Saturday, 16 March 2013

Tiada Pihak Boleh Pertikai Tindakan Pasukan Keselamatan Tangani Pencerobohan di Sabah


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.

Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.

"Kerajaan memang amat prihatin dalam hal ini dan apa yang kita lakukan, pertamanya memberi peluang kepada pihak penceroboh untuk berundur diri, adalah bersesuaian dengan kaedah dalam Islam.

"Bukanlah kita nak melihat pertumpahan darah, bukan kita ingin melihat nyawa terkorban, tetapi apabila kita diperangi oleh mereka, maka mengikut ayat yang dibaca dalam khutbah tadi, kita wajib mempertahankan (diri) sekiranya kita dianiaya, kita diperangi....

"Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak kita, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama," katanya pada majlis jamuan rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Mukim Batu 11, di sini Jumaat.

Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata oleh itu, jangan ada sesiapa yang menidakkan usaha yang dilakukan itu, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun oleh pasukan keselamatan.

"Bukanlah ini masanya, malah ini kewajipan di sisi agama untuk kita berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada pasukan keselamatan, kerana merekalah kita dapat mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk memberi apa juga pertimbangan yang boleh untuk menjaga kebajikan tentera dan polis dan pihak keselamatan kita," katanya.

Najib berkata perwira negara yang gugur di medan perjuangan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini ditakrif mati syahid akhirat berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, beliau berkata keputusan beliau lima tahun lepas untuk menaik taraf pasukan Askar Wataniah kepada Rejimen Sempadan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan anggota tentera di negara ini.

Beliau berkata langkah itu membolehkan anggota tentera terbabit menikmati kemudahan sebagaimana anggota tentera tetap yang lain, seperti layak menerima pencen selepas berkhidmat 21 tahun dan pinjaman perumahan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah. -BERNAMA
-

BREAKING NEWS !Siapa Yang Berbogel Nih! Macam Kenal Je!


3... 2... 1..... Action!!! (PART 1)








-

HOT NEWS : Habis La Cerita Anwar Kena Korek!


Pergerakan Pemuda Umno melancarkan kempen Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang atau dikenali sebagai 'Gempak' bagi mendedah dan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan mengumpul sebanyak mungkin fitnah atau pembohongan yang dilakukan pembangkang sejak dahulu sehingga kini dan akan menjelaskannya kepada rakyat, berserta bukti melalui risalah dan kaedah siber seperti laman sosial Facebook, Twitter dan e-mel.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancaran Gempak di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.

Khairy, yang juga Penyelaras Gempak berkata pihaknya optimis gerakan itu mampu memberi impak yang diinginkan khususnya dalam menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar supaya tidak berterusan mempercayai fitnah yang dilemparkan pembangkang.

"Sebab itu, kita sudah kumpulkan segala bukti ftnah mereka (pembangkang)secara sistematik dan rakyat akan dapat menilai melalui fakta dan bukti yang jelas tindakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN," katanya. Khairy berkata pelbagai risalah disediakan pihaknya untuk mendedahkan cara fitnah yang dilakukan gabungan parti pembangkang, antaranya di bawah tajuk 'memalsukan dokumen', 'menipu imej', 'lagak biadap' dan 'bongkak' serta 'Janji Mungkiri Janji (JAMUNJI)' yang tidak ditunaikan gabungan parti pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata kempen itu adalah selari dengan tindakan pakatan pembangkang yang sering mengamalkan politik fitnah sehingga berjaya membuatkan rakyat khususnya pengundi muda dan pengundi atas pagar terpengaruh.

"Pembangkang sudah ada sejarah dalam melaksanakan kempen fitnah, kami amat risau menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini, lebih banyak kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat, tuduhan tidak berasas tanpa bukti sahih dilakukan pembangkang terhadap BN," katanya.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong. -BERNAMA
-

UPDATED : Kiram Dah Cabut! Tau Takut!


Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa
kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad
Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.

Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.

Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.

"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu,
kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.

Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.

Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang
menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.

Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis
pencerobohan militan Sulu itu.

Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan
anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama
-

Friday, 15 March 2013

Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas


Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila.
   
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
   
"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
   
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. - Bernama
-

UPDATE 10.30 PM : 8 rakyat asing naiki bot laju ditahan di Sg Bilis


Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam tadi.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
   
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi.
   
"Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.

Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
   
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
   
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
   
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas. - Bernama
-

UPDATED : 15 lagi mayat pengganas ditemui di Kampung Tanduo


Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai terbunuh dalam serangan pertama oleh pasukan keselamatan pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis menemukan 15 lagi mayat pengganas di kampung berkenaan hari ini.

Penemuan 15 mayat tersebut menjadikan jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan di Kampung Tanduo kini berjumlah 27 orang selepas 12 mayat ditemui dalam satu kubur besar sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran dengan kubur besar tersebut.

"Ini bermakna setakat sekarang, jumlah musuh yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Tambah Hamza, pada masa ini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak baki musuh yang masih bersembunyi di situ serta mayat musuh yang belum ditemui.

Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang berusaha mengeluarkan mayat-mayat musuh yang terbunuh di Kampung Tanjung Batu.

"Kemungkinan besar terdapat 10 lagi mayat yang belum dikeluarkan di Tanjung Batu dan fokus kita kini di Sungai Bilis sahaja.

"Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," katanya.

Mengulas mengenai mayat-mayat yang dikeluarkan, Hamza berkata, pihak kerajaan akan menghubungi Filipina sama ada mereka akan mengambil mayat tersebut atau tidak.

Katanya, mayat pengganas yang ditemui akan dikebumikan di negara ini sekiranya pihak berkenaan di Filipina tidak memberi maklum balas dalam masa tiga hari.

Mengenai laporan yang mengatakan pemimpin penceroboh, Raja Muda Azzimudie telah terlepas dari kawasan kepungan, beliau berkata, pihak polis akan menyiasat perkara tersebut.

"Saya tidak dapat mengesahkan tetapi ada maklumat mengatakan dia ada di sini dan ada mengatakan dia telah terlepas. Kita akan menyiasat dan mengesahkan perkara ini," ujarnya. - UTUSAN
-

BREAKING NEWS 7.30 PM: Tiga Lagi Pengikut Jamalul Kiram Didakwa


Sebanyak tiga lagi pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah akan didakwa selepas ditahan oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai di kawasan perairan Tawi-Tawi.

Agensi berita, ABS-CBNnews.com melaporkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima berkata, penahanan itu menjadikan sebanyak 38 pengikut Kiram ditahan dalam tiga kejadian berasingan di Tawi-Tawi, selepas bot yang mereka naiki dipintas pasukan keselamatan negara ini.

"Sebanyak 38 individu tersebut disoal siasat sehingga pukul 8 malam tadi. Soal siasat itu dihentikan awal ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Mereka kini ditahan di pangkalan tentera laut di Panglima Sugala, Tawi-Tawi," katanya.

Beliau berkata, mereka akan didakwa hari ini atau Isnin ini kerana memiliki senjata api yang melanggar peraturan membawa senjata api oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tuduhan di bawah Artikel 118 Akta Kanun Keseksaan. - Agensi
-

PANAS! P Balasubramaniam Termakan Sumpah!


Teman nak sampaikan rasa simpati keluarga Mendiang P Bala. Penyiasat pensendirian P Balassubramaniam meninggal dunia sewaktu didalam perjalanan ke hospitial sungai Buloh pada jam 230 petang tadi.

Sebagai pengajaran jangan main dengan sumpah. Bala pernah bersumpah dalam kitab hindu tempoh hari. Jangan sesekali buat sembarangan dengan nanti termakan sumpah. Ini lah sebabnya Anwar masih tidak berani nak Bersumpah Laknat!..
-

APA YANG TIDAK DIKETAHUI : Pesawat Tanpa Juruterbang Digunakan Di Ops Daulat


RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.

Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.

Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang.  Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.

ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.

UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.

Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies.  Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja.  Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.

Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.

Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula.  Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.

Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.

Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.

Disamping mengkucar kacirkan pertahanan musuh (atau membunuh mereka), serangan awal oleh pesawat TUAV ini juga mampu meminimakan risiko kematian atau kecederaan di pihak pasukan keselamatan negara.

Penulis berharap ATM dan kerajaan dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan pesawat UAV mahupun TUAV selepas ini, dalam memantapkan lagi pasukan keselamatan negara kita untuk menghadapi krisis serupa di masa hadapan.

Suara Generasi Baru
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...