Friday, 29 March 2013

TERKINI : Kampung Tanduo Hanya Tinggal Nama


Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu.
Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini.
Jarak antara Kampung Sungai Mira dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer.
Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat.
Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri.
-

HOT NEWS! Kerajaan Negeri Selangor Catat Sejarah Baru Pentadbiran


Belum pernah terjadi keadaan di mana sesebuah kerajaan negeri menghalang kerja – kerja penambahbaikan perkhidmatan yang sangat penting dan bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat di bawah naungannya. Kerajaan Negeri Selangor saat ini sedang mencatat sejarah sebagai ‘kerajaan yang paling prihatin dalam dunia’. Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dengan meluluskan program – program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat, bukan hanya ghairah mempolitikan apa sahaja.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan Kerajaan Negeri menghalang program – program naiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek – projek baru system agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS adalah tidak wajar dan sangat kejam.

Selain itu, kerajaan bertindak dengan bangganya menghalang kenaikan tariff, tetapi pada masa yang sama melemparkan tuduhan SYABAS tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menaik taraf system bekalan air sedangkan apa yang berlaku ialah Kerajaan Negeri sendiri menghalang program naik taraf dan menangguhkan kenaikan tariff.

Di samping itu, ketika pihak – pihak tertentu hanya berminat untuk menunding jari dan menyalahkan SYABAS tanpa apa – apa tindakan diambil untuk menyelesaikan isu ini, SYABAS telah pun memajukan cadangan dan mendapatkan kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur. Kerja – kerja pintasan ini telah dilaksanakan mengikut kaedah ‘fast track’ dan telah siap serta mula beroperasi satu hari lebih awal dari jadual asal.

Seterusnya, bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan – kawasan AU3 dan kawasan – kawasan di sekitar lembah kelang yang terjejas. Pintasan ini sebenarnya tidak perlu dibuat sekiranya projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual ataupun rumah pam tambahan yang dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Negeri  untuk dibangunkan pada bulan Mac 2012, dilaksanakan dengan lebih cepat dan bukan sekadar pada peringkat rekabentuk sahaja selepas 9 bulan berlalu.

Sebagai langkah jangkamasa sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS juga bercadang untuk melakukan kerja – kerja menaiktaraf di rumah pam sedia ada di Wangsa Maju. Kertas cadangan untuk kerja ini telah pun dihantar kepada pihak SPAN untuk kelulusan.

SYABAS juga berharap Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang – undang untuk membantu menyelesaikan masalah – masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini. Perlu ditegaskan disini bahawa SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat – syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Suara Generasi Baru
-

PANAS! Guan Eng Ditolak Mentah-Mentah Oleh Kaum Cina


Kaum Cina di Pulau Pinang sendiri bengang dengan Guan Eng, adakah ini petanda negeri tersebut akan kembali kepada Barisan Nasional selepas PRU13 nanti?

Semuanya gara-gara sikap Guan Eng yang bagaikan tokong, tidak mempedulikan pendapat orang lain. Bukan sekadar isu terowong bawah laut yang heboh diperkatakan kini, malahan pelbagai lagi isu lain yang semakin hari semakin menunjukkan sifat kuku besi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Jika sebelum ini Guan Eng sentiasa berbangga dan bermegah kononnya sokongan kaum Cina kepada DAP adalah sangat tinggi, kini beliau terpaksa berfikir dua kali untuk berbuat begitu lagi.

Walaupun para pecacai Pakatan Pembangkang begitu mengagungkan Guan Eng sehinggakan isu kalimah Allah yang pada awalnya dibangkitkan oleh beliau supaya dibenarkan penggunaannya di dalam Bibble turut mendapat sokongan mereka sungguhpun mereka itu sendiri beragama Islam.

Malahan, sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut, walaupun orang tersebut bukan penyokong kerajaan Barisan Nasional, pasti akan dituduh sebagai macai UMNO.

Mungkin istilah hukum karma sesuai digunakan untuk menggambarkan kedudukan Guan Eng kini. Jika satu ketika dikatakan kerajaan Barisan Nasional begitu yakin Pulau Pinang akan sentiasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kini perkara tersebut berbalik kepada DAP pula.

Tidak mustahil selepas PRU13 nanti Pulau Pinang akan kembali kepada Barisan Nasional. Apatah lagi kaum lain juga ramai yang marah dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam pentadbirannya.

Bukan sahaja janji-janji tidak ditunaikan, bahkan sedikit demi sedikit golongan berpendapatan rendah diusir secara halus daripada Pulau Pinang dengan pembinaan rumah mampu milik yang berharga ratusan ribu ringgit yang sememangnya tidak mampu dimiliki oleh golongan ini.

Duit rakyat untuk kegunaan rakyat. Kos pembinaan terowong bawah laut dan tiga lebuhraya menggunakan duit rakyat yang meningkat melebihi daripada kos asal yang diumumkan sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi projek tersebut tidak memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pendapat.

Walaupun Guan Eng berbelit lidah mepertahankan diri mengatakan angka yang menjadi pertikaian orang ramai merupakan kesilapan taip, itu tidak mampu mengalihkan isu pembaziran duit rakyat dari terus diperkatakan.

Adakah ini petanda DAP bakal kehilangan Pulau Pinang selepas PRU13 nanti? Sama-sama kita nantikan…

Suara Generasi Baru
-

TERKINI : Penduduk Tanjung Batu Dibenarkan Melihat Kampung



Lebih 30 keluarga dari Tanjung Batu buat pertama kali dibawa melihat kampung halaman mereka hari ini selepas insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Kiram.

Kumpulan penduduk dibawa masuk dengan diiringi anggota keselamatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Penduduk Kampung Tanjung Batu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata, hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.


-

LIMA'13 diserbu peminat pesawat pejuang


Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) hari ini sesak apabila diserbu orang ramai termasuk murid sekolah yang tidak sabar menyaksikan pertunjukan udara secara langsung oleh juruterbang profesional.

Pengunjung tiba seawal pukul 8 pagi bagi memastikan mereka dapat membeli tiket yang laris ibarat pisang goreng panas yang berharga antara RM5 dan RM10. - KOSMO!
-

Kesian! Rakyat Kedah Kena Tipu Bulat-Bulat Dengan Ulama Pembohong!



MasyaAllah! Apa nak jadi dengan pak lebai berkopiah Pas Kedah ini, dalam buku terbitannya yang bertajuk ‘Sayangi Kedah’, yang secara jelas menunjukkan bahawa mereka telah berbohong dengan berkata bahawa kerajaan negeri telah membina 12 buah masjid di Kedah. Maka menjeritlah para pencacai mereka keseronokan kerana merasakan ‘fakta’ tersebut dapat digunakan untuk ditebarkan kepada masyarakat bagi menolak BN/Umno.

Namun apa yang tidak di ketahui oleh para pencacai ini ialah, mereka telah ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pemimpin yang diangkat sebagai ulama itu. Ternyata serban dan jubah yang dipakai itu tidak menghalang pimpinan mereka melakukan perkara keji semata-mata untuk mengharapkan sokongan agar terus diberi peluang mentadbir kerajaan negeri.

Walaupun ada yang mengatakan Pas yang selama ini kononnya berjuang atas landasan Islam main wayang kerana sanggup mempolitikkan agama Islam semata-mata demi kepentingan kuasa politik sekutu DAP dan PKR. Namun penulis merasakan mereka bukan setakat bermain wayang, tetapi tergamak ‘melacurkan’ hanya untuk memastikan mereka terus berada dipuncak kuasa.

Sedangkan pada hakikatnya, berdasarkan fakta diperoleh, sebenarnya kesemua masjid yang dinyatakan di dalam buku tersebut telah dibina oleh kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pembohongan yang jelas dan nyata ini telah dibuktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan terhadap pembinaan masjid yang dinyatakan itu.

Bukanlah niat untuk mempertikai bantuan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat itu, kerana umum mengetahui ia adalah merupakan wang dan hak rakyat sebagai pembayar cukai. Namun apa yang dipertikai ialah tindakan Azizan cuba menipu rakyat. Inilah yang dinamakan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.

Tambahan pula, apa kejadahnya, Pas Kedah yang diketuai Ustaz Azizan lakukan, sepanjang tempoh pentadbiran bermula dari 2008? Apakah hanya menghabiskan harta rakyat dan menjual aset kerajaan?

Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan mengucap banyak kali bila membaca pendedahan tersebut nama saja parti Islam tapi pasal masjid pun nak menipu. Ini ke ciri-ciri pemimpin Islam yang perlu kita sokong dan agung-agungkan?

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah mungkin seorang mukmin bersifat penakut?” Beliau menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda SAW. ditanya lagi, “Apakah mungkin ia bersifat kikir?” Nabi SAW. menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda ditanya lagi, “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pembohong?” Nabi SAW. menjawab, “Tidak, tidak mungkin.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Sedutan hadith di atas memberi gambaran bahawa seseorang yang mukmin itu tidak akan sama sekali bersikap pembohong. Maka malang buat penyokong Pas khususnya rakyat Kedah kerana telah ‘dianugerahkan’ dengan pemimpin pembohong yang jelas bukan seorang yang mukmin.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) takkan pemimpin pak haji berkopiah yang bertopengkan syaitan sebegini yang rakyat Kedah nak undi? Mari kita beramai-ramai tolak pemimpin sedemikian rupa yang jelas berselindung di sebalik tabir Islam untuk menghalalkan

Pas semakin terdesak. Tolak Pas! Tukar Kedah!

Suara Generasi Baru
-

HOT NEWS! Pemimpin PAS Hina Nabi Muhammad

Perhatikan kenyataan dalam TWITTER yang dikeluarkan oleh Khairul Fahmi Mat Som yang berjawatan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat. Kemaruknya dia untuk menyatakan bahawa klip-klip video lucah yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Sabaruddin Abdul Hamid, telah dibikin dan dilakonkan semula dengan pembiayaan UMNO, membuatkan dia sengaja menghina Rasulullah s.a.w.

Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w bukanlah perkara baru dalam PAS. Justeru apabila Khairul Fahmi Mat Som menyatakan, kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, UMNO akan membikin video seks baginda, dia sebenarnya sudah melampaui batasan, baik sebagai manusia, apatah lagi sebagai seorang penganut ajaran Islam.



-

KES NAYA! Sidek Baba Terpedaya Sikap Baik Anwar


Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.

Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. 

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang

Sumber
-

BONGKAR! Agenda Jahat Anwar Ibrahim Terdedah Lagi!

Ini lah 13 rancangan jahat Anwar Ibrahim! Demi ingin mencapai cita-cita peribadi apa pun sanggip dibuatnya. Bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pada PRU ini, negara pun sanggup digadai demi jawatan Perdana Menteri. Sebar-sebarkan kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara supaya memberikan kesedaran dan penilaian yang mutlak!!!



-

HOT! Pahang Tidak Akan Bubar DUN ?


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tidak akan dibubarkan bersendirian sebaliknya akan bersama-sama dengan pembubaran Dewan Rakyat jika perkara itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 7 April ini.

Justeru kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, soal sama ada DUN Pahang akan dibubarkan lebih awal tidak timbul sama sekali.

"Dewan Undangan Negeri Pahang akan tamat tempoh pada 7 April ini dan terbubar secara automatik pada 8 April, terserah atas kebijaksanaan dan budi bicara Perdana Menteri (untuk mengumumkan pembubaran Dewan rakyat)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru Parlimen Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Bentong, di sini Khamis.

Adnan turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan Dewan Rakyat.

"Kalau pembangkang memerintah pun, mungkin tidak akan membubarkan kerajaan malah terus melanjutkan pemerintahan walaupun tamat tempoh, malah mungkin mereka akan mengetepikan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) Pahang sudah bersiap siaga sepenuhnya dan mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya semua sayap BN perlu turun padang dan bertemu pengundi supaya mereka lebih memahami aspirasi kerajaan BN.

Beliau juga optimis semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di Pahang akan dimenangi BN pada pilihan raya umum itu nanti.

"Momentum sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat berikutan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang membawa transformasi," kata Adnan.

DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 8 April ini jika tidak dibubarkan lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada hujung tempoh itu kecuali jika dibubarkan terlebih dahulu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS, manakala satu Bebas.

Calon Bebas, Ho Yip Kap kemudiannya menyertai parti Gerakan. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...