Monday, 31 December 2012

INILAH AKIBAT PERCAYA PADA ORANG ASING



ALOR GAJAH - Perkenalan singkat seorang remaja dengan lelaki mat saleh melalui laman sosial menyebabkan dia menanggung kerugian apabila wang berjumlah RM5,040 yang disimpan sekian lama dilesapkan lelaki berkenaan.

Difahamkan, mangsa, Syamil Apendy, 23, dari Masjid Tanah mula mengenali mat saleh yang dikatakan berminat dengan keindahan alam negara ini.

Dalam perkenalan itu, mat saleh itu turut menyatakan hasrat untuk melancong ke negara ini seorang diri dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 pagi Ahad lalu.

Syamil berkata, sebaik tiba di terminal, lelaki itu menghubunginya dan memaklumkan dia ditahan Jabatan Kastam selain kehabisan kredit prabayar untuk menghubungi ibunya yang berada di Amerika Syarikat.

"Dia meminta saya menambah kad nilai prabayar berjumlah RM20.

Dia ditahan kerana disyaki membawa masuk wang haram berjumlah USD97,000,00.

"Bagi mengelak dirinya ditahan, dia meminta saya memasukkan sejumlah wang tunai RM29,000 sebagai bayaran untuk pelepasan pihak kastam," katanya, dekat sini.

Dakwanya, lelaki terbabit merayu supaya membantunya dan meminta wang berkenaan dimasukkan segera ke dalam akaun Maybank milik seorang wanita bernama Mazmi Mat Aji.

“Saya nyatakan kepadanya bahawa saya tiada wang sebanyak itu namun atas perasaan simpati saya masukkan RM700 dalam akaun yang diberi kira-kira 11.30 pagi hari kejadian.

"Bagaimanapun jumlah itu masih tidak mencukupi dan saya diminta memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun yang dimaksudkan dengan segera. Tanpa berfikir panjang, sejam selepas itu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dan memasukkan wang berjumlah RM4,340 ke dalam akaun sama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Selepas lima hari berlalu, Syamil cuba hubungi lelaki berkenaan yang masih ditahan di lapangan terbang KLIA yang turut menyatakan akan dihubungi seorang wanita dipercayai pegawai kastam.

“Wanita berkenaan kemudian menyuruh saya balik jika enggan memasukkan wang selebihnya dan meminta saya lupakan sahaja niat membantu lelaki terbabit yang masih ditahan.

“Saya rasa seperti ada yang tak kena sebelum memaklumkan kepada keluarga mengenai kejadian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, dia mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan segenap sudut.

“Polis percaya jenayah penipuan ini dilakukan satu sindiket yang terancang dan agak licik serta kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 402 kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

-

ZAHID HAMIDI: BOLEH PERCAYA HADI AWANG?



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.

Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.

"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.

"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.

"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - BERNAMA
-

Abu Hassan: 'Beri peluang orang muda bangunkan negara'



SUDAH lama mahu merisik khabar beliau yang pernah menabur khidmat sebagai menteri kabinet serta menteri besar sekitar tahun 90-an. Apatah lagi ingin mengetahui perkembangan terbaru beliau yang suatu ketika dulu pernah berdepan krisis kontroversi membabitkan bidang kuasa yang diceburinya. Ternyata hajat bertemu dengannya kesampaian apabila beliau menyatakan persetujuan untuk ditemu bual.

Biarpun janji temu terlewat hampir setengah jam, namun beliau masih sudi untuk sesi temu bual bersama majalah Seri Dewi & Keluarga. Sebaik kaki melangkah masuk ke ruang pejabatnya yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam, kelihatan susuk tubuh seseorang yang kelihatannya masih sihat dan kuat.

Sebaik tangan bersambut, mantan menteri serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, 72 tahun, terus rancak bercerita mengenai sisi terbarunya setelah hampir 41 tahun menimba pengalaman bekerja dalam perkhidmatan awam dan kerajaan.

“Hampir empat dekad saya mengabdikan diri bekerja dan kini masa yang sesuai untuk saya berehat. Walau bagaimanapun saya cuma berehat daripada menjawat jawatan penting dalam kerajaan tetapi masih lagi aktif dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Saya senang dengan apa yang dilakukan hari ini dan ada tiga perkara yang dititikberatkan setelah bersara sekitar tahun 2000 lalu.

“Antaranya saya kini aktif dalam NGO dengan menjadi pengerusi serta presiden beberapa persatuan seperti Majlis Bekas Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor, Yayasan Kesihatan Mental, Derma Alam Shah Committe, Pengerusi Majlis Permuafakatan Parlimen Kuala Selangor dan juga Setiausaha Kumpulan Bekas Menteri (GEM).

"Melalui pembabitan dalam NGO ini juga merupakan salah satu usaha dalam membantu rakyat melalui cara berlainan. Misalnya pembabitan dalam Mubarak yang ada sedikit sebanyak turut membantu parti yang dipimpin kerajaan sekarang,” ungkapnya memulakan perbualan tengah hari itu.

Tan Sri Abu Hassan memulakan kerjaya sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah (1963) sebaik tamat pengajian dalam jurusan Geografi dari Universiti of Hull, United Kingdom. Pernah memegang jawatan penting dalam kabinet seperti Menteri Kebajikan (1984-1986), Menteri Wilayah Persekutuan (1986-1987), Menteri Luar (1987-1991), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1991-1997) dan juga Menteri Besar Selangor dari tahun 1997-2000.

Berpeluang penuhi undangan keluarga

Selain pembabitan dalam NGO, dua perkara lain yang dititikberatkan oleh beliau adalah soal kesihatan dan juga merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga.

“Dalam usia saya yang sudah mencecah 72 tahun, menjaga kesihatan amatlah perlu bagi memastikan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Oleh itu saya mengambil pendekatan dengan bermain golf. Biasanya dua kali seminggu saya akan luangkan masa bermain bersama teman-teman. Malah untuk memastikan diri sentiasa sihat dan cergas, saya juga turut menjaga pemakanan serta mengambil makanan tambahan.

“Apabila masing-masing bertemu, kami akan berkongsi cerita apa sahaja dan ini membuatkan saya seronok melalui pengalaman ini. Kalau dulu waktu untuk bermain golf amat terhad kerana masa yang ada diperuntukkan untuk kebajikan rakyat. Satu lagi amalan setelah bersara ini adalah meluangkan masa bersama ahli keluarga serta merapatkan silaturahim dengan sanak saudara serta sahabat handai,” jelasnya lagi.

“Saya kini mempunyai lebih tumpuan kepada keluarga. Kalau dulu memang sukar untuk memenuhi jemputan majlis kahwin, doa selamat atau majlis keluarga lain, tetapi kini saya akan cuba beri keutamaan.

"Kalau ada jemputan, saya cuba penuhi memandangkan suatu ketika dulu sukar berbuat demikian. Apa yang dilakukan kini adalah seperti untuk membalas balik masa bersama keluarga yang hilang dulu.

“Keluarga memahami kesibukan saya dulu dan kini tiba masa untuk membalasnya. Bukan sahaja ahli keluarga atau sanak saudara, malah jika ada jemputan daripada kawan-kawan, akan saya cuba penuhi.

Saya cukup berpuas hati dapat memenuhi setiap undangan yang diberikan,” ceritanya yang masih segak dan nampak sihat biarpun sudah melewati usia lebih setengah abad. Berbanding dulu, kini mantan Menteri Besar Selangor ke-12 ini juga turut mengisi masa senggangnya dengan menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Gemar tonton rancangan kegemaran

“Aktiviti paling seronok saya boleh buat selepas bersara ini adalah apabila berpeluang menonton rancangan kegemaran seperti sukan dan filem di kaca TV. Malah setiap jam 10 malam, saya tertunggu-tunggu filem menarik yang disiarkan di rancangan HBO, Fox Movie, Cinemax ataupun melihat cd menonton filem-filem P. Ramlee atau “ Mind Your Language”.

Biasanya Puan Sri akan menemani saya menonton rancangan kegemaran ini.

“Saya lebih gemar menonton di kaca TV kerana bersifat lebih santai dan relaks. Suatu ketika dulu agar sukar untuk berbuat demikian dan apabila berpeluang melakukannya saya rasa begitu bahagia sekali.

Begitu juga ketika saya keluar ke pasar raya tanpa adanya pengawal peribadi ataupun menjadi tumpuan ramai. Setelah bersara, inilah kebebasan yang ditunggu-tunggu selama ini.

“Walau bagaimanapun saya masih lagi menerima layanan daripada masyarakat seperti dulu. Misalnya jika menghadiri majlis, ada juga yang datang bersalaman serta bertanya khabar. Mereka ini masih ingat apa yang saya lakukan, jasa serta bakti yang telah dicurahkan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas apa yang dibuat,” tambah anak jati Kuala Selangor ini yang mengakui agak janggal pertama kali menghadapi situasi selepas bersara. Namun lama-kelamaan beliau sudah boleh membiasakan diri dan seronok dengan apa yang dialami sekarang.

“Alhamdulillah saya memang sangat ‘enjoy’ dengan apa yang dilakukan sekarang. Cukuplah 41 tahun menabur bakti dan kini saya membantu parti dengan cara berbeza. Ada orang bersara menghabiskan masa sepenuhnya di rumah, tetapi saya masih meneruskan agenda (membantu parti, negara & rakyat) secara sukarela dengan pendekatan berbeza.

“Oleh sebab faktor usia tidak memungkinkan saya untuk kembali berkhidmat. Bagi saya biarlah kita memberi peluang pada orang muda yang lebih banyak idea kreatif dalam membangunkan negara. Namun saya tidak akan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan anak muda sepanjang pengalaman bekerja,” jelasnya sambil tersenyum sebelum mengakhiri perbualan.

-

Sunday, 30 December 2012

KALAU NIK AZIZ BERTANDING, SAYA PUN NAK TANDING JUGA


Sudah-sudah la tu. Ini lah buktinya pemimpin-pemimpin PAS kalau nak pegang jawatan sampai mati. Dulu sibuk-sibuk kata UMNO/BN tapi kali ni  deme pulak. Nik Aziz dah kata dia pun dah jadi calon lagi. Terbaru Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dipetik di Sinar Harian"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding,sayapun nak tanding juga,"

ish.ish.Cukup-cukup la tu! Tak ada calon lain ke parti PAS ni. Nampak sangat gila kuasa.  Kata orang pandai sekarang kena batang hidung sendiri. Isu KUIN pun belum selesai, bagus ke dia ni? Rasanya PAS pun tak nak calonkan Azizan ni, dah tua! Selalu je sakit. Macamana nak berkhidmat dengan rakyat. Tak larat dah tu! Nik Aziz lain la, Nabi PAS tu! Mana boleh bantah!heee..
-

Astarfirullah: Abby Abadi Suruh Kirim Salam Kat Nabi Muhammad S.A.W


Ini sekor lagi Ustazah Segera PAS Abby Abadi. Kat mana dia belajar teman tak tau la. Kalau tengok tweetnya mengucap panjang la teman. Apa taknya, ada tweet Ustazah Segera PAS ni minta Khalid Gereja kirim salam kat Nabi Muhammad S.A.W.Ish.ish.


Kesian kat Abby, meroyan sangat-sangat tu. Sabor aje la Abby ooi. Lepas ni ada lah orang nak ambik mike jadi bini. Bini nombor berapa, tema tak tau la. Kome baca lagi kat SINI

-

GEMPAR: PASUKAN SUKARELA GUAN ENG SERANG WARTAWAN


Inilah tujuannya Guan Eng tubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang. Dah banyak badan-badan sukarela yang telah ditubuhkan kerajaan BN untuk mengawal dan membantu komunit setempat. Tapi Guan Eng tubuhkan PPS ni untuk tujuan apa? Banyak cerita yang tak elok mengenai PPS ni. Terbaru seorang wartawan telah dipukul oleh anggota PPS. Macam samseng je PPS ni.



GEORGETOWN - Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dia dibelasah empat lelaki, dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal pagi tadi.

Ang Kean Siang, 32 dari Guan Ming Daily juga mendakwa dia diugut dan kameranya dirosakkan oleh lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Kean Siang berkata, dia bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu  kira-kira jam 1.20 pagi.

Menurutnya, ketika dia mengambil gambar mangsa di tempat kejadian, tiba-tiba datang seorang lelaki memarahinya dan mengarahkan dia beredar dari tempat kejadian.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kean Siang berkata, dia meninggalkan tempat berkenaan namun seorang lagi lelaki bermotosikal meghampirinya dan menawarkan untuk membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau bersetuju dan membonceng motosikal berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan PPS bagi kawasan Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.

“Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya tadi yang dikenali sebagai Ah Chai bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka terus  memukul dan mengugut saya.

“Mereka juga merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pagi tadi.

Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya bertubi-tubi di bahagian muka, badan dan salah seorang daripadanya bertindak menendang kemaluanya.

Akibat kejadian itu, Kean Siang mengalami kecederaan di bahagian bibir dan badan.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah pengalaman pertamanya selepas hampir 10 tahun menceburi bidang kewartawanan.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya utuk terus bekerja bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Saya kesal kerana mereka (anggota PPS) sepatutnya mengawal ketenteraman dan keselamatan namun tindakan mereka terhadap saya menunjukkan mereka seolah-olah samseng.

“Saya cuma menjalankan tugas dan sekiranya mereka tidak berpuas hati, bukan dengan cara ini jalan penyelesaianya ” katanya.

Sumber
-

ADUHAI GAMIS: BUDAK KECIK TAK SUNAT LAGI


Ini lagi sekor.Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Eikhwan Ali. Entah sape dia ni, teman pun tak kenal. Cakap tak fikir. Budak kecik tak sunat ni menulis di Haramkah DailySaya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’, diajak berdebat, “bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.

Ye la. Nama pun budak kecik tak sunat lagi. Apa yang dia tau pun pasal politik ni. Teman nak bagi tau le kat mike, mike baca le betul-betul Amanat Hj Hadi tu dulu. Fahami dan buka minda. Jangan duduk bawah tempurung je dengan golongan Pakatan Rakyat ni. Lepas tu mike bacalah surat Majlis Agama Islam Negeri Kelantan mengenai Amanat Hj Hadi. Melambak kat google tu, mike cari je. Tak ada siapa pun nak fitnah. Bukti dah terpampang di depan mata. Kalau nak jadi calon, tak payah la buat-buat cerita bukan-bukan.Minta je kat Nik Aziz tu! Tak pun mintak kat Anwar China Doll. Confirm Anwar China Doll akan main belakang..hahaha..

Kalau TV yang kome dakwa penipu dan putar belit cerita tu, tak bagi masuk, redha je le. Sebelum ni kome kutuk dan fitnah TV Kerajaan BN ni. Lepas tu nak mintak masuk pulak. Ada akai ke? Muka tak malu! macam ludah muka sendiri je le..ptuii!!!
-

MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN ATM, PAKATAN RAKYAT KAT MANA?



Kementerian Pertahanan akan menghantar pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara sekiranya ada keperluan mendesak dan diminta oleh Jabatan Kesihatan tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi membantu pasukan perubatan tempatan mengatasi masalah penyakit kulit, batuk, demam dan selesema yang sering melanda mangsa banjir.

Selain itu katanya, ATM turut bersedia menghantar pasukan memasaknya yang dilengkapi dapur bergerak untuk membantu para sukarelawan menyediakan makanan kepada setiap mangsa banjir.

"Atas permintaan daripada pemimpin tempatan supaya pasukan perubatan ATM dapat membantu pasukan perubatan di kawasan masing-masing, insya-Allah kita akan hantar segera.

"Sekarang ini pasukan itu berada di Kemaman, Terengganu yang dilanda banjir teruk baru-baru ini, tetapi dengan adanya masalah penyakit kulit dan sebagainya di mana-mana sahaja kita bersedia menghantar pasukan ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor (2) di sini hari ini. - UTUSAN

-

Desak Hadi Tarik Balik Amanat, Mesti Tak Nak Punya



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi ini di Pejabat PAS Negeri Terengganu di sini.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA

-

SURAT MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN MENGENAI AMANAT HJ HADI



Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)

2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang  
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.

3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
      (UMNO- Barisan Nasional).

4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
       (UMNO- Barisan Nasional).

5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan  
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
       orang Pas.

8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
      tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1).  Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2).  Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3).  Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -  
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4).  Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6).  Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7).  Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
       Iman Besat Masjid Muhammadi.

8).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan   
      (JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, pada 15 Jamadil Akhir 1401.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...