Pages

Tuesday, 19 March 2013

PANAS! Orang Sabah Berdendam Dengan Tian Chua


Menuduh sesuatu sebagai ‘sandiwara UMNO’ merupakan ayat ‘standard’ Pakatan Rakyat bagi melepaskan diri apabila terbelit perangkap sendiri.   Ayat ini digunakan tanpa mengira tempat dan keadaan, termasuk dalam isu kedaulatan negara serta nyawa manusia.  Seolah-olah, seluruh kejadian alam ini adalah berkisar kepada politik sempit UMNO-PAS atau BN-PR semata-mata.  

Tragedi berdarah Sauk suatu ketika dahulu yang menyaksikan kumpulan pengganas AlMaunah yang termakan hasutan pembangkang bahawa kerajaan adalah kafir dan wajib ditentang, turut dituduh sebagai sandiwara semata-mata kerana enggan mengaku bahawa ia berpunca dari doktrin mereka.  

Dan kini, pencerobohan Sulu pula dituduh yang sama.  Walaupun pasukan keselamatan kita telah terkorban, malah dibunuh kejam dan disiksa oleh pengganas Sulu, tetapi puak pembangkang tetap berdegil menyifatkannya sebagai sandiwara.   

Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menjuarai tuduhan sandiwara ini telah pun didakwa kerana beliau tetap enggan menarik balik tuduhannya dan enggan meminta maaf.   Apa yang dikesalkan lagi ialah tiada seorang pun dari pemimpin PR lain yang menempelaknya, sekali gus bermakan mereka merestui tindakannya.  

Ini menyebabkan penyokong-penyokong PR terus menggila menuduh semuanya sandiwara sambil menghina dan mengetawakan anggota keselamatan negara, termasuk yang telah terkorban di dalam laman-laman sosial mereka. 

Kita akur bahawa mereka-mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang mabuk politik dan bingung sehingga tidak mampu melihat apa-apa lagi di luar konteks politik.  Politik sudah menjadi makanan rohani bagi mereka sehingga nyawa juga sudah tidak punya harga.  Manakalah, Putrajaya yang ingin dilelong mereka dahulu, adalah matlamat hidup dan mati.   Syurga dan neraka pula, bagi mereka, adalah terletak pada parti mana yang disokong, dan bukan lagi kepada amalan. 

Untuk kita menghilangkan mabuk dan menyedarkan mereka dari kebingungan merupakan  sesuatu yang hampir mustahil.  Justeru, kita tiada banyak pilihan selain dari terus memberikan penjelasan selain berdoa agar suatu hari nanti mereka kembali waras dan melihat kebenaran.  

Namun, PR, khasnya, Tian Chua tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini.  Tian Chua bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah, khususnya di Lahad Datu tentang apa yang dikatakannya sandiwara.  

Jika Dato’ Seri Najib telah pun turun menemui penduduk dan anggota keselamatan kita di sana, malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga berusaha menjejakkan kaki ke sana demi untuk memberi semangat kepada wira-wira kita atas dasar prihatin, maka Tian Chua lebih lagi wajib ke sana bagi memberi gambaran ‘sebenar’ mengikut teorinya.  

Kita ingin Tian Chua berjumpa dengan penduduk yang terpaksa berpindah dan yang telah berhadapan dengan keganasan serta masih lagi trauma untuk memberitahu mereka bahawa ini hanya sandiwara.   Dan lebih penting, kita ingin Tian Chua berjumpa dengan pasukan keselamatan dan pertahanan negara dan beritahu mereka bahawa mereka di sana hanya untuk bersandiwara serta rakan mereka sebenarnya masih hidup.  

Jika benar ini sandiwara, Tian Chua tidak harus punya masalah untuk ke sana kerana tiada apa yang perlu ditakutkan.   Dan jika benar ini sandiwara, bukankah lebih berkesan dan memberi keuntungan kepada pembangkang sekiranya Tian Chua sendiri turun ke sana seperti yang disarankan?  

Bukankah itu yang pembangkang inginkan?  

Iaitu agar rakyat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja menjemput rakan lama Anwar Ibrahim untuk menyerang negara kita bagi membolehkan PR membangkitkan isu kad pengenalan di Sabah?   Dan kononnya, kad pengenalan itu diberi kepada puak Sulu sebagai syarat untuk membolehkan BN menang di Sabah, tetapi entah kenapa BN juga tiba-tiba menyerang balas dan menghapuskan puak Sulu sebelum sempat mereka mengundi?   

Bukankah ini yang dijaja oleh penyokong pembangkang di laman-laman sosial mereka?  Bukankah ini yang Tian Chua sogokkan ke kepala mereka?  Bahawa kerajaan bersandiwara?

Justeru, kita ingin Tian Chua tunjukkan kepada dunia bagaimana puak Sulu tidak akan memenggal dan mencungkil biji mata Tian Chua walaupun beliau turun berceramah di sana kerana semua yang ditunjukkan oleh media kerajaan hanyalah sandiwara.  

Jika tidak, bagaimana Tian Chua boleh membuktikan yang beliau bercakap benar? 

Sumber

No comments:

Post a Comment