Thursday, 6 December 2012

Banyak Sangat Ustaz,Ustazah Segera, Bagi Fatwa Palsu



Teman tak tau nak kata, terlalu banyak ustaz dan ustazah segera timbul satu persatu.  Ada berbagai latarbelakang termasuklah artis yang dah tak laku.  Persoalan timbul, siapa yang tauliah deme ni, teman pun tak tau.  Tapi yang pastinya, masuk je Parti PAS, semacam tauliah untuk deme ni berceramah dan memberi fatwa yang bukan-bukan.  Mana le deme belajo tidak diketahui.  Ada latarbelakang bekas artis ni pun menjijikkan, pun boleh fatwa, boleh kafirkan orang lain.  Dah kira hebat la tu!

Lepas ni teman pun tak heran, kalau ada pulak artis masuk PAS jadi ustaz dan ustazah segera pulak, sebab PAS boleh tauliahkan deme ni mengajar agama dan bagi fatwa.  Lumayan jugak hasil pendapatan deme ni, lebih daripada pendapatan semasa jadi artis dulu-dulu.  Bukan susah pun, pergi ceramah, jadi pelawok sikit-skiti, buka sikit ayat Al-Quran dan Hadis, keluarkan fatwa.  Duit deme kutip pakai Tin MILO je.  Teman dengo-dengo deme boleh dapat dari hasil ceramah ribuan ringgit semalam.  Lumayan beb!.  Boleh beli ferarri la lepas ni kot.heeeee...

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta Adun di setiap kawasan memantau kehadiran `ustaz dan ustazah segera’ untuk memastikan keadaan itu dapat dikawal.

Adnan berkata, kemunculan golongan terbabit yang tidak dibekalkan ilmu tinggi dalam agama, tetapi giat menyampaikan ceramah berdasarkan pengalaman selepas berhijrah harus dipantau.

Menurutnya, aktiviti golongan terbabit boleh disifatkan bertujuan mencari makan (meraih pendapatan) walaupun tidak mempunyai ilmu agama secara formal untuk membimbing masyarakat.

“Oleh itu, saya harap Adun memantau keadaan ini supaya tidak berlaku penyelewengan akidah dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shahaniza Shamsudin (BN Kuala Sentul).

Terdahulu, Adnan menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing), mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme yang mengancam agama Islam termasuk agama lain.

Adnan berkata, keadaan itu disebabkan mereka liberal dan tidak mahu terikat dengan mana-mana ajaran serta hukum-hakam agama masing-masing.

“Fahaman terbabit menganjurkan pengikutnya terutama umat Islam supaya membebaskan diri daripada kepercayaan, peraturan dan undang-undang Islam yang menjadi asas keimanan serta ketakwaan kepada AllahSWT.

“Pada masa sama, fahaman mereka menghalalkan pergaulan bebas, perkahwinan sejenis, perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran lain kononnya atas nama individu serta hak asasi manusia,” katanya.

Beliau berkata, jika dibiarkan menular, perkara itu akan menyebabkan berlakunya keadaan apabila masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...