Pages

Monday, 25 February 2013

Datum Jelatek : Konspirasi Kerajaan Selangor dan Singapura


Memang sukar nak bayangkan bagaimana kehidupan orang Melayu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak remaja lelaki serta perempuan duduk dan tidur dalam satu bilik bersama ibu dan bapa apabila membeli unit kondominum 1 bilik tersebut yang berharga hampir RM1 juta seperti yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

Tapi ini lah yang sedang disuahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya, PKNS dalam usaha mereka membantu golongan Melayu yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Seperti yang dinyatakan di bawah, masih belum terlambat untuk orang Melayu di kawasan sekitar Lembah Keramat bangkit  dan bertindak mendesak agar kerajaan negeri Selangor membatalkan projek tersebut yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

Dengar khabarnya MB Selangor, Khalid Ibrahim bakal mendapat komisyen yang sangat besar dari projek ini sehingga membolehkan beliua menyelesaikan hutangnya kepada Bank Islam dengan mudah sekiranya projek Datum Jelatek ini berjaya.


Masih belum terlambat! Itulah pesanan kepada penduduk sekitar kawasan Lembah Keramat yang mejoritinya terdiri dari orang Melayu agar terus bangkit membantah rancangan kerajaan negeri Selangor yang berhasrat ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah penempatan super mewah untuk didiami oleh warga asing.

Bagi yang faham selok-belok berkenaan soal hartanah, Lembah Keramat dan Setiawangsa merupakan kawasan 'ekslusif' orang Melayu. Kawasan ini juga diberitakan mempunyai nilai hartanah yang cukup tinggi. Sekiranya projek ini diteruskan akan membawa kesan yang negatif kepada populasi orang Melayu yang telah sekian lama menetap di situ.

Projek yang dirancang kerajaan Pakatan Selangor ini melalui PKNS jika diteliti secara terperinci adalah bertujuan untuk mengusir penduduk tempatan secara halus dengan merampas tanah mereka secara terhormat agar orang Melayu di kawasan tersebut keluar perlahan-lahan apabila projek Datum Jelatik ini disiapkan.

Jumlah pampasan yang diberikan kepada penduduk asal Datum Jelatik ini juga tidak munasabah iaitu sekitar RM300,000 jika dibandingkan dengan harga sebuah kondominum mampu milik yang mempunyai 1 bilik seperti yang ditawar oleh PKNS dengan harga RM956,000. Biarpun pihak pemaju menurunkan harga kondominum yang hanya mempunyai 1 bilik itu kepada RM500,000 sekalipun, orang Melayu di kawasan Lembah Keramat tetap tidak mampu untuk membelinya.


Usaha yang dipelopori oleh PKNS ini dilihat sudah terpesong jauh dari tanggungjawab dan matlamat asal mereka mereka yang sepatutnya menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Turut dipertikai ramai pihak ialah polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa 5 tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk golongan kaya dan jutawan sahaja sedangkan lebih 90% penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pembinaan Kondominium Datum Jelatik adalah contoh terbaik perlaksanaan polisi kerajaan negeri ini.

Apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Selangor ini adalah tidak lain hanya untuk memperkayakan diri mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat di kawasan tersebut. Mencari keuntungan melalui jalan singkat sememangnya sudah mejadi perkara biasa bagi Pakatan PAS,DAP dan PKR. Ia bukan sahaja di Selangor malah turut berlaku di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Orang Melayu perlu sedar sementara semunya belum terlabat. Projek Datum Jelatek untuk warga asing ini harus dilihat sebagai cubaan untuk mencabuli hak orang Melayu dan warga Malaysia. Projek pembinaan kondominum super mewah ini harus dihentikan segera demi kepentingan semua. Orang Melayu harus bersatu dan berganding bahu untuk menghalang projek Datum Jelatik ini daripada diteruskan demi survival bangsa dan keluhuran negara.

Sumber


No comments:

Post a Comment