Pages

Monday, 25 February 2013

XCLUSIVE: Niat Jahat Guan Eng Didedah



Lim Guan Eng menempelak Najib Razak sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri apabila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam. 

Tuduhan Najib ke atas DAP menindas agama Islam didakwa suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Ujar Guan Eng lagi, DAP telah memasukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan di dalam perlembagaan parti itu. 

Najib juga dikecam kerana tidak dapat membuktikan bahawa DAP menindas agama Islam sebaliknya Guan Eng berbangga setelah menang dalam saman beliau ke atas Utusan Malaysia dalam isu beliau dikatakan anti-Islam. 

Bagi membuktikan kesungguhan DAP mempertahankan Islam, Guan Eng berkata semasa pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan.

Selain itu DAP menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam lebih besar berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibu pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz serta memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang dikatakan tidak dibuat langsung sebelum ini. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa negeri itu merupakan negeri pertama yang mengharamkan judi bola dikala Najib dikatakan hendak meluluskan pemberian lesen judi bola berkenaan. 

Cincin Emas: Terima kasih Guan Eng kerana telah mendaulatkan Islam di Pulau Pinang. Usaha dakwah Guan Eng ini tak ubah seperti zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Guan Eng tak perlu berbangga dengan usaha beliau ini kerana Nik Aziz pasti tak setuju. Semua pemberian kepada rakyat oleh kerajaan umpama memberi makanan kepada haiwan. Sepatutnya Guan Eng bagi “ilmu” kepada rakyatnya dengan berceramah siang dan malam. 

Guan Eng usah bermain wayang Cina dengan orang Melayu-Islam Pulau Pinang. Peruntukan besar tersebut hanya kosmetik bagi menutup agenda utama DAP. 

Orang Islam Pulau Pinang tidak termakan dengan “rumput dan hampas” yang ditabur Guan Eng. Mempertahankan kalimah suci ALLAH lebih utama setelah Guan Eng mahu ia dikongsi dengan penganut agama lain. 

Hari demi hari Guan Eng dibelasah dengan isu kalimah ALLAH, kali ini beliau mahu orang Islam mengingati perjuangannya dalam mendaulatkan Islam di bawah pemerintahannya bagi mengaburi keceluparannya itu. 

Kamu silap Guan Eng. Kami tidak akan pernah lupa dan akan terus mengingatinya

Cincin Emas

No comments:

Post a Comment