Monday, 11 March 2013

Lahad Datu: Anggota PGA Yang Cedera Stabil


Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam serangan berselang-seli di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam Sabtu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol yang ditemui selepas melawat anggota terbabit di sebuah hospital di sini berkata kedua-dua mereka kelihatan sihat dan sedang menerima rawatan susulan.

"Kedua-dua anggota itu kelihatan sihat, keadaannya okay dan sedang menerima rawatan daripada doktor. Rakyat Sabah terhutang budi kepada pasukan keselamatan dan mendoakan mereka cepat sembuh," katanya.

Sementara itu ketika ditemui di luar Wad Ortopedik hospital itu, seorang anggota keluarga terdekat Kpl Affendi Rusli, iaitu seorang daripada anggota PGA yang tercedera, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibunya sebelum bergegas ke hospital.

Beliau, yang enggan identitinya dikenali, bagaimanapun tidak dibenarkan melawat Affendi, namun difahamkan anggota dari Batalion PGA Miri itu dihantar ke hospital pada 8.30 pagi dan menerima rawatan daripada doktor pakar.

"Saya dimaklumkan keadannya stabil, boleh makan dan sedang dirawat oleh pakar," katanya.

Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati pasukan keselamatan membuat kawalan ketat dan tiada sesiapa dibenarkan melawat anggota berkenaan, kecuali individu tertentu.

Dalam kejadian berbalas tembakan antara 8 malam semalam hingga 4 pagi ini, dua anggota PGA itu mengalami kecederaan di betis dan paha. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...