Friday, 21 December 2012

HOT: Nik Aziz Dah Kecut Telor


Kali ini Nik Aziz nampak mengelabah bila skandal pemberian tanah di Kelantan kepada pemimpin DAP telah didedahkan.  Bila dah kena selak mula la melenting. Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.  Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Blogger Pisau.Net telah mendedahkan Nik Aziz telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.  Teman rasa la, Nik Aziz dah tak tidur malam.  Teman baca pendedahan di Blog Pisau.Net siap dengan bukti-buktinya sekali.  Apa nak dikata.  Tembelang sebenar Nik Aziz dan terbongkar.  Kalau fitnah tak kan la ada dengan bukti sekali.  Bukan macam kome tu, cakap kosong je tuduh orang suka mak bapak kome je.
-

Thursday, 20 December 2012

BONGKAR: SURAT KEPUTUSAN JEMAAH ULAMA' KELANTAN MENGENAI MASALAH KAFIR MENGKAFIR



Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)

2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang 
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
orang Pas.

8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - 
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
Iman Besat Masjid Muhammadi.

8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan 
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

-

Uchop & Mar Ke Final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'



Dua peserta iaitu Marlleyney Fane J.L Paul (Mar) dan Mohmad Yusof Ahmad (Uchop) berjaya ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) musim kedua yang bakal berlangsung pada Rabu depan.

Kedua-dua peserta itu sekali gus menewaskan dua peserta lain iaitu Farah Nadeera Zaini (Nadeera) dan Yusoff Md Shah (Yus) pada konsert separuh akhir yang berlangsung pada malam Rabu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dekat sini.

Ia disiarkan secara langsung di TV3.

Ucop, 28, berkata, dia tidak sangka akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir apabila ketiga-tiga saingan memiliki kehebatan yang tersendiri ketika beraksi di pentas.

"Tak sangka nama saya diumumkan untuk mara ke peringkat akhir.

"Untuk persembahan akhir nanti, saya akan memberikan yang terbaik dan tidak akan mengecewakan juri serta penonton yang mengundi," katanya.

Mar pula berkata, kehebatan Nadeera membuatkan dia tidak yakin akan meneruskan perjuangannya untuk meraih gelaran juara pada malam itu.

"Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini," katanya.

Tirai konsert berkenaan minggu kesembilan dimulakan dengan persembahan penuh bertenaga Uchop yang menyampaikan lagu Jamal Abdillah berjudul Seroja.

Mar pula mengambil alih pentas dengan lagu Karena Ku Sanggup nyanyian Agnes Monica. Manakala Yus membawakan lagu Pak Ngah Balik dan Joget Jambu Merah dan Nadeera mempertaruhkan lagu Dedebu Cinta (Misha Omar).

Sebelum penyingkiran diumumkan, kesemua peserta mempersembahkan lagu bonus iaitu Jika, nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso.

Musim kedua Vokal dihoskan oleh FBI selain Datuk Hattan dan Ziana Zain bertindak sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi Mas Idayu dan komposer terkenal, Azmeer sebagai penasihat vokal dan persembahan sementara Profesor Izzi Ali bertindak untuk memberi motivasi kepada peserta.

Musim kedua pertandingan ini masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional dan selebihnya undian daripada penonton.

Juara Vokal bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000.

Program itu bersiaran secara langsung setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di TV3.

Sumber
-

GEMPAR: AHLI DAP KENA NAYA OLEH PARTI SENDIRI


Ini lagi kesian.  Tak cukup makan la kot.  Sampai nak mogok lapar.  Elok la tu.  Maklumlah, zaman ekonomi tak menentu ni kena berjimat cermat la sikit.  Ye la, banyak  komitmen, belanja kena jimat.  Sampai makan pun kena jimat.  Tapi cara mudah, mogok lapar je, jangan makan.  Dalam masa yang sama, boleh diet sekali nak kuruskan badan.  

Teman tergelak dengar cerita sekumpulan anak muda anti-lynas akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari. Eh!eh! Kenapa seratus jam je.  Buat la sampai bila-bila.  Baru la ada class der! Elok..elok..Buat selalu.  Mak bapak tak pening nak tanggung makan kome.  Tapi apasal bagi tau pada Hospital Kuala Lumpur dan St John Ambulan.  Tak payah.  Biorkan aje deme ni nak mogok.  Siapa yang suruh buat kerja tak berfaedah tu.  Tapi teman nak pesan satu je, sesiapa yang rajin, tunggu deme ni buat mogok lapar, lepaih tu kome tengok pulak khemah deme ni, dalamnya ada apa?  Banyak barang makanan beb!  Ini teman dah tengok oversea punya stail.  Mogok lapar, lepaih dalam khemah deme, deme makan tak ingat dunia beb!  Kalau sesiapa ada kamera baik punya, tangkap je gambar deme tengah makan tu!  Biar kantoi!heee...
-

PANAS: Sah LBGT Akan Berhimpunan di Stadium Merdeka


Teman seronok tengok geng-geng Lesbian, Bisexsual, Gay dan Transeksual (LBGT) akan buat perhimpunan di Stadium Merdeka.  Ye la.  Nak tengok la kalau ada yang menonggeng ke, menelentang ke, mesti banyak aksi-aksi menarik.  Class gitu! Teman pun tak pernah tengok.  Jadi ini la peluang keemasan.  Masuk percuma pulak tu.

Pengarah Himpunan LBGTdan pengamal LBGT yang unggul dari Parti PAS, Mat Sabu telah menyatakan telah mengesahkan perhimpunan tersebut pada 12 Januari tahun depan di Stadium Merdeka.  Sebagai usaha menarik golongan-golongan yang bukan LBGT, maka himpunan tersebut dinamakan "Himpunan 1 juta Rakyat".  Mat Sabu berkata dalam Haramkah Daily, "permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal dan perhimpunan tersebut terdiri dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah."

Sasterawan Negara yang dimaksudkan tu pun, teman dah dapat agak.  Tapi kesian, dah tua-tua, kena main belakang jugak.  Tak geli ke kome.  eee.. Teman tengok pun tak selera.nak muntah la beb!  Perihal warna tema tu, dah sememangnya itu adalah warna tema LBGT.  Difahamkan sundal Mat Sabu, Ambiga LBGT akan membuat aksi tergempar berpasangan dengan  Mat Sabu di atas pentas utama.  Mesti best giler!

Apa nak heran.  Memang sah la kome berhimpun meraikan LBGT.eee..geli la...nak muntah..wekwekwek..
-

GEMPAR: Pengarah Bertanggungjawab Elemen Seksual "Kahwin 5"



Pengarah filem Nizam Zakaria bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika filem Kahwin 5 - Miang Lawan Pailang arahannya mencetuskan kontroversi apabila ditayangannya pada 27 Disember ini.

Nizam berkata, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya jika filem yang tersirat dengan elemen seksual dan 'komedi dewasa' itu mengundang perasaan kurang senang segelintir penonton kelak.

"Saya perlu berani mencetuskan polemik dan mengambil risiko dalam berkarya. Saya cuba buat karya untuk penonton dewasa yang sudah tidak banyak dihasilkan sekarang.

"Saya tidak terfikir mengenai dialog tersirat atau berbaur seksual (seperti dikatakan) ketika buat karya ini kerana hanya mahu sampaikan mesej dalam bentuk komedi.

"Kalau filem ini mengundang kontroversi saya akan bertanggungjawab sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada previu filem terbitan Showbiz Productions itu di Cathay e@Curve di sini, malam Rabu.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah barisan pelakon antaranya Shy8 atau Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Norish Karman, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah dan Marsha Londoh.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, dia mengangkat kisah poligami dan rumah tangga sebagai subjek filem itu kerana mahu menawarkan kepelbagaian pada industri filem tempatan.


"Saya berasa sedih terlalu banyak filem tempatan pada hari ini untuk golongan muda sehingga meminggirkan penonton dewasa seperti ibu saya.

"Penonton dewasa tidak dekat atau faham pada dialog dan isu-isu seperti rempit dalam filem sekarang.

"Saya percaya kalau ada filem mengenai cerita orang dewasa, mungkin mereka akan datang ke pawagam," hurainya.

Nizam berkata, visual Kahwin 5 tidak terjejas atau dipotong walaupun ia diklasifikasi dengan 18SX tetapi hanya sebahagian dialog terpaksa dirakam (dubbing) semula.

Filem komedi ini mengisahkan usahawan mangkuk plastik Dr K lakonan Usop Wilcha yang hidup bahagia bersama empat isteri iaitu Saadiah(Dian P. Ramlee), Sahara (Adrea Abdullah), Monalisa (Norish Karman) dan Mimi (Marsha Londoh).

Bagaimanapun, pertemuan Dr K dengan Farra (Anzalna Nasir) membuatkan dia terperangkap dalam dilema yang memaksa dia mengahwini wanita itu.

Terbaru, Nizam yang juga pengarah filem Cinta Kura-Kura ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod Maskara untuk TV1.

Sumber

-

Kan Dah Kantoi! Mazlan Aliman Terkedu



TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
   
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.
   
Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
   
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.

Pada 7 Ogos lepas, tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka melalui The Law Office of Mohd Harris.
   
Mereka ialah Samat L.Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.
   
Mereka mendakwa ucapan di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.
   
Mereka berkata ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.
   
Perdana Menteri pada 24 September lepas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha atas alasan writ saman itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain ianya tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.

Beliau juga berkata saman itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah suatu kegagalan yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang secara in limine.
   
Peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili peneroka felda itu memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
   
Sementara itu, di luar mahkamah lebih 600 peneroka felda Wilayah Jengka yang menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".  - Bernama
-

Agenda Jahat Terbongkar


Henti fitnah dan khabar angin.  Ini satu lagi agenda jahat.  Dalangnya teman rasa semua orang dah tau walaupun tak dapat dilihat dengan nyata.  Ini lah orang kata, baling batu sembunyi tangan.  Eloknye tangan tu kena kerat, jahat sangat baling batu kat orang.  Insiden di Sungai Petani tempohari menjadi bukti begitu jahatnya dalang-dalang ini ingin memporak peranda negara supaya jadi satu rusuhan kaum. Padahal hanya khabar angin yang tak tau punca sebenar.  PDRM dah buat kenyataan rasmi, jadi harap ta ada lagi khabar angin yang tak tau punca ni.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Rabu mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar khabar angin di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman kepada negara.
Ismail berkata masyarakat harus lebih bertanggungjawab serta memikirkan kesan negatif yang mungkin berlaku dengan penyebaran khabar angin yang tidak betul.
"Masyarakat seharusnya merujuk kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian, bukan menyebar khabar angin di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blog," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini Rabu.
Ismail mengulas penyebaran khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah.
Sambil menegaskan apa yang disebarkan di laman sosial itu tidak benar, Ismail berkata: "(Pengisytiharan) darurat pun tidak benar, kalau betul (darurat) mesti saya dah dimaklumkan."
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab dilaporkan berkata hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden yang berlaku tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian.
Dalam pada itu, Ismail ketika berucap pada majlis hari ini berkata inisiatif rondaan bermotosikal itu menunjukkan PDRM tidak bersikap berpuas hati dalam aspek menjaga keselamatan awam.
Jelasnya, konsultansi berterusan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan formulasi strategi dipacu Kementerian Dalam Negeri membolehkan pelbagai program digarap bagi memantapkan usaha mengurangkan jenayah. - BERNAMA
-

PANAS : Cun Jugak Sri Wani ni ye!



Teman tak nak mengungkit cerita lama ni, walupun tak lama sangat.  Mahkamah dah buat keputusan, jadi takut teman pulak kena "contempt of court" , tan nak la teman.  Buta je tema kena nanti..heee.. Secara ringkasnya, hasil keputusan mahkamah tersebut, Sri Wani Choo Abdullah failkan notis tunjuk sebab pada "suaminya" berjumlah RM12, 000. Huh! banyak tu beb!

Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, semalam memfailkan notis tunjuk sebab kepada suaminya, Prof Dr Baharom Sanugi, kerana masih belum menyelesaikan bayaran kos RM12,000 seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sri Wani memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini, ditemani peguamnya, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil. Mahkamah menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 November lalu, Baharom, bekas dekan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggantung perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar RM12,000 kepada isterinya pada 30 Ogos lalu.

Permohonan penggantungan arahan mahkamah berkaitan kos itu difail Baharom pada 27 September lalu, atas beberapa alasan, termasuk mendakwa dirinya tidak mampu kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Beliau diperintah membayar kos mahkamah RM3,000  kepada isteri ketiganya itu, selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan difailkan. Sinar Harian
-

CERITA PELIK: Dr Mohd Asri Main Kayu Tiga Denga PAS



Teman suka jugak Dr Mohd Asri @realDrMAZA menghentam isu Amanat Haji Hadi.  Tapi teman menjadi musykil, teguran Dr Mohd Asri ni seperti ada udang sebalik batu.  Cuba kome amati betul-betul petikan DR Mohd Asri yang teman ambil dari Sinar Harian,

Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” 

Teman melihat dari banyak sudut. Pertama, sejauhmana ahli PAS tidak mengamalkan amanat tersebut sedangkan hampir di dalam semua ceramah PAS merujuk Kerajaan BN sebagai zalim dan kejam.  Tidak ketinggalan jugak masih lagi PAS menuduh UMNO sebagai kafir.  Ditambah pulak dengan Cyber Trooper yang pro PAS dan ustaz dan ustazah segera PAS sering mengungkap perkara yang sama (zalim, kejam dan kafir) berkali-kali hingga menjadikan ungkapan Amanat Haji Hadi sebagai "trademark".  Jadi, apa niat Dr Mohd Asri berkata begitu?

Kedua, teman mempertikaikan keikhlasan Dr Mohd Asri begitu beriya-iya untuk memastikan pencerahan masyarakat dibuat oleh Hj Hadi.  Dengan erti kata lain, supaya orang Melayu boleh menerima PAS dan PAS akan dianggap sebagai satu-satunya Parti memperjuangkan Islam.  Mungkin Dr Mohd Asri sedar, PAS telah mendoakan kemusnahan Parti lawan iaitu BN dan telah membuat kenyataan secara terbuka menerima golongan Syiah dan Khawarij masuk ke dalam Parti PAS.  Teman rasa pastinya, Dr Mohd Asri telah maklum  perkara ini.  Tak gitu? 

Apa niat sebenar Dr Mohd Asri ini?  Teman yakin ada sesuatu yang diidam-idamkan.  Ada pelbagai kemungkinan. Pertama, Dr Mohd Asri juga memperjuangkan untuk golongan Syiah dan Khawarij. Kedua, Dr Mohd Asri mempunyai cita-cita menjadi calon PAS dan ketiga, Dr Mohd Asri menjadi senjata PAS yang baru untuk membunuh karektor ulama yang pro UMNO.  Tapi teman nak pesan kepada PAS, "You've took a wrong person".
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...