Saturday, 26 January 2013

Umat Islam Jadi Kafir Jika..

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada Sabtu mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini Sabtu.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. BERNAMA

-

Ini Yang Buat Anwar Tak Tahan!


Media Amerika Syarikat (AS) di pantai timur memberikan liputan meluas lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini ke kawasan Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas. 

Banyak laporan berita memaparkan gambar Najib, memakai jaket hitam dan seluar kuning air tetapi tanpa tali leher, tiba di Semenanjung Gaza untuk melihat sendiri situasi di kawasan itu. 
Bagaimanapun, banyak daripada laporan itu mencadangkan lawatan Najib itu dipergunakan oleh Hamas untuk memperlihatkannya sebagai "pendirian menentang Israel". 

Malahan, New York Times dalam laporannya menggunakan kapsyen “Hamas Paints Malaysian Premier’s Visit as a Stand Against Israel” (Hamas Gambarkan Lawatan Perdana Menteri Malaysia Sebagai Pendirian Menentang Israel), menggunakan gambar menunjukkan Najib sedang keluar dari kereta sebaik beliau tiba di Bandaraya Gaza. 

Menurut laporan New York Times, walaupun Najib menyifatkan lawatannya ke Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas sebagai misi kemanusiaan, Hamas memilih untuk menggambarkannya sebagai "pendirian ingkar" terhadap sekatan Israel di Gaza. 

"Ini merupakan deklarasi Islam untuk memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza," kata Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman di Rafah, terletak di antara sempadan Gaza dan Mesir. 

Walaupun sekatan itu baru-baru ini dilonggarkan sedikit, kebanyakan eksport dari Gaza masih dilarang dan keadaan itu mengakibatkan perdagangan luarnya terjejas teruk. 
Lawatan Najib turut dilaporkan penerbitan lain seperti World Politics Review, laman web dasar luar berpejabat di Washington DC. 

Media AS dalam liputan mereka pada umumnya menyatakan walaupun Najib menyifatkan ia adalah lawatan kemanusiaan, tuan rumah cuba menunjukkannya sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Hamas. 

Lawatan Najib itu juga dilakukan tatkala Israel sibuk dengan pengundian bagi pilihan raya Parlimen. 

“Haniya menyifatkan lawatan Najib sebagai "respons rakyat Palestin, Arab dan Islam" terhadap lawatan pada Selasa lalu oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Western Wall di Baitulmaqdis,” menurut laporan New York Times. 

Haniya dipetik sebagai menggelar Western Wall, dikenali sebagai Al Buraq dalam kalangan umat Islam, sebagai “dinding Arab dan Islam”, dan menambah “Baitulmaqdis adalah Islam”. 

Dalam lawatan lima jam beliau ke Gaza, Najib turut meletakkan batu asas sebuah kolej perindustrian yang dibiayai Malaysia dan juga menandatangani perjanjian dengan kerajaan Hamas bagi pembinaan semula pejabat perdana menteri yang dimusnahkan oleh Israel pada November ketika pertempuran dengan Hamas. 

Media AS juga melaporkan gesaan Najib kepada rakyat Palestin supaya berdamai, menyatakan beliau berharap rundingan baru-baru ini antara Hamas dan Fatah, dua kumpulan Palestin yang mengawal Tebing Barat akan membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan. - BERNAMA 
-

Guan Eng Tangkap Maut Edar Bible Di Pulau Pinang


Teman rasa dah beratus-ratus desakan umat Islam supaya Guan Eng tarik balik tuntutan penggunaan Kalimah Allah di Bible Versi Bahasa Melayu. Sampai sekarang Guan Eng masih membisu. Desakan demi desakan. Guan Eng masih bisu. Takut nak cakap apa-apa. Yang jadi tukang cakap hanya kuda tunggangan DAP, PAS dan Anwar China Doll. Memang Guan Eng tak ada telor.


Tapi dalam diam, beberapa pihak Kristian telah mula mengedarkan bible di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang. Pihak yang menyebarkan Bible telah dikenalpasti dan mengaku terlibat. Mereak adalah dari sebuah organisasi antarabangsa bernama Gideon. Dua lelaki berumur 50 tahun dan 40 tahun serta seorang wanita berumur 50an mengaku mengedar Bible di Sekolah Menengah Jelutong.  Lelaki 50 tahun itu mengaku adalah sebahagian dari pertubuhan peniaga dan profesional Kristian bernama Gideon. Walaupun bible tersebut bukan dalam Bahasa Melayu tetapi taktik yang dilakukan amatlah membimbangkan. Apa akan terjadi jika Bible tersebut dalam Bahasa Melayu dan Kalimah Allah digunakan? 

Yang menjadi tanda tanya, adakah pengedaran ini mendapat restu Guan Eng? Pengedaran Bible secara terbuka ini dilihat bebas untuk mengedarkan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada orang Islam? Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdiam diri, kenapa?


-

Zairil Khir Johari b. Abdullah Is A Chinese, Not Malay



It has been said previously that Zairil Khir Johari b. Abdullah is DAP's symbol of stupidity and the claim has once again been proven as the CEC had yet another twist recently. 

DAP's stupid joke for using ‘Excel Spled-shit’ instead of ‘Excel Spreadsheet’ to count their votes just so that Zairil could win should be seen as the benchmark towards their efficient, honest and transparent slogan. 

This is just as same as the story where PAS used ‘mental arithmetic’ to count Memali Fund, Kohilal stock or even their donations which are taken from their party members. Everything is done mentally, without having to put any records. Finally, things get chaotic after their 'mental calculations' goes wrong. Whatever it is, DAP's persistence in showing rakyat that Zairil is the right representative for Malays even when he is not a Malay, shows that the party is just stupid. 

However, DAP still thinks that Malays cannot read their tactic as they use Zairil. They did not realize that this tactic only proves how racist they really are. Even to represent Malays, they use their own people!

-

Ini Lagi Salah UMNO, Semuanya Perjuangan Anwar



Teman nak tau jugak, apa yang Anwar China Doll dah buat! Apa jasa Anwar China Doll. Berbuih-buih mulut Anwar menyebar fitnah, berjanji bermacam-macam benda tapi habuk pun tarak. Sampai puak-puak Solidariti Anak-Anak Monyet (SAMM) terpengaruh dengan agenda Anwar China Doll. Nak perjuangkan hak pelajar IPT. Tapi habuk pun tarak jugak. Bercakap berdegar-degar macam hampeh jadi monyet terkinja-kinja. 

Ini satu lagi dasar Kerajaan UMNO/BN laksanakan. Tak payah nak bising-bising demo, terus aje buat. Cesssss...

Sebanyak 100 kuota tambahan disediakan di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di seluruh negara kepada pelajar yang layak namun tercicir, atas faktor sosioekonomi pelajar terbabit.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya mendapati ramai pelajar yang menepati syarat kelayakan memasuki IPTA dan politeknik, namun terkandas kerana tidak mampu bersaing dengan pelajar cemerlang berasaskan prinsip meritokrasi.

Beliau berkata golongan ini adalah pelajar yang lulus syarat am dan program tertentu di unversiti dan adalah dalam kategori miskin bandar, miskin luar bandar, minoriti, kaum asli dan ibu bapanya daripada golongan orang kurang upaya (OKU).

"Kita ada 32 politeknik dan 20 buah IPTA di seluruh negara, jadi setiap satu akan menyediakan kuota tersebut, ia akan mula dilaksanakan tahun ini bagi semua jurusan pengajian bagi program diploma dan ijazah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi 2013 kesembilan serta penyampaian cek olok-olok bagi baucar buku 1Malaysia (BB1M) di sini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan memperluaskan lagi akses pendidikan tinggi selepas mengambil kira golongan pelajar yang layak namun tidak bernasib baik.

"Buat masa ini, kita akan mulakan dengan jumlah 100 kemasukan supaya tidak menjejaskan kuota yang telah disediakan kepada pelajar cemerlang berasaskan meritokrasi," katanya.

Beliau berkata pada tahun ini, sejumlah 160,000 tempat disediakan untuk kemasukan ke IPTA serta Institut Latihan dan Kemahiran, dan ia tidak termasuk 130,000 peluang kemasukan ke IPTS.

"Kemasukan pelajar baharu bagi kalendar akademik IPTA sesi 2013 dan 2014 akan bermula pada 1 dan 2 September bagi pelajar STPM dan setaraf bagi program ijazah pertama, 2 Jun bagi pelajar lepasan SPM dan setaraf bagi program diploma dan 26 Mei bagi program asasi," katanya.

Sejumlah RM325 juta BBIM diagih kepada pelajar IPTA, IPTS dan politeknik mulai Sabtu. BERNAMA
-

Pakatan Rakyat Bela Penjenayah, Hebatnya!


Teman nak ulas sikit tentang isu kematian seorang penjenayah yang didakwa dipukul Polis ketika ditahan. Berdondon-dondon akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat termasuk Haramkah Daily yang cuba memberi gambaran Polis didakwa terlalu jahat dan kejam. Maka, timbullah hero-hero dari pemimpin Pakatan Rakyat mendesak Polis membuat siasatan segera dan telus. Teman pun tak faham lah deme ni. Semuanya nak salahkan Polis.

Cara dan modus operandi jahat akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat membayangkan pihak Polis sebagai penjenayah. Pada hal penjenayah sebenar cuba dilindungi dan dibela. Apa salahnya biarkan pihak Polis menjalankan siasatan mendalam. Malah ada saksi yang telah melihat mangsa telah terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu. Setakat ini tiada saksi yang tampil melihat pihak Polis memukul mangsa seperti yang didakwa. Jahatnya agenda Pakatan Rakyat cuba mempengaruhi rakyat dengan memberi gambaran dan persepsi yang tidak baik kepada pihak Polis. Agenda mencipta persepsi jahat kepada pihak Polis telah lama dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Sejak dulu lagi supaya rakyat memberontak menentang pihak berkuasa dan keselamatan negara. Jenis yang tidak pernah berterima kasih dengan orang lain. Inilah sikap deme yang asyik menyalahkan orang lain. Diri sendiri pun tak betul!ptuiii!!!
-

Tebusan Malaysia Disahkan Terbunuh

Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata mayat Tan Ping Wee dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan 'tatoo' oleh keluarga mendiang.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang," menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan kadar segera mayat Tan bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.

Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K.Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38, dan Patrick Purait Awang.

Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.

Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali. (mStar Online)

-

Mimpi Senja Anwar Ibrahim, Wajib Baca

Kelakar la. Teman ingat kalau dah tua-tua nih patutnya kena banyak la bertaubat. Kalau nak mimpi pun, mimpi masuk syurga ke apa ke! Sekurang-kurangnya mimpi Syurga PAS..heee..

Bila Anwar China Doll ni buat ramalan mimpi Pakatan Rakyat akan menang tipis di PRU 13 nanti, teman rasa dia ni dah nyanyok. Boleh kata macam mimpi senja yang selalunya mimpi jumpa hantu je.. Anwar China Doll diwawancara oleh akhbar Sinar Harian berkata"Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang Alhamdulillah. Tak terlalu tipis". Adeehhhh! Hantu mana yang mike mimpi ni. Hantu polong la kot..tak pun hantu China Doll. Ye le, Dah lama tak dapat, mula la nak mengedik sakan..Maklum la..semua orang duk perhati je pergerakan mike. Nanti terkantoi pulak dengan video besi..tak pun tertinggal jam omega..heeee...

-

Apa yang PAS Merapu Nih! Mimpi Lagi Ke?


Teman tak nak kata apa. Kalau nak kata PAS ni merapu, boleh jugak la. Nak kata PAS tengah mimpi, adik beradik jugak la. Isu Kalimah Allah telah menjadi polemik sejak dibangkitkan oleh Guan Eng, rakan sekutu PAS. Siapa yang mula dulu, Guan Eng. Siapa yang tuntut penggunaan Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu, Guan Eng. Hah! Itu pun tak faham. 


Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai dan mengharap ia tidak diperbesarkan lagi kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini. Mmana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.


Apabila PAS menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai, teman jadi hairan bin ajaib. Keputusan majlis Syura dan keputusan Pakatan Rakyat berbeza. Selesai apa tu? Kome yang tak dapat na selesai antara rakan sekutu, dah mula nak cuba persalahkan orang lain. PAS yang takut dengan DAP, mula nak salahkan orang lain. PAS jadi  kuda tunggangan DAP, nak salahkan UMNO. Ada akaki ka?Piiirahhh!!
-

Listen Listen Listen,Pakatan Rakyat Jadi Batu Api


Ekoran isu “listen, listen, listen” yang berlaku di Universiti Utara Malaysia pada kira-kira dua bulan lalu, Pakatan Haram dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan menipu dan melaga-lagakan kepimpinan Kerajaan BN dengan para mahasiswa universiti.

Pemimpin pembangkang mendakwa kononnya Kerajaan BN tidak mendengar suara mahasiswa dan mengenepikan pentadbiran universiti.

Semuanya gara-gara insiden “listen, listen, listen” yang melibatkan seorang mahasiswi Pro-M (pro pembangkang di UUM), Bhawani, dengan moderator Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen.

Persoalannya, benarkah Kerajaan BN tidak mengendah dan memberi penilaian kepada suara mahasiswa di negara ini? Apakah golongan mahasiswa di negara ini tidak penting di mata Kerajaan BN sebagaimana yang didakwa parti politik pembangkang?

Pada saya, sekiranya Kerajaan BN tidak memberi sebarang ruang kepada mahasiswa, untuk apa Perdana Menteri umumkan penubuhan Parlimen Belia Malaysia di mana para mahasiswa turut diberi ruang di situ?

Untuk apa pula Kerajaan BN perlu melayan mahasiswa dan mahasiswi yang mahu aktif dengan gerakan parti-parti politik di luar kampus dan mengkaji semula AUKU?

Untuk apa pula Perdana Menteri dan pemimpin Kerajaan BN mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil pelajar mahasiswa universiti saban tahun?

Dulu, pusat-pusat pengajian tinggi diletakkan di bawah kuasa Kementerian Pelajaran, tapi mengapa kini Kerajaan BN meletakkan pusat-pusat pengajian tinggi itu di bawah satu kementerian khas, Kementerian Pengajian Tinggi?

Bukankah semua itu menunjukkan keprithatinan dan Kerajaan BN sememangnya peduli serta mengambil berat suara mahasiswa di negara ini?

Cuma, segelintir mahasiswa saja yang tak tahu saluran dan suka menggunakan saluran yang salah untuk menyuarakan pandangan mereka dengan niat nak tunjuk “glamour” gambar mereka dimuatkan ke dada akhbar…

Lagipun, pembangkang harus meneriman hakikat bahawa majoriti mahasiswa sememangnya gembira dengan Kerajaan BN dan menyokong kerajaan sedia ada untuk terus diberikan mandat pada PRU ke-13 ini.

Buktinya, mahasiswa pro-pembangkang tewas teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini dan sekaligus menunjukkan mahasiswa sebenarnya menolak gerakan politik murahan serta pembohongan pemimpin Pakatan Haram.

Mahasiswa di negara ini tidak bodoh sebagaimana yang dianggap pihak pembangkang. Mereka punya akal untuk menilai sokongan yang wajar diberikan. Mereka mementingkan pendidikan dan menolak sebarang dakyah buruk yang memesongkan perhatian mereka dari pelajaran.

Pembangkang fikir mahasiswa suka dengan gerakan memaksa dan mempergunakan rakan-rakan kampus mereka untuk berdemo di jalanraya macam orang bodoh tidak berpelajaran? Mahasiswa lebih bertamadun berbanding Pakatan Haram.

Justeru itu, tak perlulah Pakatan Haram susah-susahkan diri menghasut dan melaga-lagakan golongan mahasiswa dengan Kerajaan BN. Mahasiswa punya akal untuk berfikir dengan bijak dan tidak sebodoh para penyokong mereka yang bisa diperbodohkan dengan mudah…

Suara Generasi Baru
-

Nadia Aqilah Belum Kecewa Dengan Lakonan


Pelakon Nadia Aqilah masih belum kecewa dengan dunia lakonan selepas filem pertamanya iaitu Zaiton Ceritaku gagal mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam tahun lalu.

Nadia berkata, walaupun sedih dengan penerimaan penonton terhadap filem arahan Esma Daniel itu namun dia menganggap ia sebagai satu percubaan yang mematangkannya sebagai pelakon.

"Sedih itu memang ada kerana ia adalah antara perkara terbesar yang saya lakukan sejak terlibat dalam dunia lakonan dan semua pihak yang terlibat telah melakukan terbaik untuk filem tersebut.

"Bagaimanapun banyak perkara menerusi projek itu telah mematangkan saya sebagai seorang pelakon," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Nadia, dia bersyukur apabila lakonannya di dalam filem berkenaan mendapat ulasan yang baik dan terbuka untuk bekerja dengan mana-mana pengarah filem selepas ini.

Dalam pada itu, Nadia berkata, sehingga hari ini dia masih lagi menghadiri uji bakat sama ada untuk filem, drama atau teater bagi mencari watak dan peranan sesuai dengannya.

"Apabila menghadiri uji bakat saya tidak tahu apa yang akan menanti dan saya suka perasaan itu dan pada masa sama ia dapat melatih saya untuk melakonkan sesuatu watak secara spontan," jelasnya.

Sementara itu, Nadia juga memberitahu dia masih menyimpan hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian namun terpaksa ditangguhkan kerana sibuk dengan lakonan.

Bagaimanapun kata Nadia, dia akan memastikan karier nyanyiannya akan dapat dikembangkan selepas mendapat respon baik menerusi filem Zaiton Ceritaku yang memerlukannya menyanyi.

Dalam perkembangan lain, Nadia berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Kisah Cinta selain sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan.

Sumber
-

Banjir Kilat Di NPE


PETALING JAYA: Hujan lebat pada petang Jumaat mengakibatkan banjir kilat di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bersebelahan Kampung Pantai Dalam menghala ke Kuala Lumpur. Keadaan banjir itu mengakibatkan kesesakan teruk bermula sebelum Plaza Tol NPE menuju ke ibu kota.


-

Pencuri Bendera DAP Kepunyaan Hannah Yeoh Dijumpai


Teman pun tak faham la sebab apa Hannah Yeoh ADUN DAP Subang Jaya ni meroyan. Kisah bendera DAP yang hilang .Adehh!! Tak ada siapa kebulur nak bendera DAP tu weh! Lepas tu tuduh-tuduh UMNO/BN yang curi. Tak kesior orang nak curi bendera DAP tu. Setahu teman le, yang suka sesangat dengan bendera DAP ni, pak-pak lebai PAS je. Pak-pak lebai PAS ni siap buat baju lagi, punya nye sayang sesangat kat DAP. Ini buktinya..
Hah! Ini dia pencuri bendera DAP tu!

Kome tengok la cerita Helen Ang berbulu dengan Hannah Yeoh di SINI
-

Friday, 25 January 2013

Bukti PAS Akan Kalah PRU 13


Adeehh!! PAS nak calonkan bukan Islam sebagai mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Teman jangka-jangka dari dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.Eh! Tak silap teman masa PRU 12 dulu tu, pernah jugak PAS bubuh calon bukan Islam bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu tapi BUNGKUSSSS!!!!

Inila buktinya PAS dah ketandusan pemimpin yang layak jadi calon. Sebab tu la letak bukan Islam jadi calon PAS. Kesian..Kali ini nak bubuh calon bukan Islam lagi banyak la kot. Biar main serkap jarang. Bagi bungkus semua. Tapi kerusi mana yang nak ditandingi masih kabur. Agak-agak ada calon PAS sendiri akan terpelanting tak jadi calon sebab PAS nak jaga hati DHPP ni. Kesian yang berangan-angan nak jadi calon tuh! Sebab nak jaga bukan Islam dalam PAS, terpaksa korbankan la anak sendiri. Teman nak tengok le weh! Kerusi mana yang PAS nak bagi pada DHPP ni. Nanti kita boleh tengok deme berperang sesama sendiri. Lagi best kan.kan..heeee
-

Nik Aziz Mengaku Luluskan Lesen Arak, Siapa nak Spin @Amenoworld


Cerita apa plak ni der! Nik Ajis mengaku pernah luluskan lesen 44 lesen arak. Adeeh!!! Spin la kome weh! Teman tak sabo nak tengok kome spin nih der! Anwar China Doll  sendiri pernah dedahkan yang Nik Ajis pernah luluskan 44 lesen arak di Kelantan tapi puak Pakatan Rakyat mati-mati tak percaya. Sampai kena langkah mayat Karpal Singh dulu der!

Kata orang, bila satu jari menuding pada orang lain, 9 jari pulak tuding pada diri sendiri. Weh! Cepat la spin. Tema tak boleh tido kalau tak tengok kome nak spin ni der! heee...

-

Kalimah Allah: Anwar Dah Spin Pulak! Bukti Pakatan Rakyat Putar Belit

Anwar Putar Alam

Hah! Siapa yang tak kenal Anwar China Doll. Pakar spin dan putar alam yang paling hebat. Isu penggunaan Kalimah Allah bagi agama Kristian yang telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat ada 8 Januari lepas sudah berputar kembali. Akhirnya Anwar China Doll ni nak salahkan media kerana putar belitkan fakta. Sinar harian melaporkan, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham. Jadi teman buat screenshot setiap kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat dari akhbar Sinar Harian yang deme dakwa sebagai akhbar berkecuali tu.
Hadi Awang kata Setuju

Azmin Ali kata Kekal Keputusan

Teman screenhot kenyataan Azmin Jamban dan Hadi Awang. Pelik jugak. Sekejap setuju sekejap tak setuju. Kata tak pernah setuju tapi perakui. Adeehh! Apa punya bahasa yang Anwar China Doll ni pakai. Sama la maknanye tu weh!! Bila rakyat dah marah, terus tukar kenyataan. Kenyataan Azmin Ali di Sinar Harian pada 17 Januari 2013 menyatakan Pakatan Rakyat berpegang kepada keputusan pada 8 januari 2013 membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. weh! Apa kome main pusing-pusing ni. Adeehh!! Jenis manusia dalam Pakatan Rakyat ni boleh berubah-ubah keputusan ikut suka mak bapak deme je. Boleh percaya ke? Isu kalimah Allah pun boleh berubah-ubah, ini kan pula janji manifesto pilihanraya. Manisfesto buka janji..kan.kan..Pencacai-pencacai Pakatan Rakyat bole spin dah. Teman nak tengok kome spin macamana pulak!..
-

Koleksi Gambar Hot Emma Ma'embong Part II


Miss Controversi, Emma Maaembong menjadi bualan hangat lagi. Jika sebelum ini, dia dilabel sebagai 'minah propa' kerana membatalkan sesi fotografi yang diatur akhbar tempatan, kini nama pelakon baru Emma Maembong kembali menghangatkan seni tanahair apabila gambar-gambar dikira hot jugak diungkit semula.(SINI). Memang penafian pelakon kacukan Melayu-Scottish ini telah beberapa kali dibuat. Namun sebagai selebriti, apa jua kritikan dan cemuhan sebagai lumrah yang harus diterima walaupun diungkit-ungkit beberapa kali. Sabar aje le. Gambar-gambar dibawah hanya gambar yang "menyerupai" Emma Maembong. Teman nak minta Emma bagi..peace...heeee







-

Porsche Cayman Bukan Saya Punya Tapi Milik UMNO

Aduhai!!!.Tak mengaku le pulak........... adeehh! Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000.

Tapi mengaku atas nama sendiri, main pusing anak pula yang guna Porsche tu! Pening..pening..Guna AP jugak yg kome kutuk-kutuk UMNO guna AP. Kaya jugak la anak Ustaz PAS ni ye! Kat mana la anak mike dapat duit ek! Bisnes la...hebat sungguh bisnes anak mike nye. Selalunya yang pakai Porsche ni dah jutawan..Orang lain tak mampu aih! Maintainance tinggi. Teman nak tanya anak bisnes apa ek!..

-

Kehilangan William Yau Zheng Zhong : Keputusan DNA Akan Mengesahkan Identiti Mayat


Teman turut rasa bersedih bila kenyataan polis mengatakan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya. Pilunya rasa teman. Siapa la punya kerja ni. Kejam sungguh manusia sekarang ni. Adakah manusia zaman sekarang ini berhati binatang.

Isu untuk megenalpasti mayat kanak-kanak tersebut sedang diusahakan oleh pihak polis melalui ujian DNA. Teman berharap Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong harus tabah menghadapi dugaan. Walaupun keputusan mungkin dapatkan mengesahkan identiti sebenar mayat kana-kanak, teman berharap keluarga dapat menerima dengan hati terbuka. Bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak, namun hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Teman turut bersimpati..

KLANG: Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.

"Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya.

Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.

Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.

Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.

Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.


Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

"Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

"Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh," katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ. (mStar Online)

-

KBS Dan AISA Beri Ransangan Besar Sukan Skuasy


Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani satu memorandum tiga tahun persefahaman (MoU) dengan Azlan Iskandar Skuasy Academy (Aisa) untuk melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Dengan kerjasama, Menteri Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka berharap Malaysia akan berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pemain bertaraf dunia untuk menggantikan tujuh kali juara dunia Nicol David.

“Terdapat 500 orang pelajar kini latihan di akademi di seluruh negara dan ini merupakan petanda baik bagi masa depan sukan di Malaysia,” tambah Shabery selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid berkuatkuasa Sabtu Mohamed dan Azlan Iskandar di Putrajaya semalam.

Tiga akademi telah dibuka di Bau (Sarawak), Kemaman (Terengganu) dan Seremban II (Negri Sembilan) tahun lepas.

Lima lagi akademi akan ditubuhkan tahun ini di Johor, Kota Baru, Pahang, Melaka dan Kuala Terengganu.

Shabery berkata Azlan Iskandar juga akan memperkenalkan Litar Skuasy Jelajah Malaysia yang melibatkan 10 negeri.

“Setiap kaki akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30, 000 dan ia akan dibuka kepada peserta antara umur 17 hingga 25,” kata Shabery.

Kaki pertama akan diadakan di Kemaman dari 15-17 Februari.

Azlan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan untuk membantu beliau untuk membiayai akademi.

“Saya akan terus mengenal pasti bakat-bakat baru dan memberi tumpuan kepada dandanan pemain kelas dunia,” kata Azlan, yang bersara dari bermain skuasy tahun lepas.

Azlan kelahiran Sarawak-pernah juara Asia dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Beliau juga memenangi 14 gelaran profesional dalam kerjayanya 13-tahun. Kedudukan kerjaya terbaik dunia beliau adalah 10.

Sumber
-

Emma Ma'embong Masih Berparti Liar?



Mungkin anda tertanya-tanya setelah melihat gambar di atas adakah Emma Ma’embong masih sama seperti yang dahulu selepas mengeluarkan kenyataan dia telah berubah lebih baik atau ada pihak sengaja sabotaj potensi beliau untuk menjadi pelakon wanita yang berjaya.

Tatkala ditanya soalan adakah Emma Ma’embong masih berparti liar, dengan penuh tenang gadis jelita ini menjawab bahawa apa yang dilihat itu adalah dirinya bersama peminat dan bukan bersama rakan-rakan.

“Kalau tengok ada orang pegang tin minuman keras itu saya sendiri tidak pasti, ketika berjalan-jalan di pantai ada peminat yang meminta untuk menangkap gambar bersama.

“Saya sebagai public figure takkan nak tolak benda-denda macam tu, saya sendiri tak sedar ketika itu ada orang yang pegang tin minuman keras.”

Menyambut tahun baru di Pantai Chenang, Langkawi, Emma Maembong menyifatkan apa yang terjadi itu hanyalah perkara kecil yang hendak diperbesarkan.

“Isu ini tidaklah besar mana, saya percaya apa yang saya buat dekat sana dan tidak kisah jika ada yang cuba provoke gambar tersebut.”

Selain daripada itu Emma turut memberitahu bahawa ketika di sana dia bukan seorang sahaja, ramai lagi artis yang ada di sana melakukan penggambaran.

Sumber
-

1.9 juta Baucar Saringan Kesihatan Percuma Diedar



Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah selesai menghantar baucar saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarum sektor swasta yang layak dalam skim baharu itu yang diumumkan menerusi Bajet 2013.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Perkeso, Datuk Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya memperuntukkan RM200 juta di bawah skim yang baru dimulakan dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Februari ini.

Di bawah skim itu, pencarum Perkeso yang berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung.

Mohammed Azman memberitahu, ujian saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, profil darah, ujian air kencing dan bagi wanita ujian pap smear dan mamogram yang dilakukan oleh doktor panel.

Mereka yang belum menerima baucar percuma itu diminta menghubungi talian 03-4252 1258, 03-4252 5089 atau pejabat Perkeso terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-

DAP Gangnam Style Bagi Ang Pow Maulidur Rasul


Ini kisah Ang Pow DAP Gangnam Rocket Style sempena Sambutan Maulidur Rasul. Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching punya gangnam rocket style bagi Ang Pow. Baik punya. Macam la puak-puak ni faham pasal Maulidur Rasul. Kome tengok la gambar-gambar ni, punya la suka puak-puak PAS terima Ang Pow ni.heeee..

Kong Hee Fat Choy! eh!
Pak Lebai pun ada..
-

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Tersebar


Adeehhh!!!. Belum kahwin dah main peluk-peluk. Macam-macam la artis ni. Pandangan masyarakat akan bertambah serong. Persepsi peminat kepada artis akan menjadi lebih negtatif. Isu terbaru apabila gambar pra perkahwinan pelakon Liyana Jasmay tersebar dan mendapat kritikan peminat.


Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini. Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Liyana Jasmay memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan. Teman rasa budaya gambar pra perkahwinan ni pun salah satu budaya yang tak baik acuan barat. Yang kita ikut-ikut tu buat apa. Teman pun nak bidas jugak sikap jurugambar yang sengaja mengedarkan gambar-gambar tersebut tanpa kebenaran. Tapi si maknya tak payah la melatah sebab dalam filem dan drama pun dah jenuh Liyana Jasmay ni kena peluk. Si maknya tak kecoh pun. ish.ish..
-

Asal Usul Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim Didedah


Banyak desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Zairil Khir Johari.

Bermula dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja lagi.

Kemudian kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu, kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP.

Maklumat terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa Zairil yang sebenarnya.

Kisah Zairil yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang mendedahkannya.


Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim, inilah namanya sebelum ibunya Christine Lim berkahwin dengan Khir Johari pada Februari 1996.

Sebelum perkahwinan ibunya dengan Khir Johari, Zairil adalah penganut agama Kristian dan memeluk Islam selepas perkahwinan ibunya itu, namun jangan ditanyakan kepada penulis apa agamanya hari ini.

Ketika perkahwinan Christine Lim dan Khir Johari, Christopher Ross Lim @ Zairil hanya berusia 13 tahun, mustahil Zairil anak kandung Khir Johari atau anak luar nikah Khir Johari.

Oleh itu, maka sahihlah bahawa Zairil bukan anak kandung Khir Johari !

Dengan itu juga, maka sahlah Zairil tidak punya darah Melayu walaupun setitik.

Memandangkan Zairil telah sah bukan anak kandung Khir Johari, maka ada sembang-sembang kedai kopi pula mempersoalkan siapakah bapa kandung Zairil dan apa asal usulnya.

Kalau penulis mampu mendapatkan nama asal Zairil, pasti nama bapa kandungnya dan asal keturunannya boleh dibongkar.

Zairil bukanlah anak pungut Pak Khir sepertimana yang digembar-gemburkan dalam sembang kedai kopi.

Nama bapanya adalah Howard Lim yang berasal dan masih menetap di Singapura namun belum dapat dipastikan Howard Lim ini masih bernyawa atau pun tidak.

Apa yang amat menarik dari maklumat yang penulis perolehi adalah, bapa kandung Christopher Ross Lim @ Zairil adalah seorang penyokong tegar PAP dan ada juga gossip mengatakan Howard punya jawatan dalam parti.

Jadi, tidaklah menghairankan bilamana Zairil… oppss.. atau mungkin penulis patut panggil Christopher, amat galak memberikan sokongan kepada DAP.

Malah Zairil menjadi harapan dan anak emas DAP dalam menarik undi Melayu untuk DAP.

Bukankah DAP ditubuhkan bagi menyambung kesinambungan PAP yang telah diharamkan ?

Disinilah Zairil sesuai menjadi alat permainan DAP untuk mengelabui mata kaum Melayu supaya tertipu dengan permainan silap mata DAP ini.

Jadi, bolehlah kita faham kenapa Zairil, seorang anak 100% keturunan Cina ini bersama DAP pada hari ini.

Suara Generasi Baru

-

Samsung Galaxy Note 8.0 Tersebar Di Internet


Samsung sekali akan melancarkan satu gajet mudah alih. Kali ini Samsung Galaxy Note 8.0. Dijangka akan memasuki pasaran pada Februari 2013. Baru-baru ini kecoh bila gambar Samsung Galaxy Note 8.0 telah bocor di Internet. Kisah penyebaran gambar-gambar dan spefikasi gajet yang popular yang menjadi pesaing utama Apple, didedahkan oleh pengguna-pengguna twitter di Twitter Handle. Gambar yang didedahkan menunjukkan imej pandangan depan dan belakang bersama beberapa spesifikasi terbaru.

Galaxy Samsung Note 8.0 ini yang hampir-hampir menyerupai Ipad Mini  mempunyai dua memori storan 16 dan 32 GB. Dijangka model ini akan dapat menyaingi Ipad Mini yang menguasai pasaran sejak model tersebut dilancarkan. Pada peminat-peminat gajet dari Samsung ini sudah tentunya akan berlumba-lumba untuk memilikinya. Nasihat teman, jangan terlalu mengejarkan teknologi, jika tiada keperluan wajar untuk menggunakannya. Fikir-fikirkan lah..

Sumber Berita timesofindia.indiatimes.com
-

Gambar Tokong Di Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang


Uiks! Ada gambar tokong sempena Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Biar betul weh!. Gambar Guan Eng mesti kat depan. Guan Eng bukan ke tokong kata si Mansor TKM Pulau Pinang. Tak gitu! Kenapa pulak gambar Guan Eng ni sibuk-sibuk bubuh gambar pada kain rentang Sambutan Maulidur Rasul Negeri Pulau Pinang. Sekali gambar P. Ramasamy, TKM Pulau Pinang pun ada. Adeehhh!! Pening weh!!

Pernah sekali dulu Majlis Sambutan Maulidur Rasul puak-puak DAP ni bagi Ang Pow. Lagi serabut weh! PAS ni setuju je apa yang DAP buat. Sebab PAS tak ada kuasa pun. Jadi tunggangan je. Tak gitu!


Credit picture to Helen Ang
-

Perhimpunan Bakar Bible Dakyah Palsu


Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadappenganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorangyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda ataukedua-duanya sekali.

Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolahdi Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkanketerangan 17 individu.

"Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuktindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.

"Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam," katanya. BERNAMA
-

Anwar Lagi Pening Bila Baca Berita Ni!


 

Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Selasa lepas akan membuka mata masyarakat dunia tentang keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengulas mengenai lawatan bersejarah itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya ia akan memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam menerajui inisiatif di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Islam untuk memperjuangkan kebebasan dan keamanan Palestin.

"Sesungguhnya lawatan bersejarah perdana menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke Gaza merupakan lambang sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel," kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Rosmah atas kejayaan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza itu, beliau menegaskan rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan keberanian perdana menteri melawat Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin.

Muhyiddin berkata ia sekali gus mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghulur apa sahaja bantuan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

"Kita juga berbangga kerana Datuk Seri Najib adalah ketua kerajaan pertama dalam kalangan pemimpin bukan Arab yang mengadakan lawatan ke Gaza," kata Muhyiddin.

Najib sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin.

Muhyiddin berkata seperti yang ditegaskan perdana menteri, Malaysia menyokong penuh kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang menjadi prasyarat kepada kemenangan rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

"Kita berharap dengan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan dua organisasi utama yang menerajui perjuangan rakyat Palestin selama ini, cita-cita membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel akan dapat dicapai dengan lebih cepat," tegas beliau.

Menurutnya, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan Najib dalam menjayakan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendukung perjuangan suci rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada penindasan rejim Zionis Israel.

"Saya berdoa semoga perdana menteri dan kita semua sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"...Mudah-mudahan dengan sokongan masyarakat dunia yang berterusan kepadaperjuangan rakyat Palestin, bumi Palestin akan kembali aman, bebas dan merdeka,"katanya. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...