Showing posts with label Politik DAP Ronnie Liu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Ronnie Liu Selangor. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

SAH: Ronnie Liu Lindungi Judi Haram


Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.  Sepandai-pandai seseorang tu menyimpan rahsia, akhirnya terbuka juga.  Teman perhatikan beberapa kali Kerajaan PKR Negeri Selangor cuba melindungi kegiatan-kegiatan haram termasuk perjudian dan pelacuran. Terlalu banyak kegiatan haram ni dilakukan secara terbuka.  Yang diberi lesen, apatah lagi.  Bercambah macam cendawan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Ini pula pendedahan oleh Ketua Polis Selangor di Kosmo, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap 188 permohonan pihaknya supaya menyita premis mesin judi haram di negeri ini sejak Januari sehingga November lepas.  Menurut Tun Hisan, pihaknya kesal dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh PBT termasuk mendakwa ‘tidak mempunyai kuasa’ untuk menyita premis judi haram tersebut.

Bukti dah nyata, Kerajaan PKR Negeri Selangor sememangnya tidak mahu mengambil tindakan menyita premis-premis haram ni.  Kuasa untuk menyita adalah kuasa PBT dan apa alasan lagi.  Sah dan terbukti Kerajaan PKR Selangor melindungi tokan-tokan kegiatan haram ini.  Mana nak sorok lagi! Jangan salahkan pihak polis pulak!  Pandai la kome nak konar..cisss
-

Sunday, 16 December 2012

APA KATA RONNIE LIU? JANGAN GANGGU SAYA PUNYA TEMPAT!



Ini apa Ronnie Liu nak jawab pulak! Tak pun serah pada Khalid Ibrahim yang jawab! Bagi serabut  lagi rambut Khalid Ibrahim tu.  Ini semua salah UMNO ke?  Kuasa PBT atas kuasa Kerajaan Negeri la weh!  Ada share ka?

PETALING JAYA: Lebih 10 premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian Internet dan pelacuran di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, di sini, dipercayai ‘dipayung’ pihak tertentu berikutan masih kebal undang-undang walaupun berpuluh kali diserbu polis sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 67 serbuan dilakukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membabitkan premis perjudian terbabit, manakala 144 terhadap pusat pelacuran di kawasan sama sehingga semalam.

Menurutnya, disebabkan premis sama masih tidak serik dan meneruskan operasi walaupun diserbu berulang-kali, pihaknya membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik, namun usaha itu dipandang sepi.

“Kita minta kerjasama TNB memotong bekalan elektrik di 239 premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu di daerah ini, termasuk 10 di Pusat Perniagaan Mentari.

“Namun, masih tiada pemotongan dilakukan setakat ini, menyebabkan premis terbabit rancak meneruskan kegiatan terbabit seolah-olah tidak takut dengan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pengusaha premis yang melanggar syarat perniagaan.

“Bagaimanapun, kita dapati lesen perniagaan pengusaha premis terbabit yang dibatalkan selepas diserbu akan membuat permohonan baru atas nama orang lain dan membuka semula perniagaan mereka.

“Malah, pemilik premis yang diserbu juga sukar dikenakan tindakan berikutan tidak mempunyai lesen serta menjalankan kegiatan secara haram,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet dan pelacuran yang semakin menular di seluruh daerah ini. (Harian Metro)
-

Friday, 7 December 2012

BONGKAR: SAH! RONNIE LIU KETUA GANGSTER


Sah! Ronnie Liu memang samseng.  Orang selalu menuduh orang lain samseng, satu jari lagi menunjukkan kepada diri sendiri.  Selalunya untuk menutup aib sendiri, sentiasa menyalahkan orang lain.  Isu kamera AES yang dipasang di Selangor, Ronnie mencabar Jabatan Pengangkutan Jalan sekiranya berani berhadapan dengan tindakan Kerajaan Selangor.  Samseng tuh!

Berita Harian melaporkan Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu dan bersedia berdepan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mahkamah.

Ronnie Liu dipetik “Kami memutuskan untuk mengubah strategi dan tidak akan menanggalkan AES. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang esok. Kita nak lihat siapa yang berani buka kain berwarna merah itu," 

Hah! Ketua Samseng dah buka pekung di dada. Warna merah melambang apa? Kome fikir-fikirkan la..heeee....
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...