Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

WAJIB BACA : Kit Siang Terlupa La Kot!


Baru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh gah mengumumkan yang PR akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah negeri, tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.

Mereka juga menyuarakan keyakinan kononnya PR bakal menambah jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.

Penyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.

Mereka lupa sejarah penipuan PR sempena 16 September 2008 dulu, mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan. 

Bagi majoriti rakyat, propaganda sebegini hanyalah perang saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang saat menjelang pilihan raya. Dulu dan sekarang sama saja nadanya.

Realiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak memungkinkan untuk PR mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis.

Sebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku PR bakal kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan melayang berpindah tangan.

Pembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan sebelumnya.

Dalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak berdaftar PR yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat Pusat dan menawan negeri lain?

Jelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki realiti.

Sejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat.

Tapi tiap kali keputusan PRU diumumkan, tiap kali itu jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini.

Bagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah berceramah di atas pentas, namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, habuk pun tiada.

Lima tahun PR diberi peluang merajai beberapa negeri, apa yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk rakyat. Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk mendapatkan khidmat dan jasa bakti.

-

Thursday, 28 March 2013

Ada Gua Kesah! Adeeh!!!


Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang tidak gentar jika veteran DAP Lim Kit Siang mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Malah kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mereka mengalu-alukan Lim bertanding di situ jika penasihat DAP itu sanggup menerima malu ditolak pengundi kawasan Parlimen Pasir Gudang.

"BN Pasir Gudang akan jadikan keputusan Lim (bertanding di DUN Johor Jaya)sebagai pecaturan paling tidak tepat yang pernah dibuatnya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai desas-desus Lim sedang 'mengintai' kerusi DUN Johor Jaya yang terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, selain bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Kerusi DUN Johor Jaya disandang Tan Cher Puk daripada MCA yang mengatasi Md Nasir Ab Wahab (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 10,488 undi pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu bahawa pakatan pembangkang yakin akan merampas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor Baharu dan Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata itu hanya 'cakap-cakap' bagi melemahkan semangat BN.

"Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya.

Lim dalam ceramahnya di Taman Desa Harmoni di sini malam semalam, berkata pakatan pembangkang mampu menawan semua kerusi termasuk kerusi DUN di bawah ketiga-tiga kawasan parlimen itu. - BERNAMA
-

HOT NEWS : Kit Siang dan Anwar akan Bertanding di Sabah???


Tu dia! Cabaran kepada Kit Siang dan Anwar Ibrahim! Kalau rasa tu dah kuat sangat, bertanding la di Sabah! Rasanya ramai orang nak tengok sejauhmana hebatnya dan berdegar-degar cakap macam-macam. Itu pun kalau berani la! Itu pun kalau ada telor!kehkeh..

Laporan mStar,

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.

"Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.

"Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
-

Wednesday, 27 March 2013

PANAS! Agenda Jahat DAP Di Johor


PENULIS harap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang  ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar.  Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku.  Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik.  Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008,  tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

Mykmu.net
-

Monday, 25 March 2013

GEMPAR! Poster Lim Kit Siang Bertanding Guna Logo PAS Tersebar!

Tu dia! Ini lah poster Lim Kit Siang yang akan bertanding menggunakan logo PAS jika ROS membatalkan pendaftaran Parti DAP nanti sebab matematik failed. Nak gelak pun ade! Lawak der! Cuba kome bayangkan komunis ni jadi calon PAS, Ustaz Lim Kit Siang ! Adeess! Tak Tahan der! TAKEBEERRRR!! hahahahah...
-

Sunday, 24 March 2013

Tanding Guna Tiket PAS: Umpama Badan Lembu Daging Khinzir


ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor  dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS.  Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP.  Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.  Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!

Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!!  Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini.  Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.  Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Mykmu.net


-

Saturday, 23 March 2013

PANAS! Kit Siang Bertanding Guna Lambang PAS! Biar Betul!

Adeeh! Macamana boleh jadi gini? Lim Kit Siang akan tanding guna lambang PAS! Ini sudah lebih der! Logo DAP dah laku ke apa? Kesian teman nengok!


Menurut laporan Utusan, langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ye le. Guna aje lambang PKR! Apa salahnya? Malu ke dengan lambang PKR! Atau malu dengan perangai Bang Nuar? Seperkara lagi, PAS dah jadi parti apa pulak jika Kit Siang dan calon-calon DAP yang lain guna lambang PAS untuk bertanding? Parti orang kafir la nampaknya! Cer cerita sikit...
-

Friday, 22 March 2013

PANAS! Parti DAP Digantung?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa menggantung DAP sebagai parti politik sementara menunggu siasatan mengenai dakwaan penyelewengan ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti, selesai.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata dakwaan terhadap parti itu mempunyai kepentingan umum. "Bagaimanapun siasatan terhadap aduan anggota parti itu dihalang oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang tidak memberi kerjasama sepatutnya kepada pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Menurutnya, tindakan Lim itu dilihat sebagai menghalang proses keadilan selain menimbulkan tohmahan yang meninggalkan kesan negatif terhadap reputasi DAP sebagai sebuah parti politik.

Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International Malaysia, berkata Lim sepatutnya sudah tampil dan mengaku bertanggungjawab terhadap skandal itu yang membawa implikasi melangkaui kepentingan parti. "Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Isu ini membabitkan perkara asas yang ada kena-mengena dengan amalan demokrasi, nilai dan prinsip," katanya.

Abdul Aziz berkata ketika pemilihan parti pada Disember lepas, sepatutnya ada 2,576 perwakilan membuang undi bagi memilih 20 anggota CEC, namun 753 perwakilan yang layak tidak diberi peluang berbuat demikian.

"Lim Guan Eng memberi penekanan pada prinsip yang beliau panggil CAT -'Competency, Accountability and Transparency', justeru saya fikir orang ramai berhak menuntut Lim mengamalkan prinsp CAT itu," katanya.

Pemilihan CEC DAP diadakan pada 15 Dis dan keputusannya diumumkan pada hari yang sama, namun kira-kira tiga minggu kemudian DAP mengakui ada beberapa kesilapan dalam pengiraan undi dan membuat pembetulan, menyebabkan beberapa anggota parti membuat aduan kepada ROS.

Sehingga hari ini parti itu juga gagal mematuhi Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan pertubuhan berdaftar termasuk parti politik mengadakan mesyuarat agung dan menghantar laporan tahunan yang turut mengandungi kenyataan kewangan dan senarai anggota jawatankuasanya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat diadakan.-BERNAMA
-

Tuesday, 19 March 2013

BONGKAR! Agenda Jahat DAP Untuk Dominasi Kerusi Johor


Desas desus DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dalam parti itu serta  menyembunyikan ‘sesuatu’ daripada  PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Percaturan DAP itu dilihat cuba memperalatkan Pakatan yang merupakan parti gabungan PKR dan PAS dengan menyatakan hasrat mendominasi terlebih dahulu kerusi di negeri menjadi kubu kuat UMNO – Barisan Nasional (BN)  dengan meletakkan 15 calon DAP daripada 26 kerusi dalam usaha rancangan menawan salah satu negeri kaya sumber ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, tindakan DAP itu juga sebagai salah satu cara untuk mencengkam serta mengawal ekonomi negeri Johor sekaligus menindas kaum Melayu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini, budaya toleransi sudah lama wujud sejak beratus tahun dahulu antara kerajaan BN dan masyarakat Cina di negeri itu akan menjadi punca utama Pakatan gagal menawan Johor.

Masyarakat Cina di Johor istimewa dibandingkan dengan negeri lain kerana mereka memperolehi sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah yang sudah berusia 100 tahun, contohnya sistem pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Foon Yew yang lebih lama usianya dari Merdeka dan tidak pernah diusik.

Pada sambutan perayaan Chingay yang ke 142 di Johor Bharu awal tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ia akan dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan berita itu amat menggembirakan masyarakat Cina.

DAP sebagai parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang, berfahaman sekular yang bermakna mereka tidak menyokong duit kerajaan dibelanjakan untuk tujuan agama.

Jadi kalau Pakatan Pembangkang bercadang dan mengambil alih kepimpinan negeri Johor, satu dilema yang mereka akan hadapi ialah di segi falsafah politik DAP yang bertentangan dengan apa yang dilakukan di Johor sekarang.

Masyarakat Cina di sini agak istimewa kerana mereka mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan antaranya sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah Cina (Foon Yew)  yang usianya lebih lama dari Merdeka dan ‘Southern College’ yang bertaraf universiti.

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU12.

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri.

Di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apa yang dibawa oleh pembangkang sebenarnya berasaskan pada anggapan bahawa pengundi Cina akan menyebelahi mereka, penulis rasa kita boleh bertahan. Johor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, Pemimpin Pakatan Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan-angan seperti Mat Jenin sekiranya ingin menjadikan isu perkauman khususnya sebagai modal bagi meraih sokongan serta undi masyarakat Cina di Johor.

Suara Generasi Baru
-

GANAS! Akhirnya Anwar Main Belakang Jui Meng! Bolos der!

Alahai! Kesian teman! Kesian kat Chua Jui Meng, Anwar dah main belakang Jui Meng. Teruk ek! Beriya-iaya la Chua Jui Meng bertekak dengan DAP Johor nak dapatkan kerusi Gelang Patah, tapi akhirnya Anwar serah pada Kit Siang bertanding disitu. Kes Naya ni. Ini semua salah UMNO der! Tak pun salah Jui Meng bagi bontot buat apa? Sakit der! Kan dah dapat sebijik. Percaya sangat dengan Anwar! kahkahkah..


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.

Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN
-

Tuesday, 26 February 2013

Adakah Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri Cina Yang Pertama


Konvensyen Pakatan Rakyat yang membentangkan Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat semalam tidak menyebutkan siapakah calon Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya. Pelik jugak kan..

Jika sebelum ini beriya-iya benar mengatakan Anwar China Doll bakal Perdana Menteri tapi mengapa sekarang perlu dirahsiakan?

Ura-ura dikalangan Pakatan Rakyat, satu rundingan sulit telah diadakan dikalangan pimpinan tertinggi PR, Hadi Awang akan menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri sekiranya PAS memenangi lebih kerusi Parlimen berbanding rakan sekutu yang lain.  Ini adalah kerana ingin mengambil hati dan mengikut kehenda akar umbi dan ahli-ahli PAS seperti yang dituntut semasa Muktamar PAS yang lalu.. Difahamkan untuk memastikan tiada sabotaj dalam parti berlaku semasa PRU13 nanti. Tapi bagaimana pula dengan PKR dan DAP? 

Jika diikut matematik mudah, DAP lebih banyak kerusi yang ditandingi berbanding PAS dan PKR. Kemungkinan DAP akan mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih mudah. Ini bermakna Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri Malaysia. Tak gitu?
-

Monday, 18 February 2013

DAP! Komunis Bandar Di Selangor dan Pulau Pinang


LEONG PEI KOE telah dikenakan penjara selama 30 hari kerana tunjuk isyarat lucah dengan sengaja pada Permaisuri Agong . Undang-undang di Malaysia masih tidak dapat mengajar dan mendidik rakyatnya, terutama sekali yang berasal daripada kaum imigran agar tunduk hormat kepada apa-apa sahaja yang digariskan oleh Perlembagaan. Sedangkan di Singapura , mana-mana usaha untuk memburuk-burukkan PAP dan Lee Kuan Yew akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sangat keras, termasuklah hidup dalam kemuflisan buat selama-lamanya, apa yang berlaku di Malaysia pula adalah sebaliknya.

Selanjutnya DISINI
-

Sunday, 27 January 2013

Lim Kit Siang Politikkan Kematian William


Teman kecewa dengan sikap Kit Siang. Ini bukan satu politik matang yang wajar diketengahkan. Isu kematian kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhing mahu dipolitikkan oleh Kit Siang. Kome tengok apa yang Kit Siang kata di ruang Twitter. Bangsat sungguh Kit Siang. 

Cerita tragis kanak-kanak malang ini tak seharusnya dipolitikkan. Masih mahu menyalahkan UMNO. Apakah jenis manusia deme ni. Asyik nak berpolitik memanjang. Begitu jugak kes tiga sekeluarga ditemui mati membunuh diri di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru tempohari mengatakan UMNO yang salah (SINI). Adeehh!! Lu ada akai ka?

Khairy Jamaluddin telah membidas Lim Kit Siang di facebooknya dengan berkata:

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Show some class, please!"

Teman rasa Kit Siang ni dah nyanyok. Lagi bahalul! Itu pun ada Melayu jadi pencacai DAP ni jugak. Bodohnya Melayu tu!!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...