Pages

Wednesday, 20 February 2013

Jawab Kak Wan, Abang Nuar Punya Kerja Nih!



Wanita Barisan Nasional (BN) mahu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan dakwaan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang, bertanggungjawab menjemput Senator Nick Xenophon dari Australia datang ke Malaysia.

Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa kehadiran Xenophon di negara ini membawa kepada agenda dan unsur negatif kepada negara, yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia.

"Wanita BN juga menyokong tindakan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkan kemasukan Xenophon ke Malaysia serta menggesa tindakan tegas seperti ini diteruskan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak tergugat," katanya dalam satu kenyataan di sini malam Selasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment