Showing posts with label Projek Terowong Dasar Laut. Show all posts
Showing posts with label Projek Terowong Dasar Laut. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

BREAKING NEWS: Penduduk Parlimen Bagan Bantah Guan Eng Buat Terowong


Lebih 100 nelayan pesisir pantai Bagan Ajam di sini, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang meminggirkan mereka dalam cadangan pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Ketua Unit Nelayan Bagan Ajam, Mazlan Abdul, 45, berkata, kerajaan negeri tidak memikirkan masalah golongan itu termasuk risiko hilang punca pendapatan sekiranya projek tersebut diteruskan.

"Bagaimana kami mahu mencari rezeki selepas ini kerana bot dan sampan kecil kami tidak dapat belayar jauh sekiranya projek itu dilaksanakan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi itu hari ini.

Mazlan berkata, projek itu juga berisiko menjejaskan lebih 1,000 nelayan di Ujong Batu dan Kuala Muda yang sering ke Bagan Ajam untuk menangkap ikan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Tajuddeen Ibrahim menyifatkan projek tersebut hanya membazirkan wang rakyat kerana manfaatnya yang tidak jelas.

Malah, katanya, projek itu juga bakal menyebabkan lebih 6,000 penduduk di kawasan pesisir pantai Bagan Ajam terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek tersebut.

"Jika untuk pembangunan, kami penduduk di sini beranggapan kawasan Bagan Ajam sudah cukup membangun.

"Saya beranggapan ini semua hanyalah usaha meraih perhatian pengundi kerana pilihan raya umum sudah semakin hampir," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Belia Nelayan Bagan Ajam, Ibrahim Shah Nasir, 33, berkata, projek terowong dasar laut tersebut akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan sekali gus mengganggu rutin kehidupan penduduk di kawasan berkenaan.

"Jika masa yang diambil untuk menyiapkan projek ini terlalu lama, pastinya akan menyebabkan pembaziran dan adalah lebih baik kerajaan negeri menggunakan peruntukan itu untuk membina perumahan rakyat," katanya.
-

Saturday, 30 March 2013

HOT NEWS! Stubborn and Errogant! Projek Terowong Guan Eng Yang Punya!

Ini Guan Eng banyak degil woo! Stubborn! Tokong! oppsss. Apa tujuan Guan Eng buat terowong? Nak bagi kroni makan ke? Apakah sudah sesak sangat sehingga Jambatan kedua  yang sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan.


Bantah projek terowong ni dah ramai. Sampai nelayan pun bantah hingga boleh menjejaskan pendapatan hasil tangkapan. Tapi Guan Eng degil jugak sebab dia adalah tokong! Oppss. Sepatutnya Guan Eng kena tengok dulu sejauhmana kesan Jambatan Kedua apabila dibuka nanti baru lah boleh menilai samada keperluan untuk membina jambatan ketiga atau terowong. Jika Jambatan Kedua sudah pun mencukupi menampug traffic,  jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar? 

Jadi Guan Eng sengaja mencari jalan untuk memberikan projek kepada kroni-kroni waima syarikat RM2 sekalipun. Yang penting massyukkk!!!!


-

Thursday, 28 March 2013

Aloo Apek! Apasal Lu Silap Taip! Adeeh!!!


SEORANG rakan penulis yang pro pembangkang begitu prihatin dengan semua alasan kerajaan BN bila bercakap tentang keputusan yang besar dan penting.

Antara yang penulis ingat ialah bila kerajaan mengurangkan subsidi gula sebanyak RM 0.20 atas alasan nak mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat, dia menyatakan itu alasan paling bodoh dia pernah dengar.

Tapi bila penulis minta dia tunjukkan seorang pun rakyat Malaysia ini yang jadi merempat kerana kenaikan harga gula tersebut, dia gagal dan mengubah topik cerita kepada yang lain.

Standard biasa pembangkang.

Bagaimanapun, penulis bukan nak tulis tentang kenaikan gula, tapi tentang cara dia menggelarkan alasan kenaikan tersebut sebagai alasan bodoh tanpa langsung berfikir panjang, seolah-olah jawapan itu memang sudah difikirkannya sepanjang malam.

Hari ini, sekarang ini, bila DAP, komponen pembangkang sendiri bagi begitu banyak alasan bodoh untuk tutup kesilapan sendiri, rakan penulis tadi tak berdecit sedikit pun.

Dan bukan dia seorang sahaja, yang lain pun macam itu juga.

Bayangkanlah berapa juta orang dalam dunia guna Excel untuk mudahkan urusan kerja mereka tanpa banyak komplen, tiba pada DAP, kira undi lebih sikit 1,800 orang perwakilan pun boleh tersilap.  Tak pasal budak cina nama Melayu yang duduk tempat ke 32, melompat naik ke kedudukan 20.

Siapa di kalangan pembangkang hari ini nak kata itu alasan bodoh?

Ingat kita perkara itu berhenti disitu saja, rupanya tidak.  Bila BN persoalkan kenaikan kos pembinaan terowong bawah laut (bertol) dan 3 lebuhraya baru  yang dicanang untuk dibina DAP di Pulau Pinang, Guan Eng beri alasan bodoh lagi, kali ini silap taip.

Isunya disini bukan cerita Excel atau salah taip, tapi nak menunjukkan  betapa angkuhnya parti ini sehingga bila dia beri alasan yang belum tentu budak tadika percaya pun, tidak ada di kalangan penyokong mereka yang berani mempersoalkan perkara tersebut.  

Jangan UMNO kang, cakap betul pun, diputar belit sehingga dia sendiri pun tak faham.

Keangkuhan sama menyaksikan pemimpin DAP ramai-ramai keluar dari kawasan selamat masing-masing di Perak untuk bertanding di Johor, terutama di kawasan yang mana populasi cina melebihi 40%.  Kononnya dengan berbuat demikian, mereka boleh tambah kerusi parlimen.  

Rakyat Johor terutamanya, patut ambil peluang ini untuk membersarakan pemimpin-pemimpin veteran pembangkang ini.  Biar kita tunjuk sikit akibat dari keangkuhan mereka dan bagaimana orang Melayu bersatu menolak parti perkauman tegar seperti DAP ini.

Mykmu.net
-

Thursday, 21 March 2013

BONGKAR! Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Penipu Besar


Benarlah bagai dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Maksudnya ia sekadar tawaran sebagai umpan politik kepartian yang tidak wajib ditunaikan sebaliknya hanya untuk dimungkiri kemudian di capati.

Sebab itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya pada awal Mac 2013 lalu, tak ramai yang teruja kerana tahu itu hanya sandiwara untuk mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya sahaja.

Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP.

Tapi khalayak ramai tidak mudah lupa sekitar bulan November 2011 dulu, Ketua Menteri yang sama jugalah telah menyatakan kos pembinaan terowong bawah laut itu kelak akan diperoleh semula modalnya melalui kutipan tol.

Siapa yang perlu membayarnya? Tentu sahaja penggunanya. 

Semasa Guan Eng berbangga membuat pengumuman tersebut semestinya Setiausaha Agung itu pun sudah lupa kenyataan lamanya yang sudah berusia lebih dua tahun. Itu kebiasaan orang politik yang gila publisiti dan banyak bercakap bila saja menjelang pilihan raya tapi bab kerja buat amat kurang.

Menariknya baru sahaja 25 Februari 2013 yang lalu PR yang melancarkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang antara lain kandungannya ialah menghapuskan kutipan tol konon demi kesejahteraan hidup rakyat. Tika itu juga gah berkokok sakan segelintir penyokong PR meraikannya.

Hakikatnya, PR sendiri hanya pandai menabur janji, bila berhasrat nak membina terowong angan-angan kutipan tol tetap juga wujud. Semasa sesetengah pemimpin PR yang lain sibuk mempromosikan janji manis untuk menghapuskan kutipan tol, DAP pula terus berkeras untuk membina terowong dasar laut yang bertol.

Akhirnya jadilah manifesto bukan perjanjian seperti mana diungkapkan oleh pemimpin PR dari Selangor. 

Patutlah semasa sesi dialog antara Guan Eng dengan rakyat berhubung projek mega berharga RM6.3 bilion itu baru-baru ini, dapat dilihat reaksi negatif di kalangan peserta yang tampak meragui kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merealisasikannya.

Rakyat tidak teruja dengan projek itu kerana ia tidak hanya satu pembaziran wang rakyat tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir nak siap, tapi ia juga bukti nyata yang pemimpin PR memang juara membohongi rakyat.

Sumber
-

Tuesday, 19 March 2013

PANAS! Terowong Dasar Laut Guan Eng Dikenakan Tol! Uiks! Sudah Tukar Ka?

Adeehh! Pelik sungguh la Guan Eng ni! Jambatan Pulau Pinang desak Kerajaan Pusat hapuskan Tol tapi dalam masa yang sama Projek Terowong Dasar Laut yang dicadangkan oleh Guan Eng dikenakan Tol pulak! Aduuh! Sakit kepala! Kenapa ek!! Cakap  Berbelit-belit la lu ni!

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...