Pages

Wednesday, 20 February 2013

PANAS: Raja Ropeah Bongkar Rahsia Besar Deepak



Akhirnya Raja Ropeah bersuara setelah sekian lama beliau berdiam diri, setelah sekian lama Deepak menyerang dengan segala macam fitnah samada khas ditujukan pada beliau ataupun DS Rosmah Mansor maupun pemimpin BN.

Kisahnya bermula dari Raja Ropeah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiah,

Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropeah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama DS Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropeah.

Cerita rekaan yang mengaitkan nama DS Rosmah ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan DS Rosmah kerana DS Rosmah mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.

Kini, Raja Ropeah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak. Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.

Raja Ropeah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan beliau, Deepak teraniaya.

Dengan sinis Raja Ropeah bagitahu bahawa beliau akan dedahkan rahsia Deepak dalam masa terdekat.

Sumber

No comments:

Post a Comment