Saturday, 1 December 2012

PANAS! JUTAWAN JADI MUFLIS SEBAB GAMBAR BOGEL



Ini lagi soghang ceghordik buah pelio!hehehe..Gatai sangat bagi gambo bogel kat oghang.  kan ke dah kena ugut sampai habis duit simpanan dan perniagaan.  RM5 juta tu weh!  Kalau sedekah atau derma kat Palestin dapat juga pahala.  Kan ke lebih baik..Itu la oghang perempuan, cepat sangat percaya pada lelaki walaupun tak kenal.  Apa la nak jadi..(teringat pulak lagu S.M Salim).heeee

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya turut merudum selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet dengan menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika itu sebelum dia diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an itu menyebabkan dia diperas ugut lelaki terbabit yang mahu mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Akibatnya, semua wang dan harta mangsa dikikis dan ibu kepada seorang anak remaja itu kini terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Lebih menyedihkan, mangsa rugi besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet, tanpa sekali pun bersua muka.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Siasatan Jabatan Siber Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, kes membabitkan usahawan wanita itu menjadikan dia mangsa sindiket penipuan Internet oleh lelaki Afrika mengalami kerugian paling besar.

Teman Kutip Dari Harian Metro

-

PAU 2012 : KUTIPAN LENSA KAMERA YANG MENCUIT HATI

Permainan Interaktif di Booth KBS
Teman kongsi beberapa gambo yang teman ambik masa Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC yang sedang berlangsung.   Banyak yang menarik, tapi teman pilih yang terbaik, pada teman le.  Pada kome teman tak tau le..Tapi teman yang tak tahan, kakak yang tanya teman gambo ni nak masuk TV berapa? Kome tengok le gambo ni..heeee
Asyik-asyik dia..bila time teman pulak..adik ni tak lepas kat orang lain pun..
Penat ye kak..Kakak baju hitam tu tanya gambor ni masuk TV berapa?
TV 14 kak..heeee...
Persembahan BN Youth Music.Mantap..
Wei!!!Gambo teman tak ada ke? mana aci...
Teman nak tangkap gambo candid, kakak ni siap posing lagi.
Semangat kak,,






-

PENYOKONG PERLU LEBIH PROFESSIONAL



Ate..betui jugak.  Penyokong bolasepak Malaysia ni perlu lebih rasional.  Jangan ikutkan emosi sangat-sangat.  Kalau apa-apa pun, bior le dengan lebih rasional dan professional.  Menteri Belia dan Sukan berharap peminat bagi sekongan padu hingga tamat perlawananan.  Pada teman menang kalah adat pertandingan.  Kalau boleh jangan ada pemain menganggap diri tu "SUPERSTAR" dan banyak sangat masalah peribadi hingga silap jaga gawang dan cari gawang..heeee..peace..

KUALA LUMPUR — Penyokong pasukan bola sepak negara ‘Harimau Malaya’ perlu lebih profesional dan tidak emosi ketika memberikan sokongan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Harimau Malaya memerlukan sokongan padu penyokong tempatan untuk mereka terus menampilkan persembahan terbaik ketika menentang Indonesia.

“Bagaimanapun, mereka (penyokong) perlu bersikap profesional. Mereka perlu terus memberi sokongan sehingga tamat perlawanan dan bukannya meninggalkan stadium, bila saja pasukan kita kalah.

“Janganlah hanya bersama pasukan kita bila menang dan mencemuh atau marah bila pasukan kita tewas. Sebaliknya mereka perlu terus memberikan sokongan walau dalam apa situasi sekalipun,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Shabery bersama-sama timbalannya, Datuk Razali Ibrahim melakukan cabutan bertuah kepada pengunjung ruang pameran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Persidangan Agung Umno.

– BERNAMA
-

PAU 2012 : CABUTAN BERTUAH HABIS-HABISAN KBS


Hari akhir Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC, Booth KBS menawar lagi cabutan bertuah termasuk Jersi Harimau Malaya, Tiket perlawanan bolasepak antara Malaysia vs Indonesia dan banyak lagi hadiah-hadiah untuk direbut.  Moh kita serbu bagi peghabih hadiah-hadiah tu..heeee..
-

Friday, 30 November 2012

GAMBAR PANAS : KERANA HAZIQ, BABY DIANA HILANG DARA


Teman nak mengucap jugak.  Tak kira.  Apa le nak jadi dengan remaja sekarang ni.  Sebelum ni kecoh pasal Lyana Evan sebab doakan bapak dia KO.  Ini timbul puka ceghite baru seorang remaja Baby Diana @NurDianaaAli mengatakan di twitternye dah ditinggalkan kekasihnya bernama Haziq selepas mendapat daranya.  Apa la bingung boleh percaya lelaki bulat-bulat.  Mudah sangat termakan pujuk rayu.  Tapi yang kome bodoh sangat serah segala-galanya, satu hal jugak.  Kan dah masalah.  Kalau teman dapat budak jantan sekor ni, teman rebus-rebus anunya...heeee...





Teman Kutip Dari penpatah.blogspot.com
-

PADAN MUKA! KEMALUAN KENA SIMBAH ASID



Padan muka dia.  Nak gelak pun ada.  Itu le, gatai sangat rogol budak bawah umur ni.  Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa.  Dapat le sebijik.  Kalau teman, teman potong sampai habis..heeee..peace...

GEORGETOWN 30 Nov. - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

-

PANAS!SUARA KEADILAN DAN HARAKAH AKAN DISAMAN



Bior deme terkejut beruk pulak.  Suka bebeno nak fitnah ikut suka mak bapak dia je. Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel. Hah! Elok pun.  Saman je.  Syik nak bertahan dan jawab je, siapa pun tak larat jawab selalu.  Bior deme ghase.    Eloknye The Rocket kena sekali.  Suka bebenor le ngata oghang bukan-bukan.  Dah tak ada modal la tu...heeee

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual ke Israel' bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.

Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.

"Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

-

ANWAR IBRAHIM SOKONG ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTINE



Teman nak tanya Anwar, apa pendirian dia tentang Palestin.  Pemimpin UMNO/BN dah nyatakan pendirian terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka. Pemimpin UMNO/BN memberikan sokong moral dan bantuan dalam bentuk misi-misi bantuan.  Anwar Ibrahim buat apa?  Kepentingan dan keselamatan Israel adalah lebih penting pada Anwar Ibrahim.  Kalau berani, nyatakan pendirian tentang Palestin dan Israel.  Ada bran?.heee...

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini memuji Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata ia merupakan satu lagi langkah penting ke arah mencapai impian Palestin untuk memperoleh hak dalam penentuan nasib sendiri, hak kemerdekaan dan kedaulatan, hak untuk hidup dalam keadaan aman dan bermaruah. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Anifah mengucapkan tahniah kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan rakyat Palestin dan berkata keputusan Perhimpunan Agung, PBB itu merupakan detik bersejarah bagi semua rakyat Palestin. 

Katanya, Kuala Lumpur akan terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

Anifah berkata Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperbaharui komitmen dalam mencari penyelesaian secara aman dan berkekalan untuk Palestin.

Perhimpunan Agung PBB, pada Khamis meluluskan pengiktirafan 'de facto' negara berdaulat ke atas Palestin selepas Abbas menggesa badan dunia itu mengeluarkan 'sijil kelahiran' negaranya yang lama tertangguh. 

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu. - Bernama
-

PAU 2012 : TUNTUT UMNO WUJUDKAN INSTITUT UMNO



Yang ini teman setuju bebenor.  Elok sangat-sangat kalau ada satu institut untuk memperkasakan generasi muda.  Untuk ahli UMNO.  Ramai pelapis berwibawa akan dapat dihasilkan.  Teman nak mengarap sejarah lampau tentang Pusat Latihan Belia Negara Peretak (sekarang ini Institut Kemahiran Belia Negara Peretak)Kuala Kubu Bharu suatu masa ketika dulu pernah melahirkan pemimpin yang berwibawa.  Seghupa jugak Pusat Latihan Kepimpinan Belia Port Dickson (sekarang ini Akademi Pembangunan Belia Malaysia) yang telah melatih ramai pemimpin-pemimpin belia.  

Teman betoi-betoi harap deme boleh bahas lebih lanjut pasal Institut untuk ahli-ahli UMNO.  lagi ramai dilatih da lagi ramai le pemimpin yang berwibawa.hehehehe...

KUALA LUMPUR 30 Nov. - UMNO dicadang mewujudkan satu institut untuk memperkasa generasi muda dari segi kepimpinan bagi melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa untuk masa depan.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkaflli berkata, melalui kaedah ini UMNO boleh mengenal pasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ariff Yasir yang juga Pengerusi Kelab UMNO Tokyo berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 11 resolusi yang diputuskan pada Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. - UTUSAN

-

MOH WEH! ADA LAGI CABUTAN KBS SEKARANG!!!!


Moh kome ooii..Ada lagi cabutan bertuah di Booth KBS PWTC.  Dah nak start le weh!   Pukul 3 petang ni..Kalau kome nak Jersi Harimau Malaya, Tiket percuma perlawanan Bolasepak Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2012 dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik.. Siapa cepat dia dapat..Jom le kome..teman ada kat sana..heeee..peace..
-

MATKILAU PENANG : HEBAT MELOYAKINI SPIN CERITA #PAU2012


Teman tertarik dengan entry Blogger Mat Kilau Penang pasal Malaysiakini kaki spin dan putar alam.  Malaysikini melaporkan secara salah ucapan Datuk Seri Reezal Merican di Perhimpunan Agong UMNO 2012 PWTC.  Teman nak kabor je le, Malaysiakini bukannye kome tak yang deme ni kaki spin dan putar alam maya maha hebat.  Tengok aje le siapa pemimpin deme ni. Nik Aziz Nabi PAS, Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan, Guan Eng Khalifah Anugerah PAS.  Jadi, apa nak kome heghan..heeeee..peace

Kome baca le lagi kat SINI
-

RAMAI WEH! CABUTAN BERTUAH KBS DAPAT SAMBUTAN LUARBIASA


Cabutan bertuah anjuran KBS di Booth KBS PWTC sebentar tadi mendapat sambutan luarbiasa daripada pengunjung.  Ramai orang weh!  Tiket-tiket perlawanan Malaysia vs Indonesia, bolasepak dan Jersi Harimau Malaya menjadi rebutan.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, YB Timbalan Menteri belia dan Sukan, Datuk Rzali Ibrahim serta Ketua Pengarah Jabatan Belia da Sukan Negara, Y.Bhg Puan Hatipah Ibrahim.   Kome tengok le gambo-gambo meriah di majlis tu..Bertuah bebenor le deme dapat hadiah..heeeeee

Ramainye weh!
Tengah tekun tengok Big Screen
Big Screen Rakaman Perlawanan Bolasepak Malaysia vs Laos

Tak sabo nak tunggu weh!
Pak Cik ni peminat setia bolasepak Malaysia
YB Menteri bersama peminat..heeeee
PC YB Menteri





-

NIK AZIZ CUKUR JANGGUT KARPAL PULAK


Bila dah kena gegar dengan DAP, kelam kabut PAS mengelupor tak tentu arah.  Itu baru petik isu salun kedai gunting rambut berlainan jantina.  Belum lagi isu Hudud.  Teman tak tau la apa yang PAS piki bila nak laksana undang-undang tu.  Gamaknya PAS piki DAP boleh terima atau habis kuat "over my dead body" kata Karpal.  Apa yang DAP boleh buat kalau PAS nak lasanakan jugak undang-undang.  Nik Aziz ni teman puji jugak sebab berani langkah mayat Karpal Singh.

PAS kata dah bincang dengan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan cuma apa penyelesaiannya?.  Setakat nak cakap "tidak lama lagi" atau "tunggu masa yang sesuai", tak payah! Teman pun pandai cakap macam tu!  Teman ghase-ghase dan dalam perkiraan teman deme ni tak akan berani bagi keputusan hingga Pilihanraya.  Percaya lah cakap teman...heee..
-

PAU 2012 : JOM SERBU BOOTH KBS DI PWTC


Hari ini ada cabutan bertuah menunggu kome di Booth KBS PWTC  Pelbagai acara menarik selain daripada cabutan bertuah yang akan dijalankan pada hari ini dan esok.  Jom jengok-jengok pameran dan hands-on terapi kecantikan daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).  Kalau kome nak cuci-cuci kuku pun boleh...Ada rezeki dapat cabutan tiket perlawanan bolasepak AFF Suzuki Cup 2012 Malaysia vs Indonesia.Best wooo..Jom jengok gambar-gambar yang teman dah ambik..heeee..




-

SIAPA NAK JADI CALON WAN SHARMILA WEH!!!



Pelakon Wan Sharmila macam nak cari calon.  Cantik dia ni weh!!! Tapi payah nak jumpa la kot.  Orang lelaki ni kena pandai la tarik perhatian orang perempuan ni.  Kome ni jangan pandai nak mengorat je tapi tak pandai nak ambik hati perempuan..heeee..peace...

PETALING JAYA: Pelakon Wan Sharmila berkata kegagalan bertemu dengan lelaki yang sesuai menjadi penghalang untuk dia berkahwin semula selepas tiga tahun bercerai.

Pemilik nama sebenar Wan Sharmila Wan Mohamed, 31, berkata, aspek kehidupan peribadinya masih hambar kerana dia belum mempunyai kekasih sehingga kini.

“Kehidupan peribadi (hubungan cinta) masih hambar seperti dulu. Saya masih tidak jumpa lelaki yang sesuai.

“Saya memang hendak bina keluarga dan memiliki anak-anak sendiri kerana saya suka pada kanak-kanak. Saya tidak pasti sampai bila harus menunggu?” kongsinya ketika ditemui mStar Online.

Aktres yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Spy M di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis.

Wan Sharmila dan suaminya yang juga penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One iaitu Fazli Baharom bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, Johor pada 23 Oktober 2009 selepas tiga tahun berkahwin.


Pelakon yang mesra disapa Lala ini berkata, kegagalan bertemu dengan lelaki baru bukan disebabkan dia bersikap cerewet tetapi ia dipengaruhi kesibukan kerja yang membataskan waktunya berkenalan dengan ramai orang.

“Memang ada ramai yang cuba mendekati tetapi tidak semudah itu saya hendak menjalin hubungan. Bukan kerana saya cerewet cuma dalam mencari pasangan kita perlukan teman yang serasi dan sesuai.

“Sebolehnya saya elakkan suami orang tetapi yang bujang pula ramai yang tak menepati kriteria. Saya tidak kisah umur dan status, asalkan saya berasa selesa dengan lelaki itu,” luahnya.

Mengenai drama komedi aksi Spy M, Lala berkata, dia tidak dapat melaksanakan aksi-aksi lagak ngeri (stunt) dalam dalam drama perisikan itu kerana baru selesai menjalani pembedahan beberapa bulan lalu akibat penyakit yang enggan didedahkan.


“Saya memegang peranan sebagai Salsabila iaitu anak kepada Milah lakonan Sharifah Shahira. Ini adalah drama aksi kedua saya selepas Apa Celop.

“Sayangnya, saya tidak dibenarkan pengarahnya Ramli Long untuk melakukan babak aksi kerana masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan akibat satu penyakit kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya tidak boleh berlakon lasak kerana akan cepat penat dan tenaga masih kurang. Namun, saya kembali aktif berlakon cuma tidak boleh yang berat-berat,” terangnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Debunga Lalang.

Drama Spy M yang turut dibintangi antaranya Sharifah Shahira, Amyza Aznan, Jason Chong, Zalif Sidek dan Ahmad Danial akan ditayangkan bermula 3 Disember depan pada setiap Isnin pukul 9 malam, dalam slot Aksi di TV3.

Teman Kutip Dari mStar Online


-

Thursday, 29 November 2012

LEKAS! CABUTAN BERTUAH SEMPENA AFF SUZUKI CUP 2012


Jangan Lepaskan Peluang.  Kalau kome nak dapat tiket free perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia, kome datang la esok, 30 November 2012 jam 11 pagi dan 4 petang dan pada 1 Disember 2012 jam 10 pagi dan 12 tengahari.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan bertuah sempena AFF Suzuki Cup 2012 di Booth Pameran KBS di Tingkat 3, PWTC, Kuala Lumpur.  Banyak lagi hadiah-hadiah menarik seperti T-Shirt, Barangan Sukan dan jersi Malaysia.

Moh kite pergi serbu Booth Pameran KBS esok dan lusa..Apa lagi ditunggu..
-

PENTING UNTUK RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG MELAYU



Teman nak ceghite sikit tentang Lynas yang deme puak Pakatan Rakyat bantah gila-gila.  Teman dapat daripada rakan-rakan facebook supaya kome faham apa sebenornye Lynas tu.  Kalau yang dah faham nak bagi faham lagi le.  Apa yang deme puak Pakatan Rakyat spin mcam naik ghak.  Banyak bende yang Pakatan Rakyat ni tak ceghite betui..Nak menipu je keghoje nye..Ceghordek buah pelio betui..heee...Baca..Baca..Baca..Baru boleh faham.

Penting untuk rakyat Malaysia terutama orang MELAYU. 

Fakta Lynas

1.  Lynas Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat milik Australia, membina sebuah kilang di Gebeng, Pahang untuk memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang dimport dari Mount Weld, Australia Barat.

2.  Lynas dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India

3.  Kilang Lynas adalah kilang kimia dan bukan kilang nuclear seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun)Nadir bumi adalah sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi biasanya ditemui didalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan.Produk yang dihasilkan oleh Lynas digunakan dalam pengeluaran TV, TV LED, computer bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektrik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta dan aditif dalam diesel.Isu.Dikatakan oleh pihak yang membangkang bahawa ianya mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi ini mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif dan dikatakan produk dari kilang Lynas boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar.

Sebenarnya, radioaktif ada di mana mana di sekitar kita yang berpunca daripada proses semulajadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam.Tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum SIntetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan FosfogypsumBesi (WLP).FGD dan NUF adalah bahan sisa bukan radioaktif dan diprogramkan untuk menjadikannya sebagai bahan komersial.WLP pula mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165 % dan kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif adalah 0.05 %.Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan lagi kadar radioaktif didalam WLP dari 0.165 % ke paras 0.03 %, iaitu lebih rendah dari paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF dan BUKAN TOKSIK.Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai asas penting kepada pembinaan jalanraya dan tempat meletak kereta.Jadi, kenapa Lynas datang ke Malaysia..dan terpaksa mengangkut bahan bijih nadir bumi di Australia ke Malaysia untuk diproses. - Lynas tidak perlu mengelak kawalan undang undang yang ketat di Australia kerana undang undang sediada di Malaysia jauh lebih ketat daripada undang undang di Australia. Ianya dalah kerana :-

1. Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing

2. Mempunyai sumber yang optimum termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang

3. Gebeng khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompetetif dari segi teknikal dan kemudahan utility yang berdaya saing.

4.  Keperluan undang undang yang jelas di mana ianya penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

Sebab dibangkang oleh DAP dan kuncu kuncunya :

1.  Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.

2.  Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.

3.  Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.

4.  Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China. Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.

Jadi….kenapa puak DAP bermati matian ingin menghalang kilang tersebut daripada terus beroperasi di Malaysia. Sanggup berjalan kaki dan menhasut rakyat…kenapa..apakah kerana tiada semangat nasional dan cintakan Negara…atau…mempunyai agenda yang lain…Anda berhak menilainya dengan ilmu dan akal
-

HOT BETUL! SEBAB SALUN PAS JADI TIKUS


Baru sahaja bercakap pasal salun aka kedai gunting rambut, PAS dah jadi tikus mondok.  Kalau yang tak tau, tikus mondok ni tikus yang paling busuk..ptuiii!!!!Sekali Karpal smash, terus terduduk..heee..Betul la, PAS dah jadi tikus, boleh gigit kayu-kayu lembut je..Bila kena kat besi, patah gigi..tambah pulak dah tua..maklum la, gigi dah tak berapa kuat,..(Aduh!!!!sakit perut nak gelak sambil guling-guling)..heeee..peace.. 


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan berunding dengan dua pertubuhan Cina di negeri ini pada Khamis bagi mencari penyelesaian berhubung kontroversi kedai gunting rambut yang disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana didakwa melanggar syarat lesen.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau diberikan mandat untuk mewakili kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu itu.

Katanya, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan akan mengadakan perbincangan itu di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Dua wakil pertubuhan yang akan menyertai perbincangan dengan kerajaan negeri itu, ialah Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darulnaim, di sini Rabu. Beliau mengulas mengenai tindakan susulan kerajaan negeri berhubung tindakan MPKB-BRI yang menyaman pemilik salun kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki walaupun kedua-duanya bukan beragama Islam.

Seorang pengusaha salun dilaporkan disaman lebih 10 kali kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki termasuk bukan Islam.

Tindakan itu menimbulkan kontroversi apabila Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan menggesa kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan kepada bukan Islam di negeri ini.

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, menegaskan orang bukan Islam di Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.

Takiyuddin dalam kenyataan akhbar sebelum ini dilaporkan berkata setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua. - BERNAMA
-

PANAS! NIK AZIZ JADI TIKUS, ANWAR IBRAHIM JADI SERIGALA



Biar Betik der!!! Nik Aziz jadi tikus, Anwar Ibrahim jadi serigala..Huh! Garang tuh!  Kalau ikutkan betul jugak kata DS Najib "Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal...menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri," Teman boleh andaikan Nik Aziz menikus bila Karpal gertak sikit.  Contohnya macam isu Hudud dan Negara Islam, PAS cakap berdegar-degar, tapi Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu, terus PAS tukar Slogan Negara Berkebajikan.  Kan ke tikus tu.  

Anwar Ibrahim asyik nak jadi serigala yang ingin menjadi juara menjaga biri-biri.  Dalam masa yang sama dia pun jual biri-biri tu, Boleh percaya ke?  Silap ari bulan, biri-biri tu pun dia makan macam China Doll..oppppssss...heeee..peace..

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu terus memilih Barisan Nasional (BN) yang holistik atau pembangkang yang kelam kabut dan bercelaru pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Najib, sememangnya wujud pendapat yang mengatakan bahawa tidak salah memberi peluang kepada pembangkang bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka mengurus dan mentadbir negara.

Bagaimanapun beliau menegaskan, tindakan itu merupakan satu risiko yang besar kerana masa depan negara ini bukanlah satu bahan untuk dijadikan uji kaji.

"Adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

"Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal...menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Umno di sini, Khamis.

Teman Kutip Dari mStar Online
-

PAU 2012: WAJAH-WAJAH SEMANGAT WAJA


Teman sungguh teruja dan terharu bila tengok pemerhati-pemerhati di Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC hari ini tekun mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.  Begitu bersemangat dan tekun mendengar melalui skrin besar di luar dewan.  Kadang-kdang kita terlupa bahawa deme ni menjadi faktor kemeriahan setiap kali Perhimpunan Agong UMNO.  Semangat dan kecekalan mereka harus diberi pujian.  Tanpa pangkat dan jawatan deme pun boleh pengikut yang setia pada parti. Harap-harap deme ni tak dilupakan kebajikan serta keperluan sepanjang perhimpunan.  Kome tengok la gambar-gambar yang teman ambik tadi..Selamat bersidang..heeee





-

NIK AZIZ KENA BACA NI!!!



Teman nak suruh Nik Aziz baca dan dengar apa yang PM katakan dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO baru tadi.  Cuba deme renung-renungkan dan cari le titik persamaan.  Kalau boleh muhasabah diri atau buat la sembahyang hajat..heee..peace..

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Razak bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.

Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.

"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN

-

GUAN ENG MULA BUAT HAL! TEMAN DAH KATA DAH!


Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut penjelasan tentang kadar kenaikan Tol Jambatan Pulau Pinang sekiranya Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kelak.  Teman dah agak mesti Guan Eng akan buat hal!  Ada sahaja dia cari jalan nak ganggu projek-projek Kerajaan BN di Pulau Pinang.  Teman dah sebut DISINI bagaimana Guan Eng akan cari jalan untuk menimbulkan kebencian dan persepsi tidak baik rakyat kepada Kerajaan BN.

Teman pun heghan, apa punya busuk hati Ketua Menteri Pulau Pinang, hingga semuanye Kerajaan BN buat tak betul.  Agak-agak la.  Kemudahan untuk rakyat.  Jambatan Kedua Pulau Pinang lambat lagi nak siap.  Jangkaan pada bulan November 2013.  Maman la apek.  Tapi teman nak tanya jugak, pasal Sky Lounge dan Disko yang tertinggi di Asia Tenggara yang Guan Eng bagi pada kroni DAP Datuk Richard Koh tu di Tingkat 59, 60, 64 dan 65 Komtar.  Free je bagi kontrak selama 45 tahun dan boleh tambah lagi 15 tahun jika mahu.  Projek Mega bernilai 40 juta tu! Weh! Apek ni tak jawab sepatah pun.  Jawab la..kaya der..heeee...

Malaysian Insider : GEORGE TOWN, Nov 22 — Penang’s iconic Komtar will get a RM40 million facelift in a 30-month project.  The project, to be carried out by World Equipment Sdn Bhd, will see levels five, 59, 60, 64 and 65 being upgraded, refurbished and transformed within that period.

This exercise is one of the initiatives undertaken by the state government and
Penang Development Corporation (PDC) to bring shine and glory back to Komtar.

PDC signed an agreement with World Equipment after the latter won a bid in PDC’s Request For Proposal in 2010.

World Equipment is a subsidiary of Only World Group (OWG), a theme park consultancy and builder.

In the revitalisation project, the premises will be leased to OWG at a reasonable rate for a 45-year period with an option to renew for another 15 years.

The project will include four phases; The Boulevard which encompassed the whole of level five.

OWG chairman and group chief executive officer Datuk Richard Koh said level five will consist of 30,000 sq ft of retail and commercial space.

There will also be a banquet hall with a 1000 pax capacity.
”We will have themed restaurants on levels 59, 60 and 64,” he said after the signing ceremony at level 65 at Komtar today.

The rooftop of level 65 will be turned into a sky lounge.
There will also be a viewing deck at level 64, he said.

The highlight of the project will be the two bubble lifts linking level five to levels 59, 60, 64 and 65.

”The RM6 million lifts will afford the guests a panoramic view of the city as they go up to the top floors of Komtar,” Koh said.

The four other existing lifts will also be refurbished and upgraded.

Penang chief minister Lim Guan Eng, who witnessed the signing ceremony, said this revitalisation project will complement the state government’s efforts to promote Komtar as a business hub and tourist destination.
-

Yuna Bersyukur Peminat Malaysia Masih Setia



Penyanyi Yuna bersyukur apabila peminat-peminat di Malaysia sentiasa menyokong dan setia dengannya walaupun dia kini menetap di Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan mengembangkan karier nyanyian di negara itu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, walaupun tidak pernah risau jika satu hari nanti peminat-peminatnya akan hilang gara-gara kesibukan diri di luar negara, namun dia harus akui, kehadiran penyanyi-penyanyi baru memberi saingan hebat buat dia untuk kekal menjadi pemuzik berkualiti.

"Jujurnya, saya tidak pernah risau jika peminat-peminat akan hilang. Bagi saya, perjuangan saya di AS juga adalah perjuangan mereka (peminat) yang sentiasa menyokong saya sejak bergelar penyanyi lagi.

"Bagaimanapun, dengan ketumbuhan penyanyi-penyanyi baru yang sangat ramai, saya perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukan dan muzik agar sentiasa berkualiti. Ia satu persaingan yang sihat," katanya.

Tambah Yuna, kesetiaan para peminatnya itu terbukti apabila dia berjaya memenangi Popstar Award dan Wired Celebrity Award bagi Anugerah Shout Awards 2012 yang diadakan baru-baru ini dimana pencalon diundi menerusi peminat masing-masing.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier Yuna di AS, dia bersyukur apabila album pertama di negara itu iaitu Yuna, dibawah syarikat rakaman Fader Label mendapat respons yang sangat positif sepanjang enam bulan berada di pasaran.

Beritahu penyanyi berusia 26 tahun itu, dia juga telah membuat konsert jelajah selama tiga bulan dan gembira apabila dapat membina serta mengumpul peminat-peminat baru di negara itu.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila album yang menampilkan sebanyak 13 buah lagu berjaya menarik perhatian penggemar muzik di sana.

"Jika di Malaysia kita digelar penyanyi terkenal, tetapi di AS, mereka menganggap saya seperti pemuzik profesional.

"Bagaimanapun, mereka tak adalah sampai menjadi peminat yang begitu fanatik. Sebaliknya mereka menghargai setiap muzik yang saya tonjolkan," ujarnya.

Teman Kutip Dari mStar Online

-

SEMUT HITAM : RAJA RUMAH URUT MEROYAN LAGI!!!


Weh! Rumah Urut pun ada raja.. Raja Rumah Urut mana yang tengah meroyan sakan tu! Ini mesti Geng Kepala Gangster yang tiba-tiba jadi wakil rakyat Selangor.  Kupasan Blogger Semut Hitam kome baca DISINI..heeee..lagi peace..


-

Budak Sri Kinta : MEMANG ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA MELAYU !!!


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara.

Weh! Ada akai ka!Kome nak tau ceghitenye, kome baca lagi DISINI
-

PANAS BERAPI! PARPUKARI : AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK!

PARPUKARI : AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK!


Teman tertarik bila terbaca Blogger Tersohor Parpukari atau dikenali sebagai House PK menyebut beberapa perkara deme yang menjadi panas.  Teman tak pasti pada siapa Blogger Parpukari maksudkan.  Tapi ada beberapa nama yang deme sebut.  Harap-harap benda-benda yang disebut tu tak menjejaskan PAU 2012 yang berlangsung ni..

Jadi kalau kome nak tau lanjut kome boleh klik SINI..heeee..peace.
-

Wednesday, 28 November 2012

PAU 2012 : KAMI MAHU UNIVERSITI UMNO!


Teman tertarik dengan cadangan Perwakilan Wanita Perak agar sebuah universiti Umno ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai pemimpin negara pada masa depan.  Teman ghase pun perlu jugak sebab parti-parti komponen yang lain dah ada universiti sendiri seperti MCA dan MIC.  Apa salahnya jika UMNO pun menuntut benda yang sama.  Sepatutnya dari dulu lagi.  UMNO adalah parti dominan dan sepatutnya UMNO yang boleh buat keputusan sendiri.

Ketua Wanita Bahagian Kampar, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, Umno perlu mengambil peluang ini bagi membentuk siswa-siswi berjiwa patriotik yang benar-benar sayangkan negara. (mStar Online).  Mengapa tidak!  Inilah masa UMNO mengambil peluang memastikan anak-anak Melayu tidak tercicir untuk menara gading.  Susah sangat ke?  Itu kome pikio la dan bahas dalam dewan le..heeee....
-

GUAN ENG MESTI TERKEDU BILA BACA BERITA NI



Guan Eng lepaih ni mesti terkedu tak pun tercekik.  Hajat nak buat terowong bawah laut tak kesampaian.  Maknanya, tiada projek mega yang boleh bagi pada kroni DAP macam projek Sky Lounge dan Disko tingkat 60 Komtar.(KLIK SINI).  Berputih mata.  Lepaih ni apa pulak Guan Eng dan DAP nak spin pasal Jambatan Kedua Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan lancar dan dijangka siap pada September tahun depan, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Beliau berkata, kerja-kerja fizikal untuk jambatan itu kini 88.5 peratus siap dan disasarkan untuk mencapai 90 peratus pada akhir tahun ini.

"Kami berada pada kedudukan yang betul untuk menyiapkan jambatan ini tahun depan, dua bulan lebih awal daripada jadual, pada September tahun depan," kata beliau pada sidang media pada Seminar Antarabangsa Kedua mnegenai Reka bentuk dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini Rabu.

Ismail berkata, kos pembangunan untuk pembinaan jambatan baru itu ialah RM4.45 bilion.

Unjuran trafik bagi jambatan tersebut adalah sebanyak 25,000 pengguna setiap hari, katanya.

"Ia akan mengambil masa yang lama (untuk mendapatkan kembali kos pembinaan). Sekurang-kurangnya 20 tahun. Tetapi kami cuba untuk menjimatkan wang dalam kospembinaan dan kewangan.

"Kami tidak mahu menyusahkan kerajaan. Seboleh-bolehnya kami cuba berdikari," kata beliau.

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi jambatan tahan seismik apabila siap kelak.

Ia boleh menahan gegaran gempa bumi 8.2 Richter dengan pusat pada kira-kira 300 kilometer.

Seminar berkenaan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh.

Jambatan sepanjang 24 kilometer keseluruhan, dengan 16.9 kilometer di atas permukaan air, akan menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara apabila siapkelak.

Jambatan itu juga akan menjadi jambatan terpanjang di dunia yang mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya.

Seminar antarabangsa selama dua hari itu bermula hari ini, dianjurkan bersama oleh JKSB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Seminar tersebut melibatkan 13 kertas kerja teknikal mengenai reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. - BERNAMA
-

PANAS! GUAN ENG JADIKAN KOMTAR SKYBAR DAN DISKO


Guan Eng jadikan Tingkat 60 Komtar Pulau Pinang sebagai Skybar dan Disko.  Teman sebenornye terkejut jugak bila teman baca pendedahan blogger pisau.net.  Tokoh kesayangan PAS ni jadi khalifah PAS yang agung dan PAS tak berani bantah sebab takut berdosa, boleh jatuh hukum murtad kata Nik Aziz.heeeee...

Kalau ikutkan blogger hebat penang ni, rejim DAP Pulau Pinang melancarkan disko dan pub yang tertinggi di Asia Tenggara.  Kontrak pemilikan selama 45 tahun kepada satu syarikat kroni rejim DAP untuk membangunkan sky louge dan diberi pilihan menyambung selama 15 tahun lagi.  Syarikat kroni DAP ini yang kononnya memperolehi secara tender dikatakan mendapat tingkat 59,60,64 dan 65 secara percuma untuk 45 tahun dengan hanya bermodalkan kertas cadangan.  Weh!!! biar betul! Agak-agak la..

Ghasenye kome dah tau siapa yang akan mengaut keuntungan.  Itu le teman kata, deme tak apa, kalau kerajaan BN yang buat, meletup satu dunia..heeeeee..

Kome boleh baca pendedahan selanjutnya di pisau.net


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...