Monday, 26 November 2012

PANAS! Aidil Zafuan Tak Beri Nafkah Anak dan Rita Rudaini


Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah difailkan saman kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada anak dan isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Teman cuba flashback kekalahan pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki dengan Singapura tempohari.  Ramai peminat bolasepak negara tak puashati dengan cara Rajagopal mengendalikan pasukan.  Teman ghase mungkin masalah dalaman pemain menjadi punca kekalahan.  Kekurangan mental dan masalah rumahtangga menjadi duri dalam daging pemain hingga penyerang dan penjaga gol Malaysia tersilap mencari gawang.heeeee...peace..

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah difailkan saman kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada anak dan isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, surat saman telahpun dihantar ke alamat rumah ibu bapa Aidil di Seremban, Negeri Sembilan, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.

"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan yang lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru itu kami memohon penyampaian secara tampalan daripada pihak mahkamah.

"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Zaidi ditemui selepas kes sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin. Beliau hadir seorang diri tanpa ditemani anak guamnya, Rita.


Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah telah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh kes sebutan berkenaan dengan permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.

Sementara itu, Aidil, yang dihubungi mStar Online berkata, sehingga kini dia tidak mendapat sebarang surat saman daripada pihak isterinya itu.

"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.

"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," tegasnya.

Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Teman Kutip dari mStar Online

2 comments:

  1. Panas betul ni... mana boleh mcm tu. kalau betul la. anak tetap tanggungjawab kita

    ReplyDelete
  2. Sebab2 kegagalan pasukan m'sia..heeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...