Pages

Saturday, 2 March 2013

Tian Chua Celaka Kena Tengok Gambar Nih!



Suasana pilu menyelubungi ketibaan di sini jenazah anggota polis komando Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban dalam serangan penceroboh warga Filipina bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

Kesedihan terbayang di wajah setiap anggota keluarga Allahyarham dan sahabat handai terdekat yang datang berziarah di kampung kelahirannya ini.

Jenazah yang tiba dengan penerbangan khas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di Lapangan Terbang TUDM Gong Kedak, Bukit Puteri, Jerteh di sini pada pukul 3.15 petang disambut dan diiringi oleh pegawai dan anggota polis untuk dibawa ke rumah keluarga Allahyarham.

Berangkat hadir Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim yang mewakili Ketua Polis Negara; Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamsah Mustapha; dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Turut ziarah adalah pemimpin tempatan termasuk Datuk Seri Idris Jusoh; Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin; dan pegawai-pegawai kanan polis.

Sebaik tiba, Jenazah Zulkifli telah dibawa ke Dewan Utama TUDM bagi membolehkan Sultan Terengganu memberi penghormatan terakhir. Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di perkarangan rumah ibunya di Kampung Kubang Ikan dekat sini kelihatan sayu sebaik jenazah tiba pukul 4 petang dengan van polis.

Jenazah Zulkifli kemudiannya disembahyangkan oleh kira-kira 200 penduduk dan pegawai serta anggota polis dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Sabri Harun dari Bahagian Agama dan kaunseling, Ibu pejabat Polis Besut.

Jenazah itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor, Tembila di sini kira-kira jam 4.30 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 5 petang. Zulkifli, 29, bersama Koperal Sabarudin Daud, 46, dari Sabak Bernam, Selangor ketika kejadian, sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum terkena mortar dilepaskan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.

Allahyarham Zulkifli meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, berusia empat dan satu tahun. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment