Tuesday, 29 January 2013

I am Yahweh, that is My name

Gambar Guan Eng lebih besar dari tokong
Teman nak kupaskan sikit mengenai tuntutan Guan Eng terhadap isu Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Guan Eng menjadi dalang utama bagi memecah belahkan umat Islam. Semenangnya itulah yang Guan Eng mahu. Teman cuba kutip beberapa keratan blog yang mungkin membuka minda kome semua. Persoalan, adakah Kalimah Allah wajar digunakan oleh agama Islam samada di Bible atau dimana-mana pun.

Oleh kerana teman kurang arif mengenai agama Kristian ni, teman telah menerjah Blog Helen Ang beberapa keratan yang mengupas serba sedikit tentang isu Kalimah Allah ini.



Khalifah Lim Guan Eng meletakkan diri di depan dalam sambutan Maulidur Rasul. Di samping mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul Allah, sejumlah 1,620, 000, 000 umat Islam di serata dunia menggelar Tuhan yang satu dengan nama Allah yang satu-satunya. Tiada seorang pun mengaku Muslim yang memanggil Tuhannya dengan nama lain selain Allah.

Buku Isaiah 42:8 dalam Bible menyatakan:
 I am Yahweh, that is My name;
I will not give My glory to another
or My praise to idols.

Kalau dalam bible bahasa Inggeris, Tuhan sudah menggelar diri-Nya “Yahweh” serta Dia menyuratkan “that is My name”, kenapa evangelis di semenanjung bermati-matian mengatakan bahawa tuhan orang Kristian bernama Allah?


Teman rasa petikan ini cukup membuka minda kome semua. Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...