Sunday 4 November 2012

GEMPAR! USTAZ MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BIADAP DI KHALAYAK RAMAI!



Tadi di majlis penyerahan bangunan Wakaf Setee Aishah Seberang Jaya..akan menghuluskan tangan berjabat salam seorang ustad..sambil tu aku cium tangan..tetiba..di kata,"awat cium tangan,cium kaki la"?...(Bongkak3...).  Kome tengok le ceghite ni. Teman agak-agak deme dah tak tau nak kata apa-apa kot..haha..

Satu perkembangan terbaru tentang masaalah dalaman PAS Pulau Pinang dan ianya didedahkan oleh blogger pro-PAS sendiri!

Tajuk entri itu ialah "MENGAPA TAK CIUM KAKI SAYA - AFNAN TAIB AZAMUDIN HINA WARGA EMAS DI DALAM MAJLIS RASMI". Di antaranya :


"Kenapa cium tangan, cium kaki la" Itulah kata kata yang terkeluar dari mulut Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang serta exco Dewan pemuda Pas Pulau Pinang Afnan Taib Azamudin.

Beginilah biadapnya seorang yang kononnya ustaz terhadap orang yang lebih tua darinya. Bukan saja biadap malah kurang ajaq bila tutur kata yang tidak sepatutnya keluar dari orang yang bertitle ustaz.

Lebih celaka lagi bila kata kata penghinaan ini di terbitkan di khalayak ramai malah di dalam majlis rasmi kerajaan.
Selain daripada itu, blogger pro-PAS itu juga menulis : 
Kejadian ini berlaku di dalam majlis perasmian Wakaf Seetee Aisah yang turut dihadiri oleh TYT Negri Pulau Pinang serta beberapa orang Exco serta Adun dan tetamu VIP.

Inilah contoh aklak seorang ahli majlis agama Islam Pulau Pinang yang di sebelum ini memandang rendah malah menghina YDP majlis agama islam yang lama iaitu Abdul Malik Kassin kerana kononnya orang PKR tak tahu agama dan tak layak pegang jawatan yang melibatkan agama Islam.

Inilah hakikatnya yang ada pada dirinya, bukan saja seorang hipokrik malah dia juga punya perancagan jahat dengan menjadikan orang lain sebagai boneka untuk dia naik ke atas.

YDP Majlis Agama Ustaz Salleh Man hanyalah boneka kepadanya untuk meneruskan langkahnya yg seterusnya. KP Pulau Pinag Yusni Mat Nikah juga telah di pijaknya untuk melangkah masuk ke dalam Exco Pemuda Pas Pusat.

Beberapa orang ketua pemuda pas kawasan yang cuba membangkangnya juga telah di bubarkan lujnah yang di pengerusikan mereka agar ketua2 pemuda pas kawasan ini tidak lagi berfungsi di dalam exco pemuda negeri -sumber
Apakah benar Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga pemimpin muda Pas negeri itu bersikap biadap dan kurang ajar? 

Takkan blogger pro-PAS itu sengaja mereka-reka cerita yang menjatuhkan pemimpin parti sendiri?

Dan cukuplah dengan Lim Guan Eng DAP yang C.A.T - Cocky, Arrogant dan Tidak boleh dipercayai Kita tidak perlu ada lagi ada seorang!

Teman amik di http://novandri.blogspot.com/2012/11/gempar-ustaz-majlis-agama-islam-negeri.html#more

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...