Sunday, 30 December 2012

GUAN ENG KANTOI DENGAN HUSNI HANADZLAH



Rakyat tidak perlu bimbang peningkatan hutang negara seperti digembar-gemburkan pembangkang kerana kerajaan mampu mengurus dan membayarnya. 

Kerajaan juga perlu membuat pinjaman bagi melaksanakan pelbagai pembangunan, terutama yang memberi impak besar dan kesan berganda kepada ekonomi negara. 

Namun, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan sentiasa mengukur kemampuan membayar balik dengan mengambil kira pelbagai faktor. Jika tidak membuat pinjaman, kita tidak dapat laksanakan pembangunan. Jika mahu ia mesti dalam kemampuan kita untuk bayar balik. Sepanjang pengetahuan saya, kita belum pernah gagal (membayar hutang), katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, di sini semalam. 

Ulas kritikan 

Beliau mengulas kritikan pemimpin pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Bajet 2013 tidak mengambil kira situasi ekonomi negara selain menyebut hutang negara mencecah RM502 bilion. 

Mengikut Laporan Ekonomi 2012/2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada 53.7 peratus daripada KDNK tahun ini. Jumlah hutang dijangka meningkat 10.1 peratus kepada RM502.4 bilion disebabkan pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan. 

Husni berkata, keputusan membuat pinjaman bergantung kepada beberapa faktor termasuk tempoh pinjaman serta kemampuan kos belanja mengurus untuk menyerap hutang. 

Katanya, dasar kerajaan memastikan jumlah hutang kerajaan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK. 

Pinjaman bukan hanya melihat kepada nisbah KDNK, malah banyak faktor termasuk kemampuan dan tempoh pinjaman. Kita pastikan dari segi tempoh itu kita selesa untuk membayarnya, katanya. 

Sementara itu, Husni berkata, keputusan kerajaan menyerahkan peranan menyediakan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada bank untuk kebaikan negara. 

Kurangkan perbelanjaan 

Kita melaksanakan sistem konsolidasi fiskal iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang akhirnya dapat mengurangkan defisit dan paras hutang. Kita sudah berbincang dengan bank dan bersetuju mengambil alih peruntukan, iaitu mereka menyediakan pinjaman dan kerajaan hanya menyediakan subsidi. 

Ini bermakna, caj pinjaman perumahan biasanya empat peratus dan jika lebih daripada itu, kerajaan akan beri subsidi, katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...