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ariff Yasir yang juga Pengerusi Kelab UMNO Tokyo berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 11 resolusi yang diputuskan pada Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment