Saturday, 5 January 2013

TOKONG PUN NAK GUNA KALIMAH ALLAH, DAH PARAH NI!



Desakan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dikhuatiri akan memenuhi agenda penularan pluralisme di negara ini sehingga menimbulkan kecelaruan sehingga mengancam akidah umat Islam.

Justeru, pelbagai pihak tidak rela kepentingan Islam dieksploitasi dalam kancah permainan politik dan mahu kedudukannya sebagai agama rasmi negara ini dihormati seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Abu Suffian Abu Yaziz, berkata tujuan sebenar Lim Guan Eng membuat gesaan itu boleh dipersoalkan kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-82 yang bersidang pada Mei 2008 sudah memutuskan lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam. 

Sambil menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai angkuh dan gimik politik, beliau berkata ia tidak harus dipandang ringan kerana membabitkan isu akidah yang serius, terutama di kalangan generasi muda Islam.

Jika tidak dibendung, kesannya amat besar dan berbahaya kerana boleh mencetuskan persepsi salah terutama di kalangan generasi muda Islam yang keliru antara Allah dalam landasan akidah agama dan tuhan menurut Bible.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku untuk menarik pengundi semata-mata. 
Kami tidak tahu hasrat sebenar tetapi percaya ia ada unsur politik apabila dibangkitkan oleh orang politik. Jangan heret sensitiviti agama dalam permainan politik,” katanya kepada BH, semalam.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad, menganggap desakan itu sebagai satu lagi produk politik Guan Eng untuk menjuarai isu kalimah Allah di kalangan pengundi beragama Kristian, terutama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sensitiviti umat Islam tidak harus dieksploitasi dan dikorbankan semata-mata untuk memenuhi keghairahan agenda politik, tambahan pula ia boleh mengancam perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

“Jangan menjadikan politik mengatasi segala dimensi. Masyarakat kini matang menilai percaturan politik pemimpin memilih agenda yang ingin dijuarai,” katanya.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim, Dr Ann Wan Seng, berkata pihaknya kesal kerana ahli politik bukan Muslim tidak wajar masuk campur dalam perkara membabitkan sensitiviti umat Islam.

“Kami membantah sejak awal lagi penggunaan kalimah Allah dalam Bible kerana konsep ketuhanan dalam agama Kristian berbeza sama sekali dengan Islam,” katanya.

Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Guan Eng menjawab dakwaan gesaannya itu berniat jahat untuk memperdayakan anak muda Melayu.

Presidennya, Azwanddin Hamzah juga mempersoalkan adakah golongan muda Melayu akan diberitahu bahawa Bible versi bahasa Melayu itu adalah ajaran Allah dan sama seperti al-Quran.

-

Friday, 4 January 2013

NURUL IZZAH PULAK KANTOI! SERUPA MACAM BAPAKNYA JUGAK


Entah mengapa beberapa hari ini, asyik-asyik ada sahaja edisi kantoi Pakatan Rakyat. Ye la! semua orang tahu Pakatan Rakyat ni asyik menipu aje. Kalau tak menipu tu, bukanlah Pakatan Rakyat namanya. Ini kisah anak si Raja Penipu Anwar China Doll, Nurul Izzah yang kantoi di Lembah Pantai.

Cerita peribahasa "Lembu punya susu sapi dapat nama" yang sesuai diberikan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Orang lain yang buat, dia pulak mengaku. Memang jenis muka tak malu macam bapak dia jugak..Kalau teman, hempas-hempas je kepala kat batu, pasal malu la sangat-sangat. Kan dah kantoi! Mana nak letak muka..

Lembah Pantai 4 Jan - "Lembu punya susu sapi dapat nama" inilah peribahasa yang amat sesuai untuk YB Lembah Pantai Nurul Izzah mengenai masalah diatas. Masalah diatas telah diselesaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik  Raja Zainal Abidin namun YB Lembah Pantai ini mengatakan bahawa dia yang telah membawa isu ini kepada pihak bertanggungjawab sedangkan penduduk telah berbincang dengan Raja Nong Chik mengenai masalah ini satu hari lebih awal pada 15 Dis 2012 bagi menyelesaikan masalah. 

Apartmen Putra Ria ini terletak di Jalan Bangsar dan mempunyai tiga blok bangunan yang memuatkan 660 unit kediaman dengan kepadatan penduduk lebih 3,000 orang. 


Masyarakat yang ditemui rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan sikap Izzah kerana mencari publisiti murahan untuk dapatkan nama. Seorang masyarakat yang ditemui berkata "rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Izzah yang disifatkan seperti lembu punya susu sapi dapat nama." - En. Ramli Pegawai Masyarakat Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai .

"Izzah tidak pernah ambil peduli mengenai persekitaran dan pembangunan kawasan perumahan ini mana mungkin dia yang membawa perkara ini kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya" - Katanya lagi.

Sazmi Samat 55 merupakan salah seorang penduduk berkata, "penduduk disini mengenai antara satu sama lain kerana telah menetap selama 17 tahun disini dan ini memberikan imej buruk kepada Izzah sendiri dan tindakan Izzah ini adalah tidak wajar kerana untuk mendapatkan nama sahaja sedangkan penduduk sendiri berusaha menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan masalah."

Rokiah Kasim yang merupakan seorang Ketua Penerangan UMNO cawangan Putra Ria berkata "tindakan Izzah ini jelas satu penipuan yang cuba menipu rakyat."

"Izzah memang hadir di kawasan ini pada 17 Dis 2012 untuk majlisnya dan ketika itu sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah, namun kami telah menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan ini pada 15 Dis 2012 iaitu 2 hari sebelum kedatangan Izzah," tambahnya lagi.

p/s - mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Bapa borek anak rintik, bagaimana Anwar kuat menipu begitulah Izzah. 

Kome nak tau lagi, kome bacalah kat SINI



-

Sudah Tukar Ka?


Teman nak menyusun balik keratan Amanat Haji Hadi 1981 dan Amanat 2013. Kome baca dan buatlah penilaian bagaimana PAS yang bermain-main dengan kata-kata bagi mengaburi mata rakyat.

Amanat 1981

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerjaaan
Kita menentang dia ialah keranan dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan mereka

Amanat 2013

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerjaaan
Kita menentang dia ialah keranan dia tak nak pendidikan percuma, mengekalkan tol, tidak menurunkan harga minya dan kereta, tidak turunkan tarif elektrik dan telefon
Mereka juga tidak memberikan wifi percuma serta tidak menaikkan gaji minima

Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan mereka

Macam-macam la berubah-ubah ikut selera mak bapak deme je..heee..

-

Isu Habuan 4,000 Hektar Di Kelantan - Media Jadi Kambing Hitam ?



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ibarat cacing kepanasan ekoran pembongkaran dosa besarnya bersama-sama sepupunya, Nga Kor Ming baru-baru ini, akhirnya menyalahkan media dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Beliau menuduh Blogger Pisau.net, Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Mohd Jeffery Amin Abdul Hamid dan akhbar Berita Harian menfitnahnya berhubung isu habuan kawasan pembalakan kira-kira 4,000 hektar (10,526 ekar) sebagai persetujuan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaludin (PAS – Pasir Panjang) dilantik menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang menerusi peguamnya, Wong Kian Kheong sekiranya ketiga-tiga pihak itu tidak memohon maaf dalam tempoh tujuh hari.

Dalam sidang medianya, Ahli Parlimen Beruas itu turut mengugut akan mengambil tindakan yang sama terhadap akhbar Utusan Malaysia, TV3 dan pihak-pihak lain yang turut menyiarkan laporan berhubung isu tersebut.

Ugutannya itu menimbulkan tanda tanya dan kemusykilan kerana sebagai seorang peguam dan pemimpin parti yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, Koo Ham tidak sepatutnya berbuat demikian.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik berpendapat, Koo Ham terpaksa mengambil langkah untuk menjadikan media sebagai kambing hitam demi untuk menyelamatkan masa depan politiknya.

Pembongkaran `dosa besarnya’ yang tercetus ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini dikatakan cukup membimbangkan Koo Ham dan sepupunya Kor Ming kerana telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakan-rakannya di dalam DAP.

Dalam satu mesyuarat DAP baru-baru ini, Koo Ham diberi tempoh sehingga hari ini untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya di dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.

Kata dua itu diberi selepas kontroversi berhubung pelaburan besar yang dibuat oleh Koo Ham bersama-sama sepupunya itu mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Ahli Parlimen Beruas itu dikatakan dikecam  hebat oleh kepimpinan parti dalam mesyuarat tersebut, yang diadakan susulan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendesaknya memberi penjelasan isu berkenaan.

Sumber dalaman parti itu mendedahkan bahawa pembabitan Koo Ham dan Kor Ming dalam perniagaan adalah bertentangan dengan perjuangan DAP.

Isu tersebut telah menimbulkan kemarahan sebahagian besar ahli DAP dan ramai yang tertanya-tanya adakah memasuki DAP menjanjikan seseorang boleh menjadi `tauke’ yang kaya raya.

Sumber
-

PANAS: Bukti DAP Lindungi Samseng


Bangga sungguh la samseng ni pukul orang. Ini lah ahli Pasukan Peronda Sukarela Guan Eng yang memukul wartawan tempohari. Guan Eng siap hantar peguam untuk membela samseng ni. Sombong nya deme suka mak bapak deme pukul-pukul orang. Itu baru wartawan, kalau la orang-orang biasa ni, tak tau la nak kata apa? Lagi dasyat rasanya.. 

Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye, 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah memukul wartawan akhbar Cina.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember lepas pada 1.40 pagi.

Tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat telah memyebabkan kerugian mangsa sebanyak RM1,200.

Ah Chye didakwa melakukan kedua-dua tuduhan itu di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh. - Bernama


-

Jangan beri peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun


Teman rasa apa yang dicakapkan oleh Tun Mahathir memang tepat. Pengalaman beliau bersama Anwar China Doll yang membuatkan beliau bercakap "Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun". Sememangnya banyak sebab mengapa Tun Mahathir berkata begitu. Kalau diberi peluang, maka hancurlah negara dan tindak tanduk anwar China Doll kebelakangan ini lebih mirip kepada berfahaman liberal dan komunis. Jika berlaku, sudah pasti orang Melayu dan Islam hanya tinggal sejarah buat selama-lamanya.


Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara

Kuala Lumpur: Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan. Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan. 

Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk ‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan.

“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

“Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam. 

Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.

“Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.

“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.

Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi.



-

Cuepacs mahu staf kontrak dilantik semula



Cuepacs meminta majikan mematuhi pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya pekerja kontrak di agensi kerajaan disambung semula perkhidmatan mereka sehingga akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini seramai 300 pekerja kontrak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung dan 88 di Sarawak ditamatkan kontrak berkuat kuasa 31 Disember lalu dan mereka tidak dilantik semula seperti arahan pekeliling SPA pada November lepas.

"Penamatan perkhidmatan tidak sepatutnya berlaku memandangkan jabatan lain seperti Perbendaharaan telah mengikuti pekeliling dengan menyambungkan kontrak pekerja-pekerjanya sehingga akhir tahun ini (31 Dis 2013)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Sekarang susah mahu mencari pekerjaan. Jika memberhentikan kontrak mereka maka masalah pengangguran semakin serius akan berlaku di negara ini.

"Jabatan yang enggan mengikut arahan pekeliling itu memberi alasan kekurangan bajet untuk melantik semula pekerja kontrak," katanya.

Justeru, Omar meminta pekerja yang tidak disambungkan kontrak agar melaporkannya kepada Cuepacs supaya perkara itu boleh dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Cuepacs juga mahukan supaya pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dikaji semula memandangkan timbul pelbagai kesulitan termasuk masalah permohonan cuti dalam talian.

Beliau mencadangkan supaya sistem itu ditukarkan kepada sistem manual bagi memudahkan penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran yang melibatkan HRMIS.

Omar turut meminta kerajaan mengkaji semula waktu kerja petugas di 1Malaysia Call Centre yang beroperasi 24 jam di Putrajaya dengan mencadangkan pegawai yang sudah berkeluarga, bekerja pada waktu siang manakala mereka yang bujang, bekerja pada syif malam.

Selain itu, beliau juga menyarankan penambahan 100,000 penjawat awam di seluruh negara khususnya dalam bidang khidmat pelanggan.

"Cuepacs juga tidak bersetuju dengan cadangan SPA baru-baru ini untuk mengurangkan 10 peratus penjawat awam pada masa akan datang," katanya. - Bernama
-

Hadi Awang Minta 1 Hari Di TV, Lagi Gila?

Teman rasa banyak kerosakan yang telah berlaku akibat Amanat Haji Hadi sejak sekian lama.  Berbagai-bagai kisah duka yang telah dialami oleh pengikut-pengikut totok PAS hingga menyebabkan kafir mengkafir hinggalah perpecahan rumahtangga. Apa yang menyedihkan perpecahan umat Islam menjadi barah yang berjangkit hingga ke hari ini.

Adakah sekadar 1 jam ke udara di TV Hadi Awang boleh menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia boleh menyelesaikan kerosakan yang telah berlaku sejak bermulanya Amanat tersebut. Ketaksuban kepada amanat tersebut hinggalah boleh menyesatkan umat Islam. Teman tak fikir boleh diselesaikan dan dirungkaikan hanya dengan 1 jam waima 1 hari pun.
-

KANTOI: BUKTI RAFIZI RAMLI MENIPU DEEPAK


ALKISAH Deepak pas baton pada Rafizi Jambu. Rafizi Jambu pas balik pada Deepak.  Deepak pas baton balik pada Rafizi Jambu. Rafizi Jambu pas balik pada Deepak.  Deepak pas baton balik pada Rafizi Jambu. Akhirnya baton Rafizi Jambu ada dalam seluar Anwar China Doll. Slurpppp!!! Macam main lari dalam guni le pulak..

Teman sengaja buat kome pening. Macam tu la Rafizi Jambu dan Deepak bagi orang pening. Sekejap kata Deepak bagi dokumen pada Rafizi. Kemudian Deepak nafi. Lepas tu Deepak kata perlu sokongan politik. Rafizi Jambu kata dokumen Deepak yang bagi. Weh! mana satu betul ni. Main pusing-pusing. sekejap itu, sekejap ini. Teman tak tau la, mana sekor yang menipu. Tapi teman nampak dua-dua kaki tipu dan kaki pusing. Dokumen tu dah didedahkan sebagai palsu dan tidak benar. Apabila dah terkantoi, macam-macam cerita la direka bagi menutup malu. Macam cerita hindustan pulak. Weh! keretapi dan taman bunga, tak ada ke?

Maleh la teman nak copy paste cerita tipu tu. Kome baca la Meloyakini yang bagi orang pening tu kat SINI
-

GEMPAR: Harakah Daily Kantoi Menipu Dengan Beruk


Bila teman baca akhbar online penipu Haramkah Daily bertajuk "Isu tanah: Propaganda murahan tajaan Umno", teman nak gelak pun ada, kesian pun ada. Simpati betul teman tengok akhbar penipu dengan watak penipu yang sekor beruk berjawatan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan. Beruk sekor ni meloncat-loncat tak tentu arah sebab bontotnya kena sondol dengan babi DAP. Kesian dia sebab tak ada sape-sape pun bagi beruk sekor ni pisang. Ye la, yang ada pisang yang ranum ada pada Anwar China Doll seorang.oppsss.

Kome baca dulu kenyataan beruk sekor ni dalam akhbar penipu Haramkah Daily,
nampak sangat pemimpin Umno ketandusan isu sehingga mengulang-ulang perkara sama tanpa fakta. “Sepatutnya tidak berbangkit lagi isu tanah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin DAP Perak kerana penjelasan panjang lebar sudah diberi.

“Tidak sukar bagi memahami isu terbabit kalau diteliti kronologi yang berlaku. Lagi pun dua pemimpin DAP yang cuba dikaitkan Umno hanya membeli saham syarikat terbabit tahun lepas,”

Lepas kome baca kenyataan beruk sekor ni, baru le kome faham sebab apa teman gelar sekor ni beruk. Kome fikir je la, Dah terbukti, apasal pulak propaganda UMNO. ish.ish. Suka-suka bapak beruk ni tuduh-tuduh. Ceritanya mudah, bukti sah dan sahih Ngeh dan Nga memiliki syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd. Mudah je tak payah jadi exco pun boleh faham. Susah jugak nak mengajar beruk ni ye!!!heeee
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...