Thursday, 29 November 2012

HOT BETUL! SEBAB SALUN PAS JADI TIKUS


Baru sahaja bercakap pasal salun aka kedai gunting rambut, PAS dah jadi tikus mondok.  Kalau yang tak tau, tikus mondok ni tikus yang paling busuk..ptuiii!!!!Sekali Karpal smash, terus terduduk..heee..Betul la, PAS dah jadi tikus, boleh gigit kayu-kayu lembut je..Bila kena kat besi, patah gigi..tambah pulak dah tua..maklum la, gigi dah tak berapa kuat,..(Aduh!!!!sakit perut nak gelak sambil guling-guling)..heeee..peace.. 


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan berunding dengan dua pertubuhan Cina di negeri ini pada Khamis bagi mencari penyelesaian berhubung kontroversi kedai gunting rambut yang disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana didakwa melanggar syarat lesen.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau diberikan mandat untuk mewakili kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu itu.

Katanya, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan akan mengadakan perbincangan itu di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Dua wakil pertubuhan yang akan menyertai perbincangan dengan kerajaan negeri itu, ialah Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darulnaim, di sini Rabu. Beliau mengulas mengenai tindakan susulan kerajaan negeri berhubung tindakan MPKB-BRI yang menyaman pemilik salun kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki walaupun kedua-duanya bukan beragama Islam.

Seorang pengusaha salun dilaporkan disaman lebih 10 kali kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki termasuk bukan Islam.

Tindakan itu menimbulkan kontroversi apabila Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan menggesa kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan kepada bukan Islam di negeri ini.

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, menegaskan orang bukan Islam di Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.

Takiyuddin dalam kenyataan akhbar sebelum ini dilaporkan berkata setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...