Showing posts with label Politik UMNO PAU 2012. Show all posts
Showing posts with label Politik UMNO PAU 2012. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

PAU 2012 : KUTIPAN LENSA KAMERA YANG MENCUIT HATI

Permainan Interaktif di Booth KBS
Teman kongsi beberapa gambo yang teman ambik masa Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC yang sedang berlangsung.   Banyak yang menarik, tapi teman pilih yang terbaik, pada teman le.  Pada kome teman tak tau le..Tapi teman yang tak tahan, kakak yang tanya teman gambo ni nak masuk TV berapa? Kome tengok le gambo ni..heeee
Asyik-asyik dia..bila time teman pulak..adik ni tak lepas kat orang lain pun..
Penat ye kak..Kakak baju hitam tu tanya gambor ni masuk TV berapa?
TV 14 kak..heeee...
Persembahan BN Youth Music.Mantap..
Wei!!!Gambo teman tak ada ke? mana aci...
Teman nak tangkap gambo candid, kakak ni siap posing lagi.
Semangat kak,,






-

Friday, 30 November 2012

PAU 2012 : TUNTUT UMNO WUJUDKAN INSTITUT UMNO



Yang ini teman setuju bebenor.  Elok sangat-sangat kalau ada satu institut untuk memperkasakan generasi muda.  Untuk ahli UMNO.  Ramai pelapis berwibawa akan dapat dihasilkan.  Teman nak mengarap sejarah lampau tentang Pusat Latihan Belia Negara Peretak (sekarang ini Institut Kemahiran Belia Negara Peretak)Kuala Kubu Bharu suatu masa ketika dulu pernah melahirkan pemimpin yang berwibawa.  Seghupa jugak Pusat Latihan Kepimpinan Belia Port Dickson (sekarang ini Akademi Pembangunan Belia Malaysia) yang telah melatih ramai pemimpin-pemimpin belia.  

Teman betoi-betoi harap deme boleh bahas lebih lanjut pasal Institut untuk ahli-ahli UMNO.  lagi ramai dilatih da lagi ramai le pemimpin yang berwibawa.hehehehe...

KUALA LUMPUR 30 Nov. - UMNO dicadang mewujudkan satu institut untuk memperkasa generasi muda dari segi kepimpinan bagi melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa untuk masa depan.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkaflli berkata, melalui kaedah ini UMNO boleh mengenal pasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ariff Yasir yang juga Pengerusi Kelab UMNO Tokyo berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 11 resolusi yang diputuskan pada Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. - UTUSAN

-

PAU 2012 : JOM SERBU BOOTH KBS DI PWTC


Hari ini ada cabutan bertuah menunggu kome di Booth KBS PWTC  Pelbagai acara menarik selain daripada cabutan bertuah yang akan dijalankan pada hari ini dan esok.  Jom jengok-jengok pameran dan hands-on terapi kecantikan daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).  Kalau kome nak cuci-cuci kuku pun boleh...Ada rezeki dapat cabutan tiket perlawanan bolasepak AFF Suzuki Cup 2012 Malaysia vs Indonesia.Best wooo..Jom jengok gambar-gambar yang teman dah ambik..heeee..




-

Wednesday, 28 November 2012

PAU 2012 : KAMI MAHU UNIVERSITI UMNO!


Teman tertarik dengan cadangan Perwakilan Wanita Perak agar sebuah universiti Umno ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai pemimpin negara pada masa depan.  Teman ghase pun perlu jugak sebab parti-parti komponen yang lain dah ada universiti sendiri seperti MCA dan MIC.  Apa salahnya jika UMNO pun menuntut benda yang sama.  Sepatutnya dari dulu lagi.  UMNO adalah parti dominan dan sepatutnya UMNO yang boleh buat keputusan sendiri.

Ketua Wanita Bahagian Kampar, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, Umno perlu mengambil peluang ini bagi membentuk siswa-siswi berjiwa patriotik yang benar-benar sayangkan negara. (mStar Online).  Mengapa tidak!  Inilah masa UMNO mengambil peluang memastikan anak-anak Melayu tidak tercicir untuk menara gading.  Susah sangat ke?  Itu kome pikio la dan bahas dalam dewan le..heeee....
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...