Thursday, 3 January 2013

Siapa Yang Tak Setuju, Boleh Blah!



Teman terima satu komen yang menarik perhatian. Teman rasa wajib dibaca dengan hati yang terbuka dan minda yang lapang. Buang segala emosi dan amarah yang ada pada diri kita supaya Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Dari LOL

Kita semua sibuk dengan isu ini, tapi ramai diantara kita yang tidak dapat membahaskannya secara tepat selain dari menyatakan ianya berdasarkan "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan". Sedangkan dari kecil kita telah diajar membaca dua surah penting dalam Al-Quran i.e. Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun. 

Surah Al-Ikhlas menegaskan demikian:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Surah ini dengan jelas menolak fahaman kristian tentang konsep triniti i.e. Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus. Serta Allah SWT itu tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun.

Surah Al Kafirun pula menegas seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.

Surah ini menegaskan perbezaan yang nyata tentang Islam dan agama oran-orang kafir.

Jadi kalau ada rakan-rakan bukan Islam bertanya tentang ini, tunjukan kepada mereka 2 surah ini. Al Quran bukan macam bible yang banyak versi. Al Quran itu terpelihara dari dahulu hingga akhir zaman dan isi kandungannya tak boleh diubah dan ditafsir sesuka hati.

Kalau mereka kata kenapa di Indonesia boleh, suruh dia orang duduk kat Indonesia dan bukan disini. Kerana undang-undang negara ini telah termaktub dimana Islam itu sebagai agama rasmi negara. Jadi kalau nak ikut undang-undang lain, elok berpindah ke negara lain. Ibarat duduk di Malaysia tapi nak ikut undang-undang Singapore, mana boleh. Jangan nak samakan negara ini dengan negara lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...