Wednesday, 30 January 2013

Isu Kalimah Allah Bukti Segelintir Ulama PAS Hanya Pada Serbannya


Isu kalimah Allah yang sedang panas kini sekurangnya dapat membuka mata hati kita untuk mengetahui bahawa bukan semua ulama dalam PAS layak untuk digelarkan sebagai ulama. Ulama adalah pewaris nabi, maka sesuai dengan gelaran pewaris itu, sifat dan akhlak mulia nabi seharusnya diikuti oleh para ulama.

Ulama adalah merupakan sumber untuk umat Islam menetap dan mengetahui sesuatu hukum dan jika golongan ini tiada, semua permasalahan yang memerlukan penyelesaian hukum adalah sukar untuk dicapai. Ulama juga merupakan pemimpin yang menegakkan Islam dan menyanggah sesautu perkara yang bertentangan dengan agama.

Tapi segelintir ulama yang ada pada masa kini terutamanya dalam PAS, mereka ini adalah merupakan ulama yang jahat. Rasulullah dalam hadisnya berkata bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal haram, mengetahui hak dan batil, memahami al-Quran serta al-Hadis tetapi sanggup mencampur-adukkan perkara hak dengan batil.

Inilah dikatakan ulama yang menyeleweng. Rasulullah pernah ditanya seorang sahabat, “Apakah amal perbuatan yang paling utama? Baginda menjawab: Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan. Sahabat berkenaan bertanya lagi: Manusia yang bagaimana yang paling buruk? Baginda menjawab: Ulama yang selalu membuat kerosakan.” (Hadis riwayat Jamaah)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rosaknya agama disebabkan tiga perkara iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad.” (Hadis riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).

Alangkah panasnya penyokong-penyokong PAS apabila sebarang kata-kata ‘ulama’ mereka disanggah oleh sesiapa. Malah penulis sendiri pernah dimaki hanya kerana menolak kepimpinan ulama tersohor PAS, Nik Aziz. Mereka kata Nik Aziz ini ulama dan seharusnya dihormati oleh umat Islam.

Fatwa-fatwa sampah yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ini, jika disanggah pun mereka akan marah. Sedangkan fatwa sampah itu kini telah tercalit pula pada mereka seperti fatwa bekerjasama dengan MCA adalah kafir. Kini mereka pula bekerja sama dengan DAP yang secara terang-terangan menyokong fahaman liberlisme dan selalu mengeluarkan kenyataan yang mempermainkan agama Islam.

Ulama kah itu?

Mempergunakan kubur mangsa tragedi berdarah Memali dengan meletakkan minyak pewangi dengan tujuan untuk menarik penyokong. Ulama kah itu?

Mengkafirkan orang-orang Islam yang lain (ahli UMNO) sedangkan kafirnya seseorang hanya urusan Allah sahaja. Ulama kah itu?

Dahulu kata mahu wujudkan negara Islam, hinggakan semua penyokong mereka percaya dan sanggup melakukan apa sahaja, tapi kini katanya pula negara Islam tiada dalam Al-Quran. Ulama kah itu?

Dahulu kata mahu laksana hukum hudud, hinggakan semua penyokong mereka percaya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan kerajaan yang didakwa mereka mempertahankan undang-undang penjajah. Tapi kini katanya hudud hanyalah 0.0001%, hanya juzuk kecil dalam perundangan Islam. Undang-undang penjajah ini pula mereka mahu mempertahankan dengan bekerjasama bersama Pakatan Rakyat. Ulama kah itu?

Baru-baru ini kata pihak sana boleh gunakan kalimah Allah, tapi kini buat kenyataan pusingan U pula. Baguslah! Alhamdulillah. Namun sebagai ulama, takkan lah perkara ini tidak boleh fikir awal-awal. Terus keluar kenyataan setuju untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. Ulama kah itu?

Banyak lagi lah. Buat sakit hati fikir lebih-lebih perkara-perkara bangang yang dilakukan oleh ulama PAS ini.

Tinggi mana pun penyokong PAS mengangkat Nik Aziz sebagai ulama, bagi penulis Nik Aziz ini adalah tergolong dalam golongan ulama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah.

Penyokong PAS anggap hanya seorang sahaja ulama dalam Malaysia ini. Hanya Nik Aziz! Hanya dia yang boleh keluarkan sebarang fatwa. Fatwa dari ulama lain semuanya tidak sah dan haram.

Walauapapun masih terdapat golongan ulama yang tulin dalam barisan kepimpinan PAS yang mana mereka ini yang seharusnya kita hormati bukan seperti ulama terompah ini.

Yang penting, kita harus menilai seseorang ulama itu pada ilmunya, pada adabnya, pada perlakuannya dan bukan pada serban dan jubahnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...