Monday, 3 December 2012

PANAS! NGAR KOR MING MELOMPAT KATAK



Selama ini…tidak banyak cerita-cerita tentang DAP Perak dibincangkan dalam media berbahasa Melayu terutamanya dalam blog-blog pro Pakatan. Dalam blog pro-Umno juga, cerita-cerita tentang DAP ahnayalah bersifat provokatif yang bertujuan untuk menghakis sokongan orang Melayu terhadap DAP dengan tulisan-tulisan yang rasis.

Dikalangan blog-blog pro Pakatan, kebanyakan bloggers adalah terdiri dari orang-orang PKR atau PAS, yang menyebabkan cerita-cerita dalam DAP langsung tidak kedengaran. Ini memberikan persepsi positif seolah-olah semuanya aman dan bagus dalam DAP.

Keretakan dalam DAP Perak telah berlaku sejak lama dulu. Malah, sebelum PRU 12 lagi, sudah berlaku pergeseran apabila Fong Po Kuan tidak disenaraikan untuk bertanding di Batu Gajah. Sejak itu, pergeseran terus berlaku sehingga sekarang dimana kemarahan ahli-ahli DAP dapat dilihat semasa Mesyuarat Agung Tahunan DAP pada 23 September lalu.

Joceline Tan menulis dalam The Star.

Many people at the convention were stunned at the number of delegates who criticised Ngeh’s handling of a variety of issues. Such open criticism is quite unprecedented because the cousins run Perak DAP with an iron glove.

Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Joceline bahawa DAP Perak diperintah oleh Nga dan Ngeh secara kukubesi. Tidak ada siapa yang bernai melawan dua saudara ini kerana mereka mereka mempunyai imej bersih. Mereka merupakan orang kepercayaan Guan Eng dan Kit Siang. Tambahan pula, Pas Perak memberikan sokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua ini.

Tapi, tanpa disedari, sokongan yang kuat kepada mereka berdua telah menyebabkan mereka menjadi angkuh dan sombong. Apa yang diputuskan oleh Nga dan Ngeh adalah wahyu yang tidak boleh dipersoalkan. Dan ini yang menyebabkan mengapa semakin ramai ahli-ahli DAP menyimpan dendam terhadap mereka berdua.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang unik dalam DAP ialah mereka yang tidak berpuashati.. tidak pula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka secara terbuka. Mungkin kerana disiplin..ataupun takut dipancung oleh Nga dan Ngeh. Walaubagaimanapun, mereka tidak berdiam diri dan hanya menunggu masa untuk melondehkan Nga dan Ngeh.

Aku tau, bila aku mendedahkan perkara ini, sudah pasti akan ada orang yang berkata..MSK nak runtuhkan Pakatan Rakyat. Mediaperak dah jadi ejen Umno.

Aku juga tau risiko bila melondehkan pemimpin DAP. Seorang blogger dari Mediaperak sudahpun menerima saman sebanyak RM1 juta kerana menulis tentang Lee Chee Seng, Pengerusi DAP Cawangan Taman Kaya. Seorang blogger Umno juga menghadapi saman RM10 juta dari Nga Kor Ming, dan aku juga pasti, Nga Kor Ming akan menyaman Mediaperak kerana mendedahkan skandal ini.

Tidak ada siapa yang mengaitkan keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tahun 2009 kerana Matsamankati. Tidak ada siapa yang mengaitkan pergeseran antara Pas, PKR dan DAP kerana Matsamankati. Semuanya berlaku kerana pemimpin Pakatan itu sendiri.

Bila PR Perak runtuh, yang dipersalahkan ialah tiga orang yang melompat. Siapa yang pilih depa untuk menjadi calon? Apakah ADUN-ADUN yang melompat ini dipilih oleh Matsamankati?

Apakah Jamal dan Osman melompat sebab disuruh oleh Matsamankati?

Apakah Hee Yit Foong melompat sebab Matsamankati?

Sekurang-kurangnya PKR mengambil tindakan menyingkir Pengerusi PKR Perak Hj. Osman Abd Rahman kerana gagal mengurus Jamal dan Osman..tapi dalam DAP, tak ada siapa yang berani meminta Ngeh meletak jawatan atau ditukarkan. Ngeh tak bersalah. Yang salah Hee Yit Foong. Ngeh sepatutnya meletakkan jawatan kerana kegagalan mengurus Hee Yit Foong.

Apakah jaminan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU akan datang mempunyai kredibiliti dan personaliti yang bersih? Bagaimana kalau calon-calon yang bertanding nanti penuh dengan skandal dan skandal-skandal ini meletup selepas penamaan calon, ataupun selepas menang PRU?

Aku juga pasti akan ada yang tanya..mengapa sekarang baru nak dedah..terutama bila dah dekat nak pilihanraya?  Wei..hangpa tau ka bila nak pilihanraya?

Dari bulan November tahun lepas macam-macam aku nak tulis, tapi orang suruh aku slow sikit sebab nak pilihanraya..Bila aku slow, ada orang yang naik tocang.

Dalam Mesyuarat agung tahunan DAP Perak pada 23 september lalu, ramai orang berpendapat bahawa kecaman terhadap Ngeh adalah kerana tweet yang dibuat oleh Ngeh. Ramai orang ingat bahawa orang DAP tak puashati kepada Ngeh. Salah.

Bagi setiap pemimpin, selalunya yang membawa masalah ialah sidekicknya.

Orang Umno marah kat Najib bukan pasal depa tak suka Najib…tapi depa tak suka Rosmah…bini dia.

Masa Pak Lah jadi PM dulu, orang tak marah kat Pak Lah tapi marah kat Khairy..menantu dia.

Sama juga dalam DAP Perak, Ngeh terpaksa menjadi punching bag kerana Nga…sepupu dia.

Orang-orang DAP Perak marah kat Nga..bukan kat Ngeh…sebab Nga yang cuba menguasai semua orang dalam DAP. Apa cakap Nga mesti ikut..kalau tak ikut kena pancung.

Seminggu selepas Mesyuarat Agung Tahunan DAP Perak, Nga Kor Ming tiba-tiba membuat komen dalam Twitternya.


Mengapakah Nga membuat komen diatas dalam Twitternya? Apakah benar sudah ada komplot untuk menjatuhkan Ngeh?


Bohong.

Nga sudah tahu bahawa sudah ada ramai orang yang menghalakan muncung senapang untuk “menembaknya”. Dengan cepat dia cuba mengalih perhatian orang dengan mengaitkan Ngeh.

Apakah alasan untuk menganiaya Ngeh? Kalau disebabkan oleh tweet yang dibuat oleh Ngeh yang menjadi isu itu…apa kaitannya dengan SPRM? Apakah Ngeh terlibat dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa?

Nga sengaja mengalih perhatian dan berharap Ngeh akan disiasat.

Nak siasat Ngeh buat apa? Aku sendiri percaya Ngeh masih bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tapi..Nga berharap supaya Ngeh disiasat sebab dia pasti ngeh akan didapati tidak bersalah dan kemudian dia akan berceramah kemerata tempat dan berkata, “Tengok…pemimpin DAP bukan gila kuasa, bukan gila wang.” Ngeh selamat.

Tapi Nga belum tentu selamat. Mediaperak akan membongkar kisah-kisah Nga dalam DAP. Dan untuk mencari klu tentang apakah yang akan dibongkarkan, perhatikan gambar dibawah.
Dari kiri:  Lee Chee Seng, Wong Kar Woh, Lim Kit Siang, Ngeh Koo Ham, (tak dikenali), Nga Kor Ming

Lee Chee Seng adalah Pengerusi DAP Cawangan Taman Kaya. Taman Kaya terletak dalam DUN Canning dan ADUNnya ialah Wong Kar Woh. DUN Canning terletak dalam Parlimen Ipoh Timur dimana MPnya ialah Lim Kit Siang. Ngeh Koo Ham adalah Pengerusi DAP Perak.


Siapa Lee Chee Seng dan apa kaitannya dengan  Nga Kor Ming ?

Teman Kutip Dari Media Perak



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...