Friday, 8 February 2013

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Azli Paat



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pakar bidang teknologi maklumat (ICT) Azli Paat, yang meninggal dunia akibat demam panas di sini, Rabu.

"Dapat berita pemergian arwah Azli Paat, antara usahawan teknologi ulung Malaysia. Takziah buat keluarga arwah, moga roh ditempat antara yang beriman," katanya dalam tweet terbaharu beliau pada Khamis.

Azli, yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bukit Segambut pada kira-kira 7 malam, meninggalkan seorang balu serta 10 anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Beliau merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi antara satu sama lain serta pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012.

Azli juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah. BERNAMA
-

Malaysia Laksana Skim Biodiesel B5 Atau B10 Menjelang Pertengahan 2014


Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan program biodiesel B5 atau B10 di seluruh negara menjelang pertengahan tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Beliau berkata lebih daripada RM100 juta daripada belanjawan sebanyak RM300 juta telah digunakan untuk membiayai kemudahan pengadunan program B5 sekarang, yang merupakan campuran lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum, seluruh negara.

"Kami akan meneruskan pelaksanaan B5 terlebih dahulu. Buat masa ini kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam industri untuk mencuba dan melihat sama ada kita boleh menggunakan B10," katanya kepada pemberita pada pelancaran penggunaan B10 bagi kenderaan kementeriannya dan agensi-agensinya, di sini Khamis.

Pelancaran program B5 bermula dengan kawasan tengah yang meliputi Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, pada 2011 dengan penggunaan tahunan sebanyak 110,000 tan metrik biodiesel.

Dompok berkata beberapa peserta industri tidak cukup yakin terhadap B10, yang merupakan versi biodiesel yang dinaikkan taraf dan merupakan campuran 10 peratus biodiesel sawit dengan 90 peratus diesel petroleum.

"Penggunaan B10 bagi semua kenderaan kementerian hari ini bertujuan meyakinkan pemilik kepentingan dan pihak-pihak penting berkaitan lain seperti pengeluar kelengkapan asli dan syarikat-syarikat petroleum bahawa B10 tidak akan memberikan kesan negatif ke atas kenderaan berenjin diesel," kata beliau.

Beliau berkata kementerian sedang bekerjasama dengan SIRIM Bhd dan Jabatan Standard Malaysia mengenai satu standard B10 baharu, kerana MS123:2005 sekarang hanyalah bagi B5.

"B10 akan dilancarkan di seluruh negara sebaik sahaja standard baharu itu ditetapkan dan B5 akan beransur-ansur dihentikan penggunaannya," kata Dompok.

Sebelum itu, beliau berkata 1.0 juta tan metrik minyak sawit akan digunakan sebagai bahan mentah bagi program B10 berbanding hanya 500,000 tan metrik bagi skim B5, di samping pada masa yang sama, mengurangkan simpanan minyak sawit yang berjumlah 2.6 juta tan metrik bulan depan.

"Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan industri sawit negara serta menggalakkan penggunaan biodiesel sawit sebagai sumber tenaga boleh baharu yang menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih," tegas beliau. BERNAMA
-

PAS Rela Peluk DAP Daripada UMNO



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kepimpinan PAS dilihat lebih rela untuk ‘berpeluk’ dengan DAP daripada UMNO.

Katanya jika dilihat pada sejarah politik di Malaysia, beliau tidak menafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS serta komponen pembangkang selama ini merugikan parti itu. 

“Ini bukan kali pertama, sejarah sebelum ini jelas menunjukkan ia merugikan PAS.

"Kita tengok mereka sanggup berpeluk dengan DAP walaupun kini kita lihat pelbagai masalah timbul di kalangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan BRIM di Arena Square, Pangkor, hari ini. 

Dr Zambry diminta mengulas mengenai saranan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mahukan PAS supaya bergerak sendiri dan meninggalkan kerjasama politik Pakatan Rakyat. 

Tegas Dr Zambry PAS seharusnya sedar bahawa ia lebih menguntungkan parti itu sekiranya bekerjasama dengan UMNO

“Kita tak nampak wujud masalah sekiranya PAS mahu bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Dr Zambry turut menegaskan bahawa jalinan kerjasama antara PAS dan DAP umpama pinggan yang pecah.

Isu kerjasama PAS-UMNO berbangkit semula apabila Nasha dipecat daripada  Majlis Syura Ulama PAS berikutan penglibatnya dengan kepimpinan UMNO berkaitan beberapa kepentingan negara telah dipersoalkan DAP. 

Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu oleh komponen pembangkang jelas menjejaskan kesucian Islam.

Sumber
-

Gangnam Style Bikin PR Kelam Kabut



Jika ditanya siapa sahaja rakyat Malaysia generasi muda dari keturunan Cina, masing-masing meluahkan keterujaan mereka dan agak tidak sabar lagi untuk menantikan persembahan superstar Korea, Psy yang cukup popular dengan lagu “Oppa Gangnam Style”.

Psy dijadualkan akan tampil membuat persembahan khas sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti dan dijangkakan lebih 60,000 orang terutama golongan muda akan membanjiri majlis tersebut.

DAP yang menyedari kehadiran Psy kelak bakal memberi impak positif kepada saingannya MCA yang merupakan penganjur majlis tersebut, awal-awal lagi mempertikaikan kos perbelanjaan untuk membawa artis itu yang mencecah RM3 juta.

Melalui pendekatan sedemikian, DAP dan PR cuba memfokuskan pandangan umum kepada pembaziran yang kononnya telah dilakukan oleh BN yang memerintah kerajaan Pusat.

Diam tak diam khalayak umum didedahkan pula dengan khabar berita yang Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat arak untuk menjayakan sebuah konsert hiburan larut malam yang juga menelan kos RM3 juta di Batu Feringgi pada akhir tahun lepas.

Logiknya jika persembahan konsert oleh Psy dianggap satu pembaziran walau sebenarnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan di Palau Mutiara itu, kenapa pula soal pembaziran dalam konsert hiburan anjuran Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak ditimbulkan sama?

Dalam pada itu, bila mana kebenaran diketahui umum yang segala kos perbelanjaan termasuk bayaran kepada Psy berjumlah RM2.3 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan langsung tidak melibatkan wang rakyat, DAP beralih pula kepada taktik provokasi menggalakkan penyokong PR menyertai majlis itu dengan memakai baju merah, hijau, kuning dan oren.

Di masa yang sama, para penyokong PR khususnya dari DAP turut mengambil langkah lain termasuk beramai-ramai menghujani akaun sosial Facebook penyanyi Korea itu mendesak Psy membatalkan persembahannya di Malaysia dengan pelbagai alasan berunsur propaganda politik.

Ternampak jelas ketidakmatangan penyokong PR dalam mendepani isu ini, sedar tak sedar mereka sebenarnya menggali kubur sendiri kerana membangkitkan kemarahan para peminat Psy gara-gara bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, dikalangan penyokong dan pemimpin PAS serta PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam pula meneruskan kaedah tradisi mempertikaikan persembahan hiburan itu yang dikatakan akan melalaikan generasi muda.

Faktor hiburan itu akan mendekatkan diri kepada maksiat diulang-ulang saban waktu, sedangkan ketika ramai remaja Cina, India dan Melayu tunggang terbalik mabuk sakan ketika berhibur di konsert yang dianjurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Batu Feringgi tempohari semuanya senyap sunyi tanpa bantahan.

Dilihat pada reaksi kelam kabut dalam PR berhubung ini, jelas sekali wujud kebimbangan besar dikalangan pemimpin dan penyokong PR kalau-kalau gara-gara demam Oppa Gangnam Style akan menghakis sokongan golongan muda kepada mereka.

Suara Generasi Baru
-

Nik Aziz Meroyan Tak Sabar Jumpa Psy Gangnam Style


Apa la Nik Ajis ni. Masih buat kenyataan apa yang dia sendiri tak tau hujung pangkal. Masih lagi buat kenyataan mengenai kehadiran Psy Gangnam Style ke Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari ini. 

Laporan Haramkah Daily, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan BN  mengundang artis popular Korea, Psy sempena Tahun Baru Cina sebagai membazir. Malah, beliau turut menyarankan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan untuk membayar artis tersebut seharusnya diberikan gologan kurang berkemampuan.

Adeeh! Nik Ajis ni tau ke siapa yang bayarkan artis Korea ni. Syarikat swasta la weh! Tak ada kaitan dengan BN pun. Apa la Nik Ajis ni meroyan..Asyik nak salahkan BN aje..ish.ish..
-

Thursday, 7 February 2013

PANAS! PKR Di Sabah Lumpuh, Ahli Isytihar Keluar PKR



Ini lagi buat Anwar China Doll pening kepala. PKR di Sabah akan lumpuh. Ahli-ahli dah isytihar keluar parti. Apa cerita? Kalau dengarkan ceramah, boleh rampas Sabah tapi satu-satu ahli keluar parti..Adeehh!!

Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.

"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok. BERNAMA
-

GEMPAR! Ahli DAP Kena Ugut Kerana Bongkar Penyelewengan DAP


Adeeh!!! Ini sudah berat! Inilah jenis parti yang tak boleh ditegur. Bila ditegur je, terus melenting.  Kalau dah salah, kira salah la tu. Tak boleh dikritik langsung. Terutamanya Parti DAP. semua orang dah tau DAP ni sebuah parti kroni dan rasis. Parti yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menentukan apa yang perlu dibuat oleh ahli-ahlinya.

Terbaru, beberapa bekas pemimpin DAP Selangor mendakwa mereka mendapat ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) agar tidak lagi membuat sidang media untuk mengkritik pucuk kepimpinan dan kelemahan dalam parti DAP. Kiriman SMS yang memberi amaran tersebut ekoran pendedahan di sidang media berhubung parti DAP di Jenjarom. Apa cerita! baru je buka sikit, dah mengelabah. Parti DAP sendiri melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam parti itu. Mengaku aje bersih dan segala bagai. Cakap tak serupa bikin la..Ptuii!!!
-

PANAS! Hannah Yeoh Desak Nik Aziz Bincang Kalimah Allah Dengan Pastor


Hannah Yeoh lagi! Eh! Apa lagi nih! Hannah Yeoh didakwa telah membuat satu kenyataan tertutup mengenai pertemuan Nik Ajis dengan Pastor di Pulau Pinang tempohari. Ingat tak Nik Ajis dapat kek tu! Sambut Harijadi dengan Karpal Singh. Rasanya kome ingat la kot.

Kenyataan tersebut menyebut Hannah Yeoh kesal kerana tiada perbincangan tentang persetujuan Kalimah Allah semasa pertemuan Nik Ajis denga Pastor di Pulau Pinang tempohari. Email pembaca kepada DAPinsider menuntut supaya Hannah Yeoh membuat kenyataan terbuka mengenai isu Kalimah Allah tersebut. Ada berani? Apa macam Sis Helen Ang? Desak Hannah Yeoh buat kenyataan terbuka? Ok tak?heee..
-

GEMPAR: Hannah Yeoh Menghina Kaum India


Adeeh! Apa pulak nih! Hannah Yeoh menghina kaum India cerita. Bukan ke suami Hannah Yeoh ni berketurunan India. Macam-macam la Ahli Parlimen DAP Subang ni. Teman memang nak ulas cerita Hannah Yeoh ni, tapi fikir-fikir Sis Helen Ang lebih arif dengan Hannah Yeoh. Maka entry terbaru Helen Ang teman kutip untuk diolah cara teman pulak. Tak apa kan Sis..

Rupanya Hannah Yeoh ni malu nak mengaku anak sendiri bersama dengan suami berketurunan India sebagai India. Bukti sijil kelahiran tentang keturunan anak sendiri pun boleh buat silap. Teman rasa cara sengaja. Mula-mula taruk keturunan "Anak Malaysia", kemudian tukar pulak kepada keturunan "Cina". Eh! Sudah tukar ka! Kenapa tak taruk berketurunan India. Macamana nih! Sepatutnya bapa anak tersebut berketurunan India, maka anak pun akan berstatus berketurunan India. Bukankah Hannah Yeoh menghina suami sendiri dan kaum India. Tak gitu?..
-

Lawak! Mahasiswa Nak Lawan Najib di Parlimen Pekan


Ini satu cerita lawak. Ada sekor dua beruk mengaku mahasiswa nak bertanding melawan Perdana Menteri DS Najib di Parlimen Pekan pada PRU 13 nanti. Adeehh! Apa la kerja bodoh kome buat nih! Mak bapak hantar suruh pergi belajar, kome pulak sibuk berpolitik.


Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang (Meloyakini).


Kome tengok la mahasiswa bukan Melayu, sibuk menelaah buku, menumpu usaha untuk berjaya dalam pelajaran, anak-anak Melayu sibuk berpolitik sampai belajar pun tak habis. Sebab itulah ramai nak Melayu tak berjaya, kerana jadi bodoh ikut bontot Anwar China Doll. Asyik nak memberontak aje. Tak tau hujung pangkal terus bantah. Jadi bodoh jilat bontot Anwar China Doll tu. ptuii!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...