Guan Eng lepaih ni mesti terkedu tak pun tercekik. Hajat nak buat terowong bawah laut tak kesampaian. Maknanya, tiada projek mega yang boleh bagi pada kroni DAP macam projek Sky Lounge dan Disko tingkat 60 Komtar.(KLIK SINI). Berputih mata. Lepaih ni apa pulak Guan Eng dan DAP nak spin pasal Jambatan Kedua Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan lancar dan dijangka siap pada September tahun depan, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.
Beliau berkata, kerja-kerja fizikal untuk jambatan itu kini 88.5 peratus siap dan disasarkan untuk mencapai 90 peratus pada akhir tahun ini.
"Kami berada pada kedudukan yang betul untuk menyiapkan jambatan ini tahun depan, dua bulan lebih awal daripada jadual, pada September tahun depan," kata beliau pada sidang media pada Seminar Antarabangsa Kedua mnegenai Reka bentuk dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini Rabu.
Ismail berkata, kos pembangunan untuk pembinaan jambatan baru itu ialah RM4.45 bilion.
Unjuran trafik bagi jambatan tersebut adalah sebanyak 25,000 pengguna setiap hari, katanya.
"Ia akan mengambil masa yang lama (untuk mendapatkan kembali kos pembinaan). Sekurang-kurangnya 20 tahun. Tetapi kami cuba untuk menjimatkan wang dalam kospembinaan dan kewangan.
"Kami tidak mahu menyusahkan kerajaan. Seboleh-bolehnya kami cuba berdikari," kata beliau.
Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi jambatan tahan seismik apabila siap kelak.
Ia boleh menahan gegaran gempa bumi 8.2 Richter dengan pusat pada kira-kira 300 kilometer.
Seminar berkenaan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh.
Jambatan sepanjang 24 kilometer keseluruhan, dengan 16.9 kilometer di atas permukaan air, akan menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara apabila siapkelak.
Jambatan itu juga akan menjadi jambatan terpanjang di dunia yang mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya.
Seminar antarabangsa selama dua hari itu bermula hari ini, dianjurkan bersama oleh JKSB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Seminar tersebut melibatkan 13 kertas kerja teknikal mengenai reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. - BERNAMA
Salam kunjungan, mohon pautkan blog ini dgn blog anda, terima kasih... blog anda sudah dipautkan... Selamat berjuang...
ReplyDeletehttp://www.cywarputrajaya.com/