Monday, 4 February 2013

Sejak Bila Pakatan Rakyat Pandai Pakai Undang-Undang?


Teman yakin Pakatan Rakyat sebenarnya dah serabut. Takut akan sokongan rakyat kepada BN meningkat. Dengan sendirinya Pakatan Rakyat sendiri mengakui Kerajaan BN telah mendapat tempat yang terbaik di hati pengundi dan rakyat Malaysia. 

Isu terbaru, tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang dan banner Rumah Terbuka Tahum Baru Cina di Pulau Pinang mendapat respon daripada Menteri Pelancongan Dato Sri Dr Ng Yen Yen. Ng Yen Yen menempelak MPSP kerana telah menurunkan kain rentang tersebut. Sebaliknya seorang ahli majlisnya, Steven Sim mendakwa Ng Yen Yen menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang dan  pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada hari itu.

Adeehh! Mengapa la bodoh sangat sampai dah mengubah isu sebenar. Apa kaitan teguran menteri Pelancongan tu dan isu menghina pulak ni. Nampaknya bodoh sangat Ahli Majlis MPSP ni. Pandai la pulak mengalih isu berkaitan undang-undang tempatan. Ok fine. Jika mahu melaksanakan undang-undang tempatan, mengapa hanya kain rentang kepunyaan BN sahaja yang diturunkan? malah ada banyak lagi kain rentang yang bertaburan di Pulau Pinang tanpa mendapat permit MPSP ataupun MPPP terutamanya dari parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tambahan lagi, bendera-bendera PKR, PAS, DAP bersusun-susun di jalanraya utama di Pulau Pinang tanpa mendapat permit Majlis Perbandaran. Cuba jawab sikit...heee..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...