Saturday, 2 February 2013

Anak Muda Menyokong BN


Masih meriah di sebelah malam. Pengunjung tak berhenti mengunjungi acara-acara di sebelah malam ini. Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh masih berjalan dengan rancak.

Acara Fun Ride terdiri dari 300 peserta berbasikal mengelilingi sekitar Seberang Jaya memeriahkan acara sebelah malam.

Program ini bertujuan untuk mendekati anak-anak muda sebagai bakal peneraju negara di masa akan datang. Kehadiran ribuan pengunjung ke program ini khususnya anak-anak muda sebagai bukti anak-anak muda menyokong BN. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh berkata demikian menutup rasmi program tersebut.

Anak-anak muda akan terus menyokong BN di PRU 13. Teruskan sokongan yang tak berbelah bagi itu. Chaiyokk anak muda..heee

-

Karpal Singh Lawan PAS !



Apa sudah jadi? PAS kata isu Kalimah Allah telah selesai. DAP kata belum lagi. Adeehh! Mana satu betul ni weh!


Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.


Adeess! Mesti PAS kecut bila Karpal Singh dah bersuara. Gegar satu PAS..Kita tengok pendirian PAS pulak lepas ni. Berputar satu alam..kahkah...PAS mana ada berani...senyap la kot..
-

Gambar Sekitar Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh


Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh petang tadi telah mendapat sambutan hangat dari anak-anak muda. Program yang dijalankan di Jalan Sembilang Seberang Jaya itu tadi telah dipenuhi pengunjung sejak tengahari. Berbagai-bagai acara yang menarik perhatian pengunjung antaranya pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) hingga mencecah 1000 anak muda telah berdaftar. Kehadiran pengunjung hingga petang tadi sahaja telah melebih 2000 orang. Adalah satu petunjuk yang baik. Teman sisipkan beberapa gambar acara yang telah dijalankan petang tadi.

Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil turut hadir sama

Servis motorsikal percuma dari Wazi Boys

Kabbadi

Pendaftaran BR1M

Kaunter BR1M penuh sesak

Acara Silat Gayung

Antara pengunjung yang hadir


-

BN Akan Mansuhkan Tol jambatan Pulau Pinang


Ini berita baik! Mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang untuk motosikal. Itu janji Kerajaan BN jika rakyat beri peluang memerintah semula Negeri Pulau Pinang. Ucapan dipetik di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh oleh Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang Teng Chang Yaw sebentar tadi.
Salah seorang penerima BR1M

Gimik Penyerahan Helmet 1 Malaysia

Datuk Azeez dengan Barisan Kepimpinan BN Pulau Pinang

Ini lagi satu. Kerajaan BN janji rumah mampu milik bernilai RM300 ribu untuk rakyat Pulau Pinang berbanding Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menawarkan harga rumah mampu milik bernilai RM400 ribu. Teng Chang Yaw cabar Kerajaan DAP untuk tunjukkan lebihan RM100 ribu tersebut.  Perdana Menteri DS Najib sendiri telah mengumumkan rumah mampu berharga RM300 ribu semasa Jelajah Janji Ditepati Negeri Pulau Pinang tempohari. Guan Eng kena jawab le..sila-silakan..spin la balik..kahkah.

Di program tersebut, seramai 1000 anak anak muda telah mendaftar Bantuan Lesen 1 Malaysia Program ini. Ramainya..Sambutan baik punya..ada yang jeles tuh!!
Pelepasan Konvoi Pengedaran Helmet 1 Malaysia

-

Anwar Ibrahim Kena Tendang Keluar Dari Permatang Pauh



Hah! Teman dah lama dengar cerita Anwar China Doll ni dah tak diterima oleh pengundi Parlimen Permatang Pauh. Pengundi pun dah meluat tengok muka yang dah tak ada seri ni. Jadi tidak hairan la ada gerakan dalam PKR Permatang Pauh dan Pulau Pinang untuk menjatuhkan Anwar China Doll ini. Teman difaham pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh dah meluat tengok perangai Anwar China Doll terutamanya sokongan beliau kepada isu Kalimah Allah. ada yang sanggup bertentang mata dengan Anwar China Doll untuk berhujah tentang isu ini. Apa cer? Orang kampung dah marah! Adeehh!!!

Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dalam proses mengumpul ahli sebelum mengadakan perbincangan terperinci sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan.

Gerakan itu didedahkan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang turut diminta menyertai gerakan itu baru-baru ini oleh ahli PKR kampung Anwar di Cherok Tok Kun, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

Mungkin keluar parti

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya kepada BH.
-

BN Tak Pandai Memerintah, Kenyataan Paling Bangang


Teman pun tak tau la. Apa jenis manusia yang ini. Buat kenyataan yang paling bangang dalam sejarah. Boleh kata macam tu la. Kalau teman cakap dia gagap, marah pulak. sememangnya dah gagap. maka tergagap-gagap lah selama-lamanya..kahkah..

Cerita dongeng Khalid gagap nak tunjuk ajar kerajaan BN bagaimana nak menguruskan negara. Adeeh! lawak siut! Kome baca ni "Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata kerajaan pimpinan beliau bersedia untuk menunjukkan kepada BN bagaimana mentadbir negara dengan betul, jika rakyat mengundi untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang."

Weh! macam la pandai sangat. Anwar China Doll pernah jadi Menteri Kewangan bagai naik lingkup negara dibuatnya. Hampir-hampir negara meminjam kat Yahudi IMF. Itu apa cer? BAS mewah untuk siri  jelajah Fitnah Anwar China Doll tu, mike tak jawab abis lagi weh! Cerita korek pasir bergunung-gunung di Selangor tu apa cerita? Pandai mengurus la tu! PKR pandai la sangat. Silap hari bulan boleh jual negara pun tak tentu..Cakap tak serupa bikin..ptuii!!!!
-

Jom kita ke Himpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh

Mai..mai..Ini mesti best. Program Himpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh hari ini. Bertempat di Jalan Sembilang Seberang Jaya. Macam-macam program ada weh! Mula jam 2 petang hingga 12 tengah malam..

Turut serta Pi Mai Fm 90.2. Mesti havock giler.  Abu Rajalawak dan Kumpulan Cuit Raja Lawak akan buat kome gelak kat sini. Helmet 1 Malaysia dan servis motorsikal percuma dari Wazi Motorsport jugak ada weh!

Kalau kome nak daftar Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) jom kita ke sini. Macam-macam ade weh! Tak larat teman nak nulih dah..heee

Mai jangan tak mai..

-

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat Wujudkan Semula ISA


Adeehh! Tu dia! Teman pun percaya. Teman pun yakin. Manusia jenis pendendam macam Anwar China Doll ni, memang akan cari jalan supaya musuh-musuhnya disumbat dalam penjara. Tidak kira apa jugak kaedah dan jalan samada mewujudkan semula ISA.

Seperti kata Datuk Musa Hassan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.  Ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa. 

ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut. Negara luar percaya pada sistem dan undang-undang pencegahan seperti ISA ini. Teman pun tidak mustahil Anwar China Doll akan berbuat demikian sebab pendirian AnwarChina Doll ni sering berubah-ubah macam sesumpah. Ikut masa dan keadaan. Yang penting dirinya selamat. cessss..
-

Selamat Berbahagia Liyana Jasmay-Fathuddin!



Hari ini, tanggal 2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24 apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 usai majlis pernikahan mereka berdua, sebentar tadi.

Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.

Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28, 388 dalam bentuk cek.

Majlis pada pagi ini turut diindahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan selebriti serta media sempena hari bahagia penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.

Kedua-dua ahli keluarga pengantin iaitu Dato' Hj Jasmay Md Shah dan Datin Hjh Habsah Simpon berserta Hj Mazlan Zakaria antara ahli keluarga terdekat yang hadir mewakili pasangan pengantin baru itu.

Pada majlis pernikahan ini, Liyana telah menerima 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki pula menerima balasan 7 dulang hantaran.

Liyana tampil dalam busana indah berona putih dan pink ilham daripada pereka tersohor Jovian Mandagie. Tatarias diri pula telah disempurnakan oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal.

Majlis pernikahan ini diacarakan oleh Farish Aziz telah dimulakan dengan istiadat perbincangan diantara kedua-dua wakil pengantin mengikut cara tradisi lama lengkap berpantun sebelum kedua pengantin dibawa masuk ke dalam dewan.

Sumber
-

Bukti Kerakusan PAS Kelantan di Hutan Simpan Kekal Lojing



Ini apa pulak! Nik Ajis tak tengok ke? atau buat-buat tak nampak. Kawasan tanah tinggi Lojing di Kelantan diteroka dengan rakus. Berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal Lojing dan Sg Berok. Siapa yang beri kebenaran ni? Salah UMNO jugak ke? Adeehh!!

Jika sebelum ini kawasan tanah tinggi Lojing di Kelantan ditutupi dengan hutan yang menghijau, namun ia kini bertukar menjadi kawasan kebun sayar dengan keluasan beribu-ribu hektar.

Malah pembukaan tanah baru bagi tujuan berkenaan dilihat makin berterusan di kawasan tanah tinggi berkenaan yang terletak di sebelah sempadan Cameron Highlands, Pahang.

Secara semula jadi kawasan berkenaan merupakan hutan berbukit dengan ketinggian antara 1,000 dan 2.300 meter.

Berdasarkan papan tanda lokasi, beberapa ladang-ladang dan kawasan yang dibersihkan kelihatan berada dalam sempadan hutan simpan kekal, seperti Hutan Simpan Kekal (HSK) Lojing dan HSK Sg Berok.

Tinjauan The Star menunjukkan kawasan berkenaan dilitupi bumbung plastik berwarna putih sejauh pandangan mata di beberapa bahagian.

Juga terdapat kawasan kebun sayur dibuka di bahagian cerun curam dan boleh mengakibatkan tanah runtuh jika hujan lebat.

Di beberapa lokasi, pembersihan tanah menggunakan jentera berat sedang dilakukan namun tiada sebarang bukti yang menunjukkan langkah pembersihan hutan mapan dilakukan seperti pemasangan perangkap keladak.

Menurut pakar pemuliharaan, Balu Perumal, terdapat sedikit kawalan ke atas ladang sayur-sayuran itu yang ditubuhkan oleh petani dari Cameron Highlands.

Ketua Persatuan Pemuliharaan Pencinta Alam Malaysia itu berkata, Lojing adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah Gua Musang, yang terletak lebih 80 kilometer jauhnya.

Bagaimanapun faktor jarak yang jauh menyebabkan "kekurangan pemantauan" dari pihak berkuasa.

"Ini bermakna banyak aktiviti pembersihan tanah di Lojing dilakukan tanpa permit dan aplikasi yang betul.

"Kebanyakan ladang-ladang di Lojing juga dianggap menyalahi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai permit pembangunan yang betul," katanya kepada The Star.
-

My Beautiful Malaysia Day Pulau Pinang


Moh kita weh! My Beautiful Malaysia di Pulau Pinang. Perhimpunan sukarelawan sempena Program My Beautiful Malaysia Day akan diadakan di Dataran Taman Negara Teluk Bahang pada 3 Februari 2013 (Ahad) jam 7.30 pagi. Program gotong royong secara besar-besaran akan diadakan yang melibatkan semua kumpulan sukarelawan termasuk badan-badan kerajaan, swasta, IPT, NGO dan individu-individu yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan. Program ini juga dijalankan serentak diseluruh negara pada tarikh yang sama. Semua warga Pulau Pinang dijemput hadir bersama-sama untuk memberi sokongan. Mai jangan tak mai..heeee
-

Friday, 1 February 2013

Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Cari Budak Hilang


Alahai Tuan Ibrahim Tuan Man. Bercakap tu biar berlapik weh! Nak suruh tukar Akta Perhimpunan Aman pulak sebab masalah budak-budak. Adeehh!!! Cakap tak fikir dulu, macam gini lah. Cuba la fikir secara rasional. Fikir politik secara matang. Budak-budak mentah apa yang dem tau pasal politik. Yang kome bawak jugak tu buat apa? Jangan pulak nak tuduh Polis Akta Perhimpunan Aman tu kejam dan segala bagai. Saje kome jadikan budak-budak sebagai senjata politik.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau Akata Perhimpunan Aman tersebut ditukar nama merujuk keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu. “Cari anak orang hilang tak secepat itu,”

Ada ke bodoh punya kenyataan. Apa bezanya cari budak hilang dengan suspek yang membawa kanak-kanak di KL112 tu? Cuba fikir elok-elok. budak hilang dah hilang la weh! kalau tak hilang, tak sebut pun perkataan hilang. Bodoh biul!! Suspek tu boleh dicari bila dah dikenapasti. Cakap bodoh kang, marah pulak tapi memang bodoh pun..ptuii!!!
-

Syurga dan Neraka Milik PAS, Kata Nik Aziz


Bila teman fikir-fikir balik, rupanya PAS ni mempunyai mukjizat hebat. Siapa yang anugerahkan mukjizat tu, teman tak la tau. Sejak dua menjak, PAS sering menjatuhkan hukum sesiapa sahaja yang menentang PAS dan Pakatan Rakyat, dijatuhkan hukuman masuk neraka. Tapi sebaliknya, jika menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, syurgalah tempatnya. Adeehh!!!

Kalau nak dinilai mukjizat ni, hanya ada pada pemimpin PAS aje. PAS menggambarkan sesiapa yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, akan dikurniakan syurga waima kafir totok sekali pun. Begitu hebatnya PAS. Siapa tahu kan..Apa yang lebih best, kalau ada orang tuduh puak-puak deme ni, cepat je deme serang walaupun baru dengar berita tak tentu hujungnya, jatuh hukum orang yang tuduh masuk neraka. Sampai siapa tak jilat kaki deme balik, tak boleh masuk syurga dan sudah sah tak masuk syurga..Hampas.. 
-

ADUN PAS Didesak Lepaskan Jawatan


Ini lagi satu manusia jenis suka pusing-pusing kenyataan. Jika dah salah, mengaku aje lah. Jangan nak salahkan media kerana dakwa wartawan tak faham dan tersilap kutip kenyataan. Ini memang jenis manusia yang suka pusing-pusing fakta. Suka sangat la membuat orang pening kepala. Terbaru, ADUN PAS Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan kenyataan beliau menyebut perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. 
Kenyataan yang disiarkan di mole.my
Beliau menuduh wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS. Apa cerita ustaz weh! Dah tersilap cakap, nak salahkan orang lain

Kenyataan beliau sebelum di mole.my menyebut, “If the PKR candidate is a non-Muslim, it is best for voters to vote the Umno candidate to safeguard the interest of Islam,” (pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat meletakkan calon kalangan bukan muslim demi memeliharan Islam).

Ini apa dia? Teman bukanlah nak mempertahankan mole.my, cuma teman yakin wartawan yang mengutip kenyataan ini berasaskan apa yang beliau sebutkan. Kalau dah kantoi, jangan la nak tipu rakyat cara yang macam haram jadah. Hadi Awang confirm mnegamuk sakan, sebab tu la terpaksa pusing balik kenyataan. PAS dan PKR sama aje. Kaki putar belit yang paling hebat..
-

Anwar Ibrahim PM Malaysia


Teman dah tak tahan tengok perangai kemaruk Anwar China Doll nak jadi Perdana Menteri ni. Suka sangat bagi arahan kat agensi-agensi kerajaan Pusat dan penguatkuasa untuk buat itu dan ini. Macam pandai la sangat. Manusia yang tak sabar nak pegang kuasa, macam tu la dia. Itu belum jadi PM, dah mengarah macam-macam. Cuba bayangkan kalau dah jadi PM, tentu tunggang langgang negara dibuatnya.

Teman rasa Anwar China Doll ni tengah dibuai mimpi. Tak tau la mimpi apa. Mimpi jumpa hantu ada la. Teman tau macam mana gelebahnya Anwar China Doll ni. Tak sabar-sabar nak jadi PM. Tapi teman rasa dia tak dapat pun jadi PM sebab Pakatan Rakyat akan kalah teruk..kahkahkah..
-

Semua Salah UMNO


Adeeh! Semuanya PAS ni betul belaka. Tak ada buat silap pun. UMNO memanjang je buat silap. Salah semua. PAS parti yang betul-betul dan baik-baik belaka. Tak ada dosa pun. Jual tanah pada orang bukan Islam pun dapat pahala. Dah kira baik la.

Kalau UMNO bagi duit kat rakyat, berdosa besar. Kalau UMNO beli kereta besar, dosa besar. Curi duit rakyat kononnya. PAS kalau beli kereta besar, dapat pahala. duit simpanan tabung sejak bayi lagi katakan. Dapat pahala. PAS kalau letak adik beradik dan menantu dalam anak-anak syarikat, dapat pahala. Kononnya layak la katakan. Walaupun adik pemimpin PAS sendiri, walaupun menantu pemimpin PAS sendiri. Bagi alasan macam-macam yang tak masuk akal. Kalau UMNO katakan kroni dan rasuah. 

PAS kalau ditangkap khalwat dan ada kes moral, itu semua fitnah belaka. Curi bini orang, tohmahan palsu. Ada bukti pun, dakwa superimpose dan segala bagai. Besi tak boleh jadi bukti, alasan bodoh belajar kat mana tak tau la. Tuduh bukti dibuat-buat. Kalau UMNO, sah terus ada salah laku dan kaki perempuan, walaupun itu semua tuduhan tu telah dibuktikan fitnah semata-mata. Semuanya UMNO salah. PAS sahaja akan masuk syurga. Pundek lu la!
-

VIDEO : Mahfuz Omar Edar Surat Palsu



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid  merupakan surat palsu.

Menurut Hishammuddin, tuduhan yang dibuat terhadap JPN merupakan landskap politik hari ini dan meminta agar orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan tersebut.

"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas yang menggesa JPN menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Semalam, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata telah menerima sendiri surat tersebut daripada pihak-pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said hari ini.


-

Thursday, 31 January 2013

Adeeh! Apasal Beli PopCorn AEON Rawang Jual Rambut


Apa nih! Apa cerita panggung wayang ayik nak kantoi je. Teman pun tak faham la. Isu tentang penyediaan makanan yang tak bersih. Beli Popcorn dapat rambut le pulak. Adeehh!! Kalau tak bersih, ramai pulak sakit perut kena keracunan makanan. Teman harap pihak yang bertanggungjawab perlu peka dengan kebersihan. Harap gah dengan nama tapi kebersihan macam hampas.

Siapa tak marah. Teman pun marah kalau jadi macam gitu. Saman je.jangan bagi can. Nak untung aje, tapi tak jaga customer. Cessss...

assalammualaikum dan salam sejahtera.



pada 15hb Jan 2013 yang lalu kira kira jam 9:00mlm, tajuk cerita PARENTAL GUIDANCE aku dan kawan aku pergi menonton wayang di TGV cawangan AEON Anggun Rawang. sebelum masuk panggung aku beratur beli popcorn royal. aku tengok awek yang jaga kaunter tu pakai topi tapi rambut dia panjang keluar. so aku pikir lantak ko lah janji jaga kebersihan. ceritapun dah start, punyalah kusyuk tengok wayang sambil makan popcorn tetiba semasa aku kunyah popcorn tu aku rasa sesuatu dalam mulut aku, aku terus ke tandas dan keluarkan popcorn yang ada dalam mulut aku tu dan letak atas tisu. alangkah terkejutnya aku ada sehelai rambut kat popcorn tu.


pastu aku terus pegi ke kaunter jumpa manager cawangan tu, aku tunjukkan rambut tu kat dia. boleh lak dia cakap "OH ADA RAMBUT YA" itu jer, mintak maaf pun tidak. apa punya manager.. malam tu gak pas tengok wayang aku terus buka laman web TGV dan buat komplen. pastu pihak TGV ada call aku keesokanya dan dia kata dia orang akan buat siasatan, setelah siasatan selesa dia orang send email kat aku dan bagi tahu bahawa segala kerja mereka adalah mengikut prosuder yang ditetapkan, itu jer. aku pun pelik tengok TGV. setakat ni dah 2 kali aku hampir tertelan rambut dalam popcorn yang aku beli kat TGV.


jawapan yang pihak TGV bagi sebijik macam SIAL dan langsung tidak mahu bertanggungjawap. apa punya syarikat macam ni. apa terjadi jika yang empunya rambut tu ada penyakit berjangkit seperti HIV ker TB ker atau apa sahaja penyakit. pihak TGV hanya bagi jawapan "KAMI TELAH MENGIKUT PROSUDER YANG DITETAPKAN" kalau lah betul dia orang ikut prosuder yang betul dah pasti tak akan berlaku dan berulag hal sebegini. kepala BABI sungguh TGV ni.


aku rasa amat kecewa dengan TGV, bagi jawapan sebijik macam haram jadah. duit pengguna dia nak, tapi tak berani nak bertanggungjawap. bila aku mintak dia bertanggungjawap atas apa yang berlaku, jawapan yang sama gak TGV bagi, hanya kata kami telah mengikut prosuder yang ditetapkan. apa punya sial TGV ni. langsung tak nak bertanggungjawap.


kalau dia buat tak tahu gak aku nak bawa hal ni ke mahkamah, bukti masih ditangan aku, kalau buat DNA sah staff dia punya rambut maka aku nak saman TGV RM10juta sebab cuai. 


jawapan TGV bagi langsung tak masuk akal. nampak sangat TGV penipu dan hanya nakkan duit pengguna jer. memang SIAL sungguh TGV ni. aku nak tuntut agar dia bayar ganti rugi kat aku.jangan jadi macam YAHUDI yang mencekek darah orang palestin. so TGV ni pun sama macam YAHUDI cekek darah pengguna. nak tunggu aku mati akibat penyakit dari rambut tu baru dia orang terhegeh hegeh nak cari aku, babi sungguh TGV. tak der akal langsung dan langsung tak tahu nak bertanggungjawap.

Baca lagi DISINI
-

Nama Datuk Eddy Choong akan diabadikan di Akademi Badminton

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengabadikan nama lagenda badminton negara, Datuk Eddy Choong Ewe Beng pada gelanggang di Akademi Badminton di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat peringkat kementerian dan kabinet akan datang.
"Kita di peringkat terakhir untuk membina Akademi Badminton di Bukit Kiara. Mungkin di sana banyak tempat sama ada gelanggang, gelanggang utama yang boleh kita namakan di atas nama tokoh badminton dan sudah tentu nama Datuk Eddy Choong tidak boleh ditinggalkan.

"Sebelum ini pun kita telah abadikan nama Datuk Nicol Ann David bagi pusat squash iaitu Arena Nicol David," katanya selepas memberi penghormatan terakhir di rumah mendiang di Jalan Bell di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak bagi menghargai jasa lagenda badminton negara itu.

Ahmad Shabery menyifatkan mendiang sebagai seorang penggerak semangat rakyat Malaysia kerana berjaya mengubah pemikiran bahawa sukan badminton merupakan sukan yang boleh diterokai dan dikuasai orang Asia.

"Beliau mengubah pemikiran dunia badminton yang selama ini mengganggap permainan ini dikuasai oleh orang Eropah kerana orang Eropah menganggap mereka mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, saiz badan yang besar.
"Tetapi Eddy Choong yang dianggap kecil pada waktu itu dan tidak mungkin dapat mengalahkan orang yang berbadan besar berjaya mengalahkan mereka. Orang kecil, tetapi bersemangat besar mampu mengalahkan kuasa besar," katanya.

Eddy Choong, 83, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan pendarahan di dalam perut di pusat pakar Loh Guan Lye di sini, Isnin lalu.

Mayat mendiang dijadual dibakar di Krematorium Batu Gantung, esok pada 2 petang. - BERNAMA

-

Tahniah Ning Baizura Dapat Anak Lelaki



Tahniah Ning Baizura. Mike dah dapat nak pun. Bagus la tu. Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.

Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, bayi seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

"Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik. Ning sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi ini (Khamis)," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.

Bagaimanapun katanya, Ning hanya akan berkongsi gambar anaknya itu dengan peminat dalam masa dua minggu lagi.

Turut berada di sisi Ning semasa beliau bersalin ialah ahli keluarganya dan juga suami.

Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, berkahwin pada 31 Januari 2008. (mStar Online)
-

Isu RCI Sabah : Pendedahan Mengejutkan !



Isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.

Isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.

Benarkah dakwaan ini ?

Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.


Mohd Nasir Sungip merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.

operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.

tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.

SOALAN ?
benarkah ini arahan SPR ?

lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.

1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.


2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.

KESIMPULANNYA.

seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU  ini.

2 bekas pengarah JPN di atas antara yang telah  mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan.

cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas perdana menteri dr mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi.

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..!



-

Bariskan Diri Kita Weh! Apa cerita ni?



Moh kome weh! Kita pergi serbu ramai-ramai. Himpunan Barisan 1 Malaysia (HB1M). Kali ni buat kat Perak. Kita menyokong keamanan Malaysia.


Tarikh: 23 Februari 2013
Tempat: Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta Perak
Masa: 1.00 petang hingga 5.30 petang


YBhg. Datuk Fuad Hassan Ketua Pengarah JASA antara panel yang akan berkongsi info  dan malumat. Jangan lepaskan peluang. Dijangka YB Dato Ahmad Bin Maslan akan turut sama dan majlis penutup HB1M akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir merangkap Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
-

Peserta #KL112 Yang Kena Kejar di Polis, Padan Muka Kome



Adeeeh! Biar kecut perut. Polis dah cari tu weh! Gambar dah ada. Kisah mak budak deangan bapak budak bawak budak-budak tak cukup umur ke Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka KL112 tempohari. Kome dah buat salah tu weh! Ngaku je la.heee..

Polis mengedarkan 14 keping gambar peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL 112) yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam pelanggaran syarat oleh pengajur perhimpunan pada 12 Januari lalu.  

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, syarat yang dipercayai dilanggar penganjur itu adalah peserta membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun bersama menyertai perhimpunan.

"Orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambarnya disiarkan dan sedang dikesan itu, boleh hubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Asisten Superitendent Tonny Lunggan ditalian 014-6225262 atau pejabat 03-90516222  

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Sinar Harian
-

Vote for Umno, Said PAS



A Pas Kelantan assemblyman said Muslim voters should vote for a Muslim Umno candidate if he or she is contesting against a non-Muslim Parti Keadilan Rakyat candidate in the general election.

Gaal state assemblyman Datuk Dr Nik Mazian Mohamad told The Mole it is better to vote a Muslim to ensure that Islamic principles are defended.

“In choosing between a Muslim Umno candidate and a PKR candidate, a voter must evaluate which candidate is better.”

“If the PKR candidate is a non-Muslim, it is best for voters to vote the Umno candidate to safeguard the interest of Islam,” he added.

Dr Nik Mazian however stressed that between Umno and Pas candidates, it’s wajib (compulsory) for Muslim voters to vote Pas.

He also maintained the Pas stand that it is haram for Muslims to vote for Umno if its candidate is contesting against Pas' is considered haram (forbidden) for Muslims.

Dr Nik Mazian said: “It is haram for them to do so.”

Explaining his reason, Dr Nik Mazian said: “Muslims in this country has a better choice for a government that upholds the Islamic principle.”

“Only Pas has been upholding Islam in its struggle, unlike Umno and Barisan Nasional. It is a clear choice for Muslims, isn’t it?”

He added that Malaysian Muslims have two choice of leadership, the Islamic and non-Islamic governance and it is vital for them to choose the party that fights for Islam.

Dr Nik Mazian was quoted in an article as saying: “People are very satisfied because we control things which are haram. Umno can offer projects but if you support PAS, you support Islam and the reward is a place in heaven. Can Umno offer that? And if we win, we are offering Kelantan people 20% oil royalties.”

His remarks was then criticised by a blogger known as John F. Seademon who questioned how can a mere mortal promise a paradise or hell’s wrath.

“Twenty percent oil royalty…a big maybe. But of course they would have to kowtow to the very people who are known to be involved in the attempts to proselytise Muslims in Malaysia, and are so dead against Malaysia being known as an Islamic country, let alone enforce the sharia law!” Seademon wrote, referring to Pas’ co-operation with DAP who is against an Islamic state.

It has been reported that Pakatan Rakyat coalition, of which Pas is a part of, has rejected the implementation of hudud should the coalition win in the 13th general elections.

When pointed out that Pas has also partnered PKR and DAP which do not share the same principle (in upholding Islam), Dr Nik Mazian said: “In democracy and politics, it is only wise for Pas to accept help from other parties which can help us to topple the BN government.”

“They can have their own opinion. We work together to ensure that the BN government will be defeated,” he said.

-

Wednesday, 30 January 2013

Parti PSM Jadi Kera Sumbang Dalam Pakatan Rakyat


Apa cerita pulak Parti PSM ni. Pakatan Rakyat tak boleh terima puak-puak PSM ni. Takut pengundi lari la tu. Parti PSM ni pernah dikaitkan dengan agenda komunis, siapa yang mahu pun. Kesian..berjuang sama-sama, jadi kera sumbang merengek macam kera bodoh nak kan susu..Anwar China Doll ada berani terima komunis ke? heeeeee...
-

Selangor Bubar DUN Februari Ini


Apa la meroyan sangat ni der! Boleh tolong diam! Boleh tak! Kalau tak bercakap sehari tak boleh ke? Rimas la dengar gagap mike tu! kalau dah gagap, memang gagap. Nak bubar DUN pun boleh jadi gagap. Dulu Khalid Ibrahim ni la yang kata, tak nak bubar DUN sehingga tamat tempoh penggal. macam-macam alasan sebab kecut telor. Last-last nak nak ugut Kerajaan Pusat supaya bubar Parlimen cepat-cepat. Adeesss! Gila betul!

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. "Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). 

Gagap la mike sorang-sorang. Lagi pun penggal DUN dah nak abis.Terpaksa buat jugak kan. Dah tak idea nak spin, cari la jalan nak salahkan orang lain. Adehhh!!! sakiiiitttt!!!
-

Surat Terbuka Skandal Seks ADUN DAP Aulong



Apa cerita ni der! Banyak pulak skandal YB DAP nih! Ini surat terbuka mengatakan ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya. Adeesss! Sampai pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya. Baik punya! Itu la suka kutuk-kutuk orang, sendiri yang kena

Surat didakwa telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Teman confirm mesti ini salah UMNO jugak. Dah habis modal la tu!!heee..

Sumber
-

Apabila Papa Rock Berkata-kata


Bila seorang otai rock atau lebih popular dipanggil Papa Rock  menganggap ilmunya dalam bidang muzik masih lagi cetek, teman tak tau nak cakap apa. Punya merendah dirinya papa Rock Ramli Sarip yang telah berkecimpung dalam dunia muzik sejak 46 tahun sejak bergelar artis. Adeehh! Lama tuh! Teman pun tak beranak lagi weh!!! Teman teruja dengan rasa rendah diri papa rock ni!


Ramli Sarip dengan rendah diri berkata, dia merasai kelemahan dirinya itu apabila mendapati banyak lagi ilmu yang belum diterokainya apabila membaca buku-buku berkaitan bidang berkenaan.

"Saya seorang yang suka membaca mengenai perkembangan muzik di negara-negara Eropah terutamanya buku yang berunsur falsafah dan biografi artis yang menceritakan jatuh bangun mereka dalam mengejar impian sebagai penyanyi.

Inilah contoh yang harus diikuti artis-artis Malaysia. ini tak! Baru sehari dua jadi artis,  melalak macam pandai sangat. Orang lama dalam industri hiburan pun kata ilmunya masih cetek, inikan pulak sehari dua. Fikir-fikirkan la..
-

Ada Bran?



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.

Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.

"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.

Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. - Bernama
-

Abby Abadi Kemaruk Jantan Salahkan UMNO Jugak. Adeess

Teman tengok tambah meroyan la Ustazah Segera Abby Abadi ni. Kalau dah kemaruk jantan, tak usah la nak salahkan UMNO pulak. UMNO kejam, zalim dan segala bagai hinaan yg mike buat. Elok la tu..

Meroyan la mike sampai ke tua. Teman nak bertanya, cuba la mike bagi hujah dan bukti kerajaan UMNO/BN ni kejam dan zalim. Cer citer? Kalau setakat nak hentam siapa pun boleh. Bagi BR1M kat rakyat, kejam ke? Kedai Rakyat 1 Malaysia pun zalim ke? Dan segala bagai Kerajaan UMNO/BN bagi pada rakyat yang tak larat teman nak tulis. Tapi PAS Kelantan bagi tanah pada DAP tak apa pulak. Itu hak rakyat jugak. Tak zalim ke namanya tu? Apa cer? Cuba komen sikit..

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...